Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin December 21, 2025 @ 6:27pm

Dari Karate Ke Layar Perak, Saha Champ Raih Peluang Emas Selepas Filem Tiket Sehala

Bekas atlet karate negara, Shaharudin Jamaluddin atau lebih dikenali sebagai Saha Champ, 37, tidak menyangka pembabitannya dalam filem Tiket Sehala membuka laluan rezeki lebih luas dalam industri perfileman tempatan.

Menurut Saha, tawaran membintangi karya terbitan Key Billions itu terasa seperti satu mimpi indah yang menjadi realiti.

“Saya benar-benar tidak menjangka akan dipilih untuk Tiket Sehala. Lebih mengujakan apabila ramai pelakon berbangsa India yang hebat dan berpengalaman turut menghadiri uji bakat bagi watak Roshan,” katanya yang turut menzahirkan penghargaan kepada pelakon Anita Permata Sari kerana mencadangkan namanya kepada pihak produksi.

Meskipun sudah lebih sedekad aktif sebagai pelakon untuk drama dan filem Tamil tempatan, Saha mengakui peluang memasuki pasaran filem Melayu bukan sesuatu yang mudah, malah banyak bergantung kepada tuah dan rezeki.

Beliau turut menyebut kejayaan beberapa rakan seperjuangan seperti Sangeeta Krishnasamy dan Theebaan G yang lebih awal menembusi industri filem Melayu selepas lama berkecimpung dalam produksi Tamil.

“Jurulatih saya, legenda karate negara Dato’ Shihan P. Arivalagan banyak memberi dorongan selepas saya lulus uji bakat Tiket Sehala. Lebih menggembirakan, kejayaan ini membuka dua lagi tawaran filem baharu yang bakal menjalani penggambaran awal tahun depan,” katanya teruja.

Saha bukan nama asing dalam arena sukan tanah air. Sepanjang 27 tahun bergelar atlet karate, beliau pernah meraih pingat emas, perak dan gangsa di lima edisi Sukan SEA serta lima lagi pingat dalam Kejohanan Karate Asia.

Dia juga memegang rekod Malaysia Book of Records sebagai atlet karate lelaki paling lama beraksi di peringkat kebangsaan selain mencipta kebanggaan apabila tersenarai dalam Guinness World Records melalui penyertaan terbesar dalam demonstrasi karate di India awal 2025.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 6 Jan 2024

Hasrat Terbantut Nak Sambut Hari Jadi Alyah, Tok Ram Diserang Vertigo

Allahu semoga Tok Ram cepat sembuh! Happy belated birthday Alyah

Featured Fri, 26 Jan 2024
Trending Tue, 18 Aug 2020

Korban Covid-19 Cecah 108, 536

Terus meningkat gaissssss!

Trending Tue, 22 Sep 2020

KKM Buat Ujian Kemurungan, Nilai Tahap Stress Frontliners

Semoga frontliners kita baik-baik sahaja

Trending Thu, 11 Oct 2018

Lelaki Ini Tak Perasan Ada Paku Dalam Kepalanya. Ngerinya!

Jika anda sering sakit kepala, segeralah berjumpa dengan doktor ya!

Featured Sat, 28 Jun 2025
error: Content is protected !!