Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin December 19, 2025 @ 5:37pm

Lepas Rindu Terhadap Peminat, Kai Deva Tetap Turun Busking Sekali-Sekala

Penyanyi Kai Deva tidak pernah melupakan titik permulaannya sebagai pemuzik jalanan biarpun kini namanya semakin dikenali.

Bergelar naib juara One In A Million (OIAM) yang melabuhkan tirai Februari lalu, Kai masih setia dengan dunia busking dan mengakui sekali-sekala kembali membuat persembahan jalanan bagi melepaskan rindu terhadap minat asalnya biarpun jadualnya semakin sibuk.

“Sekarang saya memang sudah jarang busking, tetapi bila ramai yang cakap rindu nak tengok saya tampil semula di jalanan, saya buat juga, tetapi sangat jarang. Dua bulan ini, saya baru turun sekali.

“Saya tak ambil kisah apa orang nak kata. Ramai juga tanya kenapa saya masih busking selepas OIAM, terutama bila saya buat siaran langsung di media sosial. Setiap kali turun busking, saya akan minta kebenaran label terlebih dahulu dan saya hanya turun kerana melepaskan rindu,” katanya.

Mengulas dakwaan kononnya dia sudah ‘turun standard’ atau kekurangan tawaran kerja kerana masih busking, Kai menafikan perkara tersebut.

“Saya hanya busking bila ada masa lapang, sebulan sekali, kadangkala sekali dalam tempoh dua bulan. Sejujurnya, saya tak rasa diri saya downgrade pun. Saya masuk uji bakat OIAM pun hasil daripada busking.

“Saya tak pernah masuk kelas vokal atau mana-mana studio rakaman sebelum ini,” katanya lagi yang dahulunya merupakan vokalis kumpulan Genji Buskers yang cukup dikenali dengan persembahan jalanan di sekitar Bukit Bintang, Kuala Lumpur sebelum memasuki OIAM.

Dalam perkembangan terbaharu, Kai kini sedang mempromosikan lagu terbaharu berjudul Benar Indah.

Lagu ciptaan Firdaus Rahmat itu merupakan lagu tema bagi drama vertikal bersiri Separuh Nafas Cinta yang bersiaran di akaun TikTok Drama Sangat.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 21 Aug 2024
Hiburan Mon, 26 Jan 2026

“Berhentilah Sebarkan Aib, Dia Budak Yang Baik” – Siti Jamumall Pertahan Mia Sara

Menurut Siti, sepanjang hampir lima tahun saling mengenali, dia menyifatkan Mia sebagai seorang yang baik

Featured Thu, 26 Jan 2023
Hiburan Sun, 13 May 2018

Ucapan “Selamat Hari Ibu, Bakal Mertuaku” Banjiri Instagram Syed Saddiq!

“ Selamat Hari Ibu, Bakal Mertuaku,”. Amboi korang…Tak apalah, beliau pun masih bukang kan? Why not? Apapun, Good Luck, Ladies!

Trending Tue, 3 Mar 2026

Linda Rafar Rugi RM500,000, Tertekan Hingga Makan Ubat Selepas Didakwa Ditipu ‘Datuk’

Pelakon dan penyanyi, Linda Rafar, mendedahkan dia mengalami kerugian sebanyak RM500,000 selepas didakwa ditipu seorang individu bergelar ‘Datuk’ dalam satu urusan perniagaan. Linda atau nama sebenarnya Azlinda Abdul Rafar, 48, berkata kejadian itu memberi impak […]

error: Content is protected !!