Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin December 19, 2025 @ 12:01pm

Aliff Syukri Mohon Netizen Beri Ruang Isu Cerai Kamal Adli & Uqasha Senrose – “Korang Jangan Berpihak Pada Sesiapa”

Usahawan dan personaliti media sosial, Datuk Seri Alif Syukri Kamarzaman menasihatkan orang ramai agar tidak berpihak kepada mana-mana pihak susulan kemelut rumah tangga melibatkan pasangan selebriti, Kamal Adli dan Uqasha Senrose yang kini menjadi perbualan hangat netizen.

Kata Alif, masyarakat seharusnya memberi ruang kepada proses undang-undang untuk berjalan dengan adil tanpa campur tangan emosi atau spekulasi berlebihan di media sosial.

“Kepada netizen semua dengan Papa cakap dalam cerita ni (konflik Uqasha dan Kamal Adli) kau orang jangan berpihak pada sesiapa. Sama ada dekat Uqasha ke? Atau Kamal Adli. Biar Mahkamah yang buat kerja,” katanya.

Aliff berkata demikian menerusi hantaran sepotong video pendek yang dimuat naik di platform media sosialnya.

@papalarisofficialkorang setuju tak?? papa ni dah naik mahkamah lebih 10 kali dah biasa dah dah tahu dah satusatu kes tu bukan mudah mahkamah nak jatuhkan hukuman♬ original sound – Aliff Syukri Kamarzaman

Tegasnya, segala kebenaran hanya dapat ditentukan melalui proses perundangan yang lengkap dan telus.

“Sebab bila dekat Mahkamah, segala bukti kamera, video, saksi semua ada. Kita sebagai rakyat Malaysia jangan keruhkan lagi keadaan.

“Kalau betul dia kena biar Mahkamah yang tentukan. Di sana ada hakim, ada majistret,” jelasnya.

Diakhir video tersebut, Alif turut menyeru netizen agar menghentikan perbalahan di ruang komen dan mendoakan yang terbaik buat semua pihak terlibat.

“Jadi Papa harap jangan menambah keruhkan lagi. Kita doakan yang terbaik. Sebab kalau dekat Mahkamah ni dik, air kencing, saksi, sentuhan, video semua jadi bukti.

“Jadi apapun, jangan bagi panas. Ingat! Kurang kontroversi, tambahkan prestasi,”ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Kamal Adli Dakwa Isteri ‘Tak Waras’, Uqasha Senrose Tampil Pertahan Diri – “Macam-Macam Saya Kena! Saya Hanya Dibenar Duduk Dalam Bilik Sebab…”

ARTIKEL BERKAITAN:“Demi Allah! Demi Nama Mak Ayah Saya & Saya Berani Junjung Al-Quran ” – Kamal Adli Nafi ‘Naik Tangan’ Terhadap Uqasha Senrose

ARTIKEL BERKAITAN:“Semua Orang Tahu Saya Memang Seorang Diri Semasa Mengandung Sebab Dia Kerja ‘Back To Back’” – Uqasha Senrose

ARTIKEL BERKAITAN: “Ramai Orang Sangka Tahun Ini Saya Bersinar, Tapi…” – Kamal Adli Mengaku Rezeki Mencurah Tapi Hati Rasa Kosong

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 19 Aug 2019

Mark Adam Benar-benar Menyesal Dan Minta Maaf

Lagi kes body shaming, kali ini giliran Mark Adam pula tampil mohon maaf!

Featured Mon, 1 Aug 2022
Hiburan Wed, 24 Apr 2019

Dilabel Serupa ‘Tengkorak’, Apa Komen Amyza Adnan?

Sebab itu saya suka berlawak dan tidak suka fikir benda yang stress…

Events Fri, 18 Jan 2019
Featured Tue, 27 Jun 2023
Trending Fri, 10 Apr 2020
Hiburan Thu, 16 Nov 2017

Bagaikan Jatuh Di Timpa Tangga Untuk Kamal Adli

Lepas satu-satu masalah timbul, baru lepas gagal dalam percintaan kali ini tentang diri yang mengalami kemalangan

error: Content is protected !!