Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Putri July 14, 2018 @ 12:58pm

TIME Beri Amaran Kepada Telekom Malaysia

Awal minggu ini, kita dihidangkan dengan pengumuman berkenaan pakej unifi Turbo daripada Telekom Malaysia(TM) kepada semua pelanggan mereka. Ia tentunya merupakan satu berita yang amat menggembirakan pengguna internet di Malaysia yang sudah lama mengidamkan internet yang lebih pantas.

TM telah menjanjikan peningkatan kelajuan sehingga 10 kali lebih pantas tanpa mengenakan sebarang cas tambahan kepada pelanggan unifi bermula bulan hadapan. Antara naiktaraf yang dijanjikan ialah pelanggan pakej unifi 100Mbps mereka bakal menerima naiktaraf kepada 800Mbps, manakala pengguna Streamyx pula akan dinaiktaraf kepada unifi sempena promosi ini.

Menyedari perkara itu, sebuah lagi penyedia perkhidmatan internet(ISP) terkemuka negara, TIME telah mengirimkan ucapan tahniah kepada TM atas usaha mereka untuk mempertingkatkan taraf kelajuan internet di negara ini. Mereka turut memuatnaik satu surat terbuka berbentuk ‘amaran’ kepada TM melalui Facebook rasmi mereka.

Bagaimanapun, ia bukanlah berbentuk amaran keras. Surat berkenaan lebih kepada satu peringatan bagi TM bahawa mereka tidak akan berdiam diri dan membiarkan pelanggan mereka berpindah ke TM selepas ini.

TIME turut mengajak TM untuk terus komited dalam memberi dan memperluaskan perkhidmatan internet fiber di seluruh negara pada masa akan datang. Kiriman ini seolah-olah memberi bayangan bahawa TIME akan hadir dengan promosi mereka tersendiri tidak lama lagi.

‘Pertelingkahan’ antara mereka ini merupakan satu perkembangan yang amat baik bagi pengguna internet di Malaysia. Ia akan menyebabkan bukan sahaja TM dan TIME, malah semua penyedia perkhidmatan internet yang lain bersaing secara sihat dengan menawarkan pakej terbaik bagi menarik perhatian pelanggan.

Sumber

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 21 Feb 2023
Hiburan Tue, 9 Dec 2025

“Ambil Wuduk Pun Buat Saya Tenang, Solat Macam ‘Dating’ Dengan Allah” – Nadia Brian

Nadia mengakui amalan solat adalah sumber kekuatan terbesar dalam hidupnya

Hiburan Tue, 23 Aug 2022

“Kesian, Buat Apa Pun Kena Kecam” – Aksi Baby Shima Nyanyi Tegak Curi Perhatian

Haa kenapa pulak ni? Baby Shima tak gelek pun jadi isu juga..

Featured Fri, 6 Dec 2024
Hiburan Fri, 5 Apr 2019

Here’s Pretty Much Every Scandal the BIG BANG Members Have Gotten Into

BIG BANG is probably the most problematic boy band.

Hiburan Tue, 30 Jan 2018

HAQIEM RUSLI NAIK SHEIKH?

Walaupun lagu tersebut bernot tinggi itu sedikit sebanyak membantu beliau dalam mencabar dan memperbaiki vokal beliau

error: Content is protected !!