Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi December 15, 2025 @ 2:00pm

PU Amin Bersuara Isu Kelas Agama Cecah Harga Mahal – “Bukan Sekadar Bayaran Kosong Semata-Mata”

Pendakwah bebas, PU Amin tampil mengulas isu tular membabitkan pasangan selebriti, Noor Neelofa dan suaminya, PU Riz yang menerima kritikan susulan penganjuran kelas pengajian agama berbayar.

Menurut PU Amin atau nama penuhnya Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim, 35, isu berkenaan tidak wajar dinilai secara negatif semata-mata, sebaliknya perlu dilihat dari sudut adab menuntut ilmu serta konteks penganjuran kelas terbabit.

Katanya, dalam adab menuntut ilmu, pemberi ilmu tidak wajar menetapkan harga, namun situasinya berbeza apabila melibatkan penyediaan fasiliti, keselesaan dan suasana pembelajaran yang kondusif.

“Adabnya, si pemberi ilmu tidak boleh meletakkan harga. Tetapi apabila ia melibatkan keadaan, fasiliti dan keselesaan, maka ada harga yang perlu dipatuhi.

“Persoalan utama ialah adakah ilmu itu hanya untuk golongan yang mampu, atau turut sampai kepada mereka yang memerlukan. Bagi saya, ilmu tidak sepatutnya terhad kepada orang mampu sahaja,” katanya.

Mengulas lanjut, PU Amin mengakui pengalaman menghadiri pengajian agama berbayar buat pertama kali disifatkan sebagai sesuatu yang berbaloi kerana suasana tersebut membantu peserta memberi fokus sepenuhnya terhadap pengisian disampaikan.

“Saya suka persekitaran pengajian seperti ini. Orang datang dengan bayaran yang setimpal dengan nilai dan kualiti yang diterima. Ia memberi aura baharu yang positif kepada proses pembelajaran.

“Konsepnya sama seperti kelas berenang atau kursus komputer. Kita membayar untuk keselesaan dan kemudahan. Malah, bayaran itu biasanya disertakan dengan pulangan seperti barangan atau keperluan peserta, bukan sekadar bayar kosong,” katanya.

Bagaimanapun, PU Amin menegaskan pendekatan tersebut perlu dilaksanakan secara beretika dan tidak membuka ruang kepada pihak tertentu mengambil kesempatan atas nama agama.

“Kalau digunakan secara positif, tidak mengapa. Cuma saya bimbang jika ada yang menyalahgunakan kaedah ini. Sebaiknya, agama terus disampaikan dalam bentuk kebajikan,” katanya.

PU Amin berkata demikian ketika ditemui pada majlis ilmu Cahaya Hati 2.0: Dari Luka Temui Cahaya yang berlangsung di Kuala Lumpur, pada Sabtu lalu.

Dalam pada itu, PU Amin menegaskan pengajian agama berbayar tidak boleh disamakan dengan perbuatan menjual agama, sebaliknya lebih kepada menjual kualiti penyampaian dan pengalaman pembelajaran.

“Ini bukan menjual agama, tetapi menjual kualiti penyampaian dari segi suasana dan nilai tambah. Yang dikira menjual agama ialah apabila berlaku penipuan, pengkhianatan dan penganiayaan terhadap orang ramai.

“Contohnya, meminta bayaran atau hadiah untuk selawat dan tahlil di media sosial. Itu tidak wajar dan boleh mengundang fitnah,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Sat, 12 Aug 2023

PRN: Afdlin Shauki Pilih Altimet Teraju Kawasan Lembah Jaya

Wah, agak-agak siapa yang menang PRN malam ni??

Featured Mon, 13 Jan 2025

Khabib Nurmagomedov Dihalau Keluar Dari Pesawat Gara-Gara Isu ‘Seating’… Pramugari Mengaku Tak Selesa

Insiden berlaku selepas beberapa individu kurangs enang dengan kehadiran Khabib yang duduk di bahagian pintu kecemasan.

Hiburan Thu, 20 Mar 2025

[VIDEO] Luah Rasa Kecewa, Ellie Suriaty Dakwa Hilang Tawaran Kerja Gara-Gara Kontroversi Difitnah Imran Bard

Ellie mengaku tertekan susulan kontroversi dikaitkan dengan video Imran Bard

Featured Tue, 14 Jan 2025
Hiburan Sat, 2 Aug 2025
Featured Sun, 25 Aug 2024

“Sila Jaga Kata-Kata!” – Dituduh ‘Happy’ Madu Kematian Anak, Kakak Umisya Tegur Netizen… Dedah Adik Urus Jenazah Bayi Marissa

Sedasssss Kakak Umisya kasi. Ingat! Jaga kata-kata sebelum apa yang diucapkan tu berbalik pada diri sendiri nanti🔥🔥🔥

error: Content is protected !!