Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi January 9, 2026 @ 2:10pm

“Saya Sangat Dijaga & Dilindungi, Tak Pernah Disuruh Cipta Kontroversi” – Puteri Sarah

Pelakon jelita, Puteri Sarah menegaskan dia tidak pernah dipaksa mana-mana pihak produksi untuk mencipta kontroversi semata-mata demi meraih populariti, meskipun budaya itu semakin sinonim dengan industri hiburan masa kini.

Menurut Sarah atau nama lengkapnya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 41, sejak awal pembabitannya dalam dunia seni, perjalanan kerjayanya berjalan lancar tanpa sebarang tekanan untuk mencetuskan sensasi.

“Alhamdulillah setakat ini tak ada. Dari awal masuk industri pun semuanya okey.

“Saya bermula dengan Datuk M. Nasir dan Datin Marlia Musa, mereka yang jaga saya masa itu.

“Jadi saya rasa sangat dilindungi,” katanya ketika disoal pandangannya mengenai pendedahan beberapa pelakon mendakwa mereka dipaksa untuk mencipta kontroversi demi mendapatkan watak dan kekal relevan dalam industri.

Mengulas mengenai trend artis yang menggunakan kontroversi sebagai jalan pintas untuk dikenali, Sarah mengakui ada situasi di mana isu panas berlaku tanpa dirancang.

“Kadang-kadang kontroversi itu kita tak minta. Tapi kalau nak buat pun, biarlah kontroversi yang baik. Macam Khairul Aming, itu contoh yang positif,” katanya.

Namun, Sarah percaya kontroversi semata-mata tidak mampu menjamin kelangsungan seseorang dalam industri sekiranya tidak disertai dengan bakat sebenar.

“Saya rasa saya bukan orang yang tepat atau layak untuk bercakap tentang hal ini. Pada saya, kalau ada kontroversi tapi tak ada bakat, tak boleh juga. Saya lebih percaya kepada bakat. Kontroversi bukan penentu segalanya,” ujarnya.

Tambah Sarah, pengalaman lalu mengajarnya untuk lebih berhati-hati dan memilih jalan yang lebih tenang dalam meneruskan kerjaya, terutama selepas beberapa perkara yang berlaku di luar kawalannya sebelum ini.

“Saya akui ada benda yang berlaku dulu bukan yang saya mahukan. Sekarang saya dah tone down dan mahu mulakan hidup baharu. Tahun 2026 ni saya nak fokus pada benda baik-baik saja,” katanya.

Menurutnya lagi, tahun 2026 menjadi titik perubahan apabila dia mahu memberi tumpuan kepada pendidikan, perniagaan serta projek lakonan yang lebih berkualiti.

“Saya sambung belajar, fokus bisnes dan drama. Drama saya pun akan keluar bulan puasa nanti. Saya nak tinggalkan yang lama dan fokus pada perkara positif saja,” katanya.

Sarah berkata demikian ketika ditemui pada sesi temu bual bersama selebriti TV Tuisyen yang berlangsung di Balai Berita, pada Jumaat.

Dalam perkembangan lain, platform penstriman tempatan Tonton melancarkan inisiatif pendidikan digital menerusi TV Tuisyen yang mula ditawarkan kepada pengguna bermula 1 Oktober 2025.

Lebih menarik, Sarah turut terlibat sebagai tenaga pengajar subjek Matematik Tingkatan Dua di platform berkenaan.

Artikel Berkaitan: “Saya Tak Suka Anak Jadi Artis” – Puteri Sarah Mahu Sumayyah Jadi Doktor, Syaikhul Engineer

Artikel Berkaitan: Masih Dalam Group WhatsApp Keluarga Mentua, Netizen Puji Puteri Sarah Beruntung Terus Disayangi

Artikel Berkaitan: Puteri Sarah Nasihat Dr. Fie Kawal Emosi, Rancang Tindakan Dengan Bijak – “Keadaan Ini Ibarat Main Catur”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 14 Jul 2019
Featured Tue, 2 Aug 2022

“Tiada Istilah ‘Sailang’ Johan & Fizi, Anggap Ia Satu Persaingan Sihat…” – Nazri Noran

Kemunculan dua penyampai radio terkenal dalam radio Hot FM berlaku atas persetujuan kedua-dua belah pihak

Hiburan Thu, 12 Jun 2025

Syafiq Abdilah, Killa Driz Ungkap Luka & Harapan Dalam ‘Sepanjang Malam’

Syafiq Abdilah bergabung tenaga dengan Killa Driz menerusi single terbaharu berjudul Sepanjang Malam.

Hiburan Mon, 11 Jun 2018

Kenapa Khai Bahar Tak Beli Baju Raya?

Khai mengakui rezeki syawal nya pada tahun ini semakin murah.

Trending Wed, 4 Jul 2018

Saya Reda, Terima Kasih SPRM Atas Layanan Baik

Insya Allah, ini adalah peluang terbaik untuk saya membersihkan nama saya secara tuntas selepas ditohmah dan dituduh dengan begitu berat sekali.

Hiburan Wed, 17 Apr 2019

Dikecam Berniaga, Zara Zya Sedih Dihentam Netizen?

Kenapa nak dengki dengan Zara pula ni?

Hiburan Tue, 5 Dec 2017

Saya Reda Dengan Pemergian Ibu – Zul Ariffin

saya reda dengan pemergian ini. Semoga urusannya disana dipermudahkan. Amin,

Trending Thu, 26 Jul 2018

HFMD Pun Boleh Kena Pada Orang Dewasa

Segelintir jangkitan HFMD yang disebabkan oleh jangkitan EV71 boleh menyebabkan komplikasi seperti radang otak dan jantung.

error: Content is protected !!