Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi January 7, 2026 @ 6:21pm

Fedtri Yahya Kesal Lirik Lagu Berunsur L*cah – “Perlu Ada Batasan Kerana Ia Mengaibkan”

Pengacara dan penulis lirik, Fedtri Yahya meluahkan rasa kecewa terhadap trend penciptaan lagu yang didakwa semakin berani memaparkan lirik berunsur lucah dan tidak senonoh.

Fedtri atau nama sebenarnya Ahmad Fedtri Yahya, 45, berkata setiap genre muzik mempunyai identiti tersendiri, namun dangdut khususnya sejak dahulu terkenal dengan lirik berlapik serta penuh kiasan yang masih menjaga sensitiviti pendengar.

“Dangdut Malaysia dulu sangat beradab, mungkin kerana ketegasan dalam penapisan. Sekarang, sekadar membaca lirik pun sudah rasa segan.

“Bayangkan kita bawa keluarga menonton persembahan, tiba-tiba penyanyi menyebut perkataan berunsur ‘double meaning’. Ini bukan lagi hal kecil kerana ia jelas menjurus kepada kelucahan,” katanya ketika ditemui XTRA.

Menurut Fedtri, sebagai pengkarya seni, perkara itu menimbulkan rasa marah dan kecewa kerana perubahan sebegitu tidak sepatutnya berlaku dalam dunia seni tempatan.

“Tak perlu ubah dangdut ke arah seperti ini. Isu ini juga sudah ditegur oleh Menteri Agama. Bagi saya, batasan perlu ada kerana ia boleh mengaibkan,” katanya.

Dalam pada itu, Fedtri turut meluahkan kebimbangan terhadap pengaruh lagu dari negara seberang yang didakwa mempunyai unsur negatif dan berpotensi memberi kesan buruk kepada pendengar serta industri muzik tempatan.

“Sahabat kepada lagu adalah imaginasi. Saya kecewa apabila ada karya yang membawa unsur tidak baik. Zaman 1990-an, lagu dangdut hanya berkisar tentang cinta dan rindu.

“Mungkin ada yang mengejar viral dan publisiti, kemudian mengharapkan kemaafan. Namun, dalam hal ini, ketegasan tetap perlu,” ujarnya.

Fedtri berkata demikian ketika ditemui pada tayangan perdana dan sidang media filem The Voice of Hind Rajab di Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur, Selasa lalu.

Mengulas lanjut, Fedtri berpandangan pihak bertanggungjawab perlu mengambil tindakan termasuk sekatan terhadap pengkarya yang menghasilkan karya bercanggah dengan agama serta nilai murni masyarakat.

“Ia bukan bertujuan menghukum, sebaliknya memberi kesedaran. Mungkin selepas dikenakan sekatan, mereka akan kembali membawa imej yang lebih baik.

“Saya pernah bertanya kepada tokoh lirik seperti Datuk M. Nasir dan Habsah Hassan mengenai rahsia menghasilkan lirik hebat. Jawapan mereka adalah bermunajat kepada Ilahi untuk mendapatkan ilham,” katanya.

Terdahulu, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) memandang serius penularan lagu yang didakwa berunsur lucah dan tidak senonoh.

Menterinya, Dr Zulkifli Hasan, menerusi satu kenyataan sebelum ini menegaskan seni perlu berpaksikan nilai agama dan akhlak, bukan semata-mata mengejar populariti.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

#tilljannah Mon, 9 Jan 2023
Hiburan Wed, 10 Jun 2026

Aisha Retno Terbuka Digelar ‘Ratu Kacip’, Tak Anggap Threads Platform Toksik – “Kebanyakannya Kelakar & Membina”

Aisha juga tidak kisah apabila ada segelintir peminat melabelkannya sebagai ‘ratu kacip’ kerana sering meninggalkan komen dan ciapan lucu di Threads.

Trending Thu, 9 Apr 2020

[TRENDING] Keluarga Dedah Keadaan Sebenar Glenn Fredly Sebelum ‘Pergi’

RIP Glenn Fredly. Terima kasih atas nota muzika yang penuh cinta

Hiburan Tue, 7 May 2019

Darah Keluar Dari Mulut Tanpa Henti, Nonny Nadirah Mohon Doa Peminat

Doakan Nonny sembuh & mohon tiada apa yang serius berlaku!

error: Content is protected !!