Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi December 10, 2025 @ 3:23pm

Erra Fazira Tak Kisah Rambut Bakal Suami Beruban, Anggap ‘Trademark’ Istimewa – “Apa Saja Daripada Awak, Takkanlah Saya Tak Suka”

Tidak sampai seminggu menjelang detik ijab kabul, kemesraan pasangan selebriti Erra Fazira dan tunangnya, ahli perniagaan, Ezwan Zain atau lebih dikenali sebagai Mr E. sekali lagi mencuri perhatian apabila aktres itu tampil memberikan jawapan penuh romantis mengenai penampilan bakal suaminya.

Ezwan sebelum ini menerima pelbagai teguran netizen berhubung rambut berubannya selain dikatakan selekeh, namun Erra atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chek, 51, mengakui perkara itu langsung tidak menjadi isu di matanya.

“Saya rasa awak pun tahu, banyak komen orang menegur tentang rambut awak. Bila baca saya pun tersenyum sendiri sebab mereka pula yang lebih ‘geram’,” katanya.

Ezwan bagaimanapun berkata dia tidak berasa hati dengan kritikan tersebut, sebaliknya menganggap ia teguran membina.

“Bagi saya, kadang di luar kita pun sempoi sahaja. Bila ada yang tegur, saya dan kawan-kawan anggap ia benda positif.

“Sampai sekarang awak masih tengok saya dengan gaya sama. Sekarang saya nak tahu, saya macam ni awak suka ke tidak?” soal Ezwan bersahaja.

Menurut aktres filem popular Sembilu ini, dia tidak pernah memandang soal rambut sebagai hal penting dalam hubungan mereka, apatah lagi menjadikannya alasan untuk menilai pasangannya.

“Saya tak melihat awak dari segi rambut. Yang penting hati awak. Rambut awak ikut keselesaan gaya sendiri. Rambut beruban itu pun trademark awak. Saya tak nampak awak selekeh.

“Apa saja daripada awak, takkanlah saya tak suka… gila tak suka,” balasnya spontan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by KasiOnz (@kasionzchannel)

Untuk rekod, pasangan ini bakal disatukan dalam satu majlis pernikahan tertutup pada Jumaat, 12 Disember ini, disaksikan keluarga dan kenalan terdekat.

Artikel Berkaitan: “Saya Harap Perkahwinan ini Adalah Penutupnya” – Erra Fazira

Artikel Berkaitan: Tidak Ada Lamaran Formal, Erra Fazira Dirisik 6 Minggu Lalu.. Anak Beri ‘Green Light’

Artikel Berkaitan: Selepas 11 Tahun, Erra Fazira Kembali Bergelar Isteri … Umum Tarikh Kahwin Dengan Mr. E 12.12.2025

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 11 Feb 2020
Trending Fri, 4 Dec 2020
Trending Tue, 27 Mar 2018

Jangan Kaitkan Skandal Seks Trump Dengan Anaknya – Jurucakap

“Saya ada bertanya. Dan dia menolaknya, berkata, ‘oh ya, ya, kamu tahu, jangan risau. Bilik dan barang kami berasingan,” katanya.

Featured Fri, 12 Jun 2026

Noor Nabila Dedah Ciri Lelaki Green Flag, Siap Kongsi ‘Relationship Advice’ – “Utamakan Diri Sendiri Baru Orang Lain”

Noor Nabila berkongsi pandangannya mengenai ciri-ciri lelaki yang dianggap sebagai ‘green flag’ dalam sesebuah hubungan

Trending Sun, 26 Aug 2018

Malaysian Gaming Team Wins RM16.8 Million

And parents always say gaming doesn’t make money…

error: Content is protected !!