Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin January 11, 2026 @ 11:19pm

Mohon Maaf Kepada Peminat Konsert Dihentikan… Penganjur Pentas RadjaWali Jelaskan Isu ‘Blackout’

Penganjur Konsert Pentas RadjaWali iaitu Impian Al Fateh Sdn. Bhd., GIS Entertainment & Events dan Infinity Love Creative Ventures (ILCV Events) tampil memberi penjelasan berhubung kekecohan yang berlaku, termasuk isu ‘blackout’ sistem bunyi pada penghujung acara.

Menurut wakil penganjur, keputusan untuk memulakan konsert sedikit lewat dibuat atas dasar menghormati waktu solat Isyak memandangkan lokasi penganjuran berhampiran kawasan kediaman dan masjid.

Katanya, pihak penganjur memilih untuk tidak memulakan acara ketika azan sedang berkumandang atau ketika jemaah menunaikan solat.

“Isyak masuk sekitar 8.30 malam dan selesai lebih kurang 8.40 malam. Sebab itu kami mula pada 8.50 malam. Ini bukan sengaja dilewatkan, tetapi sebagai tanda hormat kepada sensitiviti agama dan penduduk setempat,” dakwa wakil penganjur dalam sebuah kenyataan media.

Mengulas insiden sistem bunyi dimatikan secara tiba-tiba, wakil penganjur memaklumkan pihaknya sudah cuba berunding dengan pengurusan Idea Live Arena serta wakil Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di lokasi bagi membolehkan Wali Band menyampaikan lagu terakhir.

Katanya, walaupun permit hiburan dalaman sah hingga jam 1 pagi, permit venue pula hanya sehingga jam 12 tengah malam, namun persembahan masih boleh dilanjutkan jika ada persetujuan bersama.

“Kami mohon ruang sampai 12.30 tengah malam supaya persembahan boleh ditutup dengan baik. Kami juga sanggup tanggung risiko termasuk hilang deposit RM20,000 atau dikenakan denda, asalkan penonton puas hati dan konsert berakhir elok.

“Tapi pihak venue minta surat kelulusan bertulis dengan cop rasmi MBPJ ketika itu, sedangkan perkara itu memang mustahil disiapkan pada tengah malam,” dakwa wakil penganjur.

Wakil penganjur berkata, rundingan kemudian membawa kepada persetujuan secara lisan sekitar jam 11.55 malam untuk membenarkan satu lagu terakhir sebelum pentas ditutup.

Pihak penganjur mendakwa sudah memaklumkan kepada Wali Band supaya membuat pengumuman dan menamatkan persembahan secara teratur, namun sebaik sahaja lagu yang sedang dimainkan berakhir, sistem bunyi dimatikan tanpa memberi ruang kepada artis membuat penutup atau mengucapkan selamat tinggal.

Katanya, situasi itu mencetuskan kekeliruan dan kemarahan penonton, selain memohon maaf kepada semua peminat yang hadir.

“Kami sudah cuba sedaya upaya untuk meredakan keadaan, tetapi usaha itu tersekat kerana ketegasan pihak venue yang langsung tidak mahu bertolak ansur,” dakwa wakil penganjur lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 10 Aug 2018

JAMES第二单曲《Let‘s Get Away》与少女時代秀英合唱

美籍韩裔歌手兼创作才子James在毫无预警下于自己的社交媒体公布了第二首单曲《Let‘s Get Away》(Acoustic Version) 将与少女时代的秀英合唱!

#tilljannah Sat, 24 Dec 2022

Kongsi Momen Sweet Bersama, Ramai Puji Hairul Azreen & Hanis Zalikha – “Favourite Couple!”

Tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh pelakon Hairul Azreen di laman Instagram yang berkongsi momen bersama isteri tercintanya, Hanis Zalikha sehingga berjaya mencuri perhatian ramai. Menerusi hantaran tersebut, Hairul mengucapkan terima kasih kepada isterinya […]

Hiburan Wed, 15 Jan 2020

Jangan Lupa Tuntut E-Tunai Mulai Hari Ini

KIRA-kira 15 juta rakyat Malaysia layak boleh menuntut wang RM30 pemberian kerajaan daripada mana-mana tiga pengendali e-dompet terpilih iaitu Touch ‘n Go, Grab, dan Boost mulai 8 pagi hari ini. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng […]

Hiburan Fri, 28 Dec 2018

Susut 5 KG, Cassidy La Creme Kongsi Tips Kurus Tanpa Pil

Patutlah makin cantik, Cassidy mengamalkan diet khas rupanya…

error: Content is protected !!