Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi December 13, 2025 @ 10:27am

Rezeki Tidak Disangka! Ernie Zakri Curi Perhatian Tampil Ringkas Terima Trofi Bintang Paling Popular ABPBH37, Ini Penjelasan Empunya Badan

Penampilan sederhana Ernie Zakri ketika naik ke pentas menerima anugerah Bintang Paling Popular pada Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian ke-37 (ABPBH37) mengundang perhatian ramai, sekali gus mencetuskan pelbagai persoalan dalam kalangan peminat.

Menjelaskan situasi sebenar, Ernie atau Nur Ernie Shahirah Zakri, 33, berkata dia sudah meninggalkan lokasi majlis selepas diumumkan sebagai penerima anugerah Penyanyi Wanita Popular dan pulang ke hotel sebelum merancang untuk meraikan kemenangan itu bersama keluarga.

Bagaimanapun, perancangan tersebut berubah apabila pihak penganjur menghubunginya semula dan meminta dia hadir ke dewan acara, menyebabkan penyanyi itu terpaksa kembali dalam keadaan tergesa-gesa tanpa sempat menggayakan busana rasmi seperti sebelumnya.

“Selepas terima trofi Penyanyi Wanita Popular, saya terus balik sebab saya fikir sudah tiada apa. Suami (Syamel) dan anak juga sudah menunggu untuk makan bersama, meraikan kemenangan itu.

“Selepas menukar pakaian di hotel, saya dihubungi untuk kembali ke majlis. Keadaan lalu lintas pula sesak, jadi saya keluar dari kereta dan berlari ke lokasi.

“Apa yang dipakai hanyalah pakaian biasa dan tudung sarung ringkas,” katanya.

Ernie berkata demikian ketika ditemui pada sidang media ABPBH37 sejurus dinobatkan sebagai penerima anugerah utama malam berkenaan.

Berkongsi perasaan mengenai kejayaan tersebut, pelantun lagu Gundah itu menegaskan kemenangan Bintang Paling Popular adalah hasil sokongan luar biasa peminat yang sentiasa setia mengundi dan berdiri di belakang kerjaya seninya.

“Anugerah ini sepenuhnya milik peminat. Mereka tidak pernah berhenti memberi sokongan dan saya sendiri tidak menjangka akan menerima pengiktirafan ini.

“Jumlah undian yang diterima sangat mengejutkan dan membuktikan betapa kuatnya sokongan mereka.

“Setiap tahun mereka terus menyokong, dan daripada merekalah saya belajar untuk terus kuat serta tidak mudah mengalah.

“Pernah ada saat kami kecewa bersama, dan tahun ini kami bersyukur bersama atas rezeki yang datang tanpa diduga,” katanya.

Pada malam kemuncak itu, Ernie berjaya mengungguli kategori Bintang Paling Popular ABPBH37 dengan kutipan 124,448,198 undian, sekali gus menewaskan calon lain iaitu Wani Kayrie, Emma Maembong, Sweet Qismina dan Tracie Sinidol.

Selain membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM30,000 berserta trofi, ibu kepada seorang cahaya mata itu turut dinobatkan sebagai Penyanyi Wanita Popular ABPBH37, melengkapkan kejayaan berganda pada malam berprestij tersebut.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 21 Aug 2022

“Rasa Kalau Tok Ram, Mau Dia Bakar Studio Ni”- Mokhzani Ismail ‘Pantang’ Dengar Nyanyian Sumbang Aliff Syukri

Awal minggu ini tular tentang nyanyian duet usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman bersama penyanyi, Baby Shima menerusi lagu Baby Sayang yang trending nombor satu di YouTube. Rata-rata wargamaya menyifatkan usahawan tersebut seorang yang […]

Hiburan Fri, 22 Nov 2024

Nad Zainal Pernah Rasa ‘Down’ Gara-Gara Ada ‘Whisker Dimples’ Di Wajah

Nad Zainal mengaku down ada whisker dimples di wajah

Hiburan Thu, 26 Apr 2018

Pematah Hati Ada Sambungan?

Kalau selalu anda dengar lagu duet, mesti bertema cinta kan? Kali ini Nabila dan Hael bakal bawakan sedikit perubahan!

Featured Mon, 12 Jun 2023

Nafi Lari Dari Masalah, Intan Saleh Ajak Izreen Azminda Berjumpa – “Dah WS, Tapi Masih Tiada Respons”

Memang dah ajak pihak sana jumpa.. Jom, bagi tempat dan bila – Intan Saleh

Hiburan Tue, 14 Jan 2020
Featured Sun, 20 Apr 2025

“Tiada Maaf Bagimu, Saya Tiada Menantu” – Abby Abadi ‘Tolak’ Permohonaan Maaf Aslam

Kata Abby, tiada keperluan untuk menantunya itu meminta maaf.

Hiburan Sun, 4 Aug 2024
Featured Wed, 12 Apr 2023
error: Content is protected !!