Euforia Bola 2026
familuv By: Padin December 16, 2025 @ 7:02pm

Terkenal Sebagai Pempengaruh Topik Kekeluargaan, Bonda Umirah Angkat Peranan Surat Dalam Memperkukuh Institusi Perkahwinan

Pempengaruh Bonda Umirah terus mengukuhkan namanya sebagai antara figura berpengaruh dalam kalangan isteri dan ibu bapa menerusi perjuangan berterusan memartabatkan peranan wanita dalam rumah tangga serta memperkasa ilmu keibubapaan.

Selepas kejayaan buku Ibu Penat Tapi Ibu Sayang yang mencatat lebih 20,000 naskhah terjual bagi cetakan pertama, Bonda Umirah kembali mencuri perhatian dengan pelancaran karya terbaharu bertajuk Seratus Surat Cinta Buat Isteri.

Di sebalik pelancaran itu, Bonda Umirah tetap mengimbangi tanggungjawab sebagai pelajar sarjana di MSU, calon Kaunselor Bertauliah di bawah Lembaga Kaunselor Malaysia, ibu kepada tujuh orang anak dan isteri kepada seorang usahawan.

Pelancaran buku yang diadakan secara tertutup itu berlangsung dalam suasana intim dan sarat emosi, sejajar dengan tema cinta dan hubungan yang menjadi teras karya berkenaan. Majlis tersebut turut diserikan kehadiran tokoh terkenal seperti Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah, Tuan Nadir Al-Nuri, Tuan Ahmad Musa Al Nuwayri dan Firdaus Wong.

Seratus Surat Cinta Buat Isteri tampil sebagai suara yang membela wanita dan rumah tangga, dengan matlamat membantu isteri terus kuat mempertahankan perkahwinan walaupun berdepan cabaran. Karya ini lahir daripada kegusaran melihat perkahwinan semakin dipandang rapuh, lebih-lebih lagi dengan pengaruh media sosial serta peningkatan kes perceraian yang kian membimbangkan.

Perjuangan Bonda Umirah dalam memperkasa institusi perkahwinan bukanlah perkara baharu. Misi itu bermula lebih lapan tahun lalu apabila memilih untuk meninggalkan kerjaya sebagai doktor demi menumpukan usaha memperkukuh ikatan kekeluargaan dalam masyarakat.

Sebagai ibu kepada tujuh anak, hubungan erat antara ibu bapa dan anak menjadi fokus utama perjuangan Bonda Umirah. Dalam dunia digital yang sarat cabaran, pendekatan keibubapaan yang praktikal dan berjiwa kini menjadi keperluan. Tip parenting yang dikongsi secara konsisten di media sosial telah memberi impak positif kepada ribuan keluarga.

Buku Seratus Surat Cinta Buat Isteri kini boleh didapati menerusi laman rasmi www.bybonda.my dan dijangka menjadi bacaan penting buat pasangan yang mahu menyelamatkan dan menguatkan kembali institusi perkahwinan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Sun, 22 Apr 2018

Alahai Kacangnya Resipi Pulut Mangga Ini, Pejam Mata Pun Boleh Buat

Rahsia kecantikan wanita Thailand sering dikaitkan dengan pemakanan pulut serta penggunaan beras sebagai asas di dalam produk penjagaan kulit keluaran negara itu. Bahkan makanan tradisi pulut mangga disahkan sebagai hidangan yang baik oleh pakar nutrisi.

Featured Mon, 11 May 2020

Tahap disiplin terhadap keselamatan, kawalan kendiri dalam kalangan orang awam meningkat

Ibu bapa turut diingat tidak membahayakan keselamatan anak

Featured Fri, 1 May 2020

Malala, Greta guna kuasa wanita tuntut hak

Saling menyokong antara satu sama lain

Gaya Hidup Tue, 26 Nov 2019

Pemanasan global: 7 langkah mudah kurangkan jejak karbon

Didik keluarga atasi masalah pemanasan global!

Gaya Hidup Fri, 23 Nov 2018

Singkap Personaliti Anda Melalui Gaya Posisi Tidur

Agaknya yang mana satukah anda?

familuv Wed, 14 Nov 2018

Beri Madu Kepada Bayi. Boleh Atau Tidak?

Keracunan botulisme adalah keadaan kesihatan yang mungkin membawa maut.

Gaya Hidup Mon, 29 Jul 2019

Jom ‘mandrem’ tikus dengan uncang teh!

Deria bau tikus akan terganggu sebaik menghidu uncang teh!

Featured Sun, 31 May 2020

Raffia Arshad, hakim wanita berhijab pertama di United Kingdom, hebat!

Inspirasi buat wanita Muslim di seluruh dunia

familuv Fri, 19 Oct 2018

Doktor Sheikh Muszaphar Kongsi Rutin Anak Tidur Awal Tanpa Meragam

Tidur yang mencukupi akan membuatkan anak anda sentiasa cergas dan aktif!

Gaya Hidup Thu, 6 Dec 2018

Ini Yang Anda Perlu Tahu Tentang ‘Doorway Effect’

Jangan risau, kesan lupa ini hanya seketika saja.

error: Content is protected !!