Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Yanie Baharom July 29, 2019 @ 10:00am

Jom ‘mandrem’ tikus dengan uncang teh!

Tengah layan kari kepala ikan baik punya, tup-tup! nampak tikus mondok lalu, rasa nak termuntah tak?

Bayangkan kalau makhluk perosak ini membiak di dalam rumah anda, faham-faham sajalah tahap semak dan kotornya rumah itu sehinggakan tetamu yang tidak diundang ini memilih kediaman anda sebagai lokasi untuknya bersenang-senang!

Keadaan ini menyebabkan penghuninya berasa tidak selesa kerana tikus biasanya akan mengganggu serta merosakkan barangan di dalam rumah.

Bakteria yang disebarkan oleh tikus, amat memberhaya dan boleh memberi kemudaratan pada kesihatan sekaligus menyebabkan penyakit kronik seterusnya maut.

Foto: Genie Pest Control, Inc

Bermacam cara untuk mengusir tikus dari terus bermaharajalela di kediaman kita. Namun, tidak semua cara dan petua menjadi dan masalah ini akan berterusan sekiranya tiada tindakan dilakukan.

Tahukah anda dengan hanya menggunakan uncang teh yang telah digunakan, anda boleh menghalau tikus dari terus berada di rumah anda?

Sekiranya anda sering minum minuman teh yang beruncang, jangan terus dibuang selepas membancuhnya kerana uncang berkenaan amat berguna untuk mengatasi masalah menghalau tikus.

Foto: Iluminasi

Sebelum anda menggunakan uncang berkenaan untuk mengusir tikus, anda harus memastikan dan mengenal pasti di manakah tempat persembunyian tikus itu. Seterusnya meletakkan beberapa uncang teh berkenaan di setiap tempat tikus itu bersembunyi.

Apakah fungsi uncang teh ini untuk mengusir tikus? Sebenarnya peppermint yang terkandung di dalam uncang teh itu boleh menyebabkan iritasi atau pun menyebabkan kegatalan di hidung tikus setelah menghidu, ini membuatkan deria bau tikus tidak selesa serta terganggu.

Akibat ketidakselesaan inilah tikus berkenaan akan segera meninggalkan tempat di mana ia bersembunyi di kediaman anda.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 8 May 2020
Gaya Hidup Wed, 30 Oct 2019

Cemburu itu tandanya sayang, tapi cemburu buta boleh melayang nyawa!

Agak-agak pasangan kamu ada tak ciri-ciri ini?

Featured Fri, 15 May 2020

Denda RM1,000 atau 6 bulan penjara jika ingkar PKPB

Orang ramai diminta patuh arahan, elak dipenjara

Featured Mon, 18 May 2020

Nak tahu rahsia nasi bungkus London jadi buruan ramai?

Di London pun boleh makan nasi kandar, nasi daging sedap

Gaya Hidup Mon, 6 Aug 2018
Featured Wed, 28 Aug 2019
Featured Wed, 13 May 2020

Kejutan Kluster IPT, KKM buat siasatan kenal pasti punca jangkitan

Kemunculan kluster institusi pengajian tinggi (IPT) Sabah yang diumumkan Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini menimbulkan persoalan kemungkinan lebih ramai pelajar yang sudah dijangkiti COVID-19 daripada universiti yang sama. Ramai beranggapan KKM kini bakal berdepan dengan […]

error: Content is protected !!