Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin January 26, 2026 @ 1:10pm

“Aqish Anak Yang Baik, Dia Saksi Pada Luka Ibunya” – Umie Aida

Pelakon popular, Datin Seri Umie Aida berkongsi sikap dan keperibadian aktres versatile, Puteri Balqis yang sudah mual dikenalinya sejak tahun 2013 lagi.

Menurut Umie, meskipun Aqish tidak hidup dalam kehidupan yang mudah namun, pengalaman itu membuatkan remaja berusia 19 tahun itu cukup kuat berdepan kecaman pada hari ini.

“Aqish ibu minta maaf nak kongsi sedikit sahaja. Siapakah Puteri Balqis dimata ibu. Saya kenal Aqish sejak 2013. Dari hari pertama kami shooting bersama, watak sebagai ibu dan anak.

“Dapatlah saya menyaksikan sedikit bagaimana dia membesar. Aqish berkongsi ceritanya bukan dalam kehidupan yang mudah, tetapi dalam kepahitan yang membentuk adab dan kekuatannya hari ini.

“Aqish adalah anak yang baik dan sangat menghormati ibunya. Dari kecil, dia melihat sendiri susah payah dan luka hidup seorang ibu yang dia sayangi. Sebab itulah dia membesar sebagai anak yang melindungi ibunya.

“Ibunya melalui kesakitan hidup yang dia pikul sendiri tanpa ada yang sudi memahaminya. Allahuakbar, saya tak nak sentuh bab tu, anda semua pun dah tahukan. Ibu aqish wanita yang kuat!,” katanya.

@umieaida_9Aqish.. ibu minta maaf nak kongsi sedikit sahaja .Sapekah Puteri Balqis dimata ibu. Saya kenal Aqish sejak 2013. Dari hari pertama kami shooting bersama, watak sebagai ibu dan anak. Dptlah saya menyaksikan sedikit bagaimana dia membesar / aqish berkongsi ceritanya — bukan dalam kehidupan yang mudah, tetapi dalam kepahitan yang membentuk adab dan kekuatannya hari ini. Aqish adalah anak yang baik dan sangat menghormati ibunya. Dari kecil, dia melihat sendiri susah payah dan luka hidup seorang ibu yang dia sayangi. Sebab itulah dia membesar sebagai anak yang melindungi ibunya. Ibunya melalui kesakitan hidup yg dia pikul sendiri tanpa ada yg sudi memahaminya. Allahuakbar.. saya taknak sentuh bab tu, korang pun dah tahukan. Ibu aqish wanita yg kuat ! Ok kita cerita bab kerja. Sepanjang saya bekerja dengannya, Akish sentiasa beradab & anak yang manja. Selesai shooting, dia tidak pernah berlalu tanpa salam dan cium tangan. Iye.. ! Dia seorang yang reserved, bukan sombong — cuma anak yang dibesarkan oleh pengalaman hidup yang keras, dan itu wajar difahami, bukan dinilai secara negatif. Alhamdulilah.. skg aqish dah ada keluarga baru & tunang. Tak sabor ibu nak mkn nasi minyak aqish. 😁 Suatu ketika dulu mereka dipinggirkan, orang tak peduli soal makan, duit dan kehidupan mereka. Bukan kerana dia tidak mahu berkongsi, tetapi kerana tiada siapa benar-benar mahu mendengar. Jadi bila hari ini mereka cuba bernafas dan mencari bahagia, pls jangan ganggu. Ibu doakan aqish & keluarga sentiasa dalam lindungan & jagaan Allah. Dan diluaskan rezeki mu. Love you!! ❤️♬ Sad song by piano and violin(886018) – NOVA

Mengulas lanjut, Umie menegaskan, Aqish bukan sahaja sangat menghormati orang lain malah,  sentiasa menunjukkan sikap beradab sepanjang bekerjasama di set penggambaran.

“Ok kita cerita bab kerja. Sepanjang saya bekerja dengannya, Aqish sentiasa beradab dan anak yang manja. Selesai shooting, dia tidak pernah berlalu tanpa salam dan cium tangan. Ya! Dia seorang yang reserved, bukan sombong… cuma anak yang dibesarkan oleh pengalaman hidup yang keras, dan itu wajar difahami, bukan dinilai secara negatif,” luahnya.

Dalam pada itu, Umie juga meluahkan rasa syukur kerana Aqish kini berada dalam fasa baharu kehidupan bersama keluarga dan tunangnya.

Sekali gus, menyeru orang ramai agar tidak terus menghukum remaja itu berdasarkan persepsi semata-mata.

“Alhamdulilah, sekarang Aqish dah ada keluarga baru dan tunang. Tak sabar ibu nak makan nasi minyak Aqish. 

“Suatu ketika dulu mereka dipinggirkan, orang tak peduli soal makan, duit dan kehidupan mereka. Bukan kerana dia tidak mahu berkongsi, tetapi kerana tiada siapa benar-benar mahu mendengar.

“Jadi bila hari ini mereka cuba bernafas dan mencari bahagia, tolong jangan ganggu. Ibu doakan Aqish dan keluarga sentiasa dalam lindungan dan jagaan Allah. Dan diluaskan rezeki mu. Love you!,” jelasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 6 Dec 2019
Events Sat, 12 Oct 2024
Hiburan Thu, 28 Nov 2019

Dikecam Nyanyi Tak Sedap, Nazim Minta Tolong Mentor Ernie Zakri

Kalau dah minat, teruskan je lah. Pedulikan tanggapan negatif orang lain!

Trending Thu, 3 Sep 2020
Trending Thu, 30 Jun 2022

“Kepada Sesiapa Yang Sondol Selepas Ini Perlu Lebih Berhati-Hati” – Enggan Terus Dipijak, Puteri Sarah Saman Ira Kaza

Puteri Sarah akhirnya saman Ira Kazar yang menjadi orang ketiga dalam perkahwinannya.

Hiburan Wed, 8 Jan 2020
Featured Fri, 9 Dec 2022

[VIDEO] “Suddenly My Handphone ‘Hang'” – Siti Nurhaliza ‘Speechless’ Jumpa Gordon Ramsay

Comel je gelagat Siti Nurhaliza ni ekk 🥰🥰 Macam tu jugak la reaksi kita bila jumpa TokTi 🤪🤩🤣

Hiburan Sat, 11 May 2019
error: Content is protected !!