Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin January 28, 2026 @ 4:46pm

“Mungkin Mereka Pun Tak Ada ‘Point'” – Kelemahan Vokal Diungkit, Nabila Razali Tak Ambil Hati

Penyanyi dan pelakon popular, Nabila Razali enggan mengambil pusing apabila video lama mempamerkan kelemahan vokal nyanyiannya kembali dikongsikan di platform media sosial.

Kata Nabila atau nama lengkapnya, Nur Nabila Mohd Razali, 33, isu berkenaan bukan lagi perkara baharu malah sudah bertahun-tahun ia diperkatakan.

“Tiada apa yang baru, perkara itu sudah bertahun lamanya tetapi mereka (netizen) masih kongsi semula.

“Saya tidak boleh nak komen apa sebab video lama itu memang ada saja. Setidaknya ia mengingatkan kembali tentang masa lalu yang pernah berlaku, kalau tidak saya pun lupa.

“Mungkin mereka pun dah tak ada point, itu sebab keluarkan balik semua video lama,” katanya.

Pelantun lagu Peluang Kedua itu berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media pelancaran drama siri Viu Original berjudul, Sesaat Lebih yang diadakan di One Utama, Petaling Jaya pada, Rabu.

Mengulas lanjut mengenai isu timbul, dia bagaimanapun terbuka dan tidak mengambil hati dengan perkongsian tersebut.

Bahkan, kelemahannya itu membuatkan dia kini mengambil inisiatif untuk menghadiri kelas vokal dan menari bagi memperbaiki dirinya.

“Apa lagi yang boleh saya buat, saya hanya mampu baca komen netizen dan lihat saja.

“Nak cakap fasal saya menyanyi tak okay atau apa saja teruskan sebab saya menerimanya dengan hati terbuka sejak dulu lagi.

“Dan disebabkan itu juga saya mengambil kelas vokal dan kelas menari untuk perbaiki diri,” jelasnya.

Ketika disoal mengenai perkongsiannya di platform Threads sebelum ini, ibu anak satu itu menegaskan, dia tidak menyebelahi mana-mana pihak seperti yang didakwa.

“Saya tidak menyebelahi sesiapa, kenyataan itu cuma pendapat peribadi yang saya merasakan sangat tidak adil untuk sesiapa pun diadili dengan sebegitu.

“Bila orang menyanyi kita dengar suara, kenapa kita tengok pada kehidupan peribadi mereka pula? Tidak kiralah berlaku kepada penyanyi atau pelakon.

“Saya tak tahu nak cakap macam mana, tetapi kurang bersetuju dengan tindakan menghakimi itu. Kalau boleh nak nasihat orang luar yang suka buat andaian sendiri berdasarkan kehidupan peribadi orang lain, kurang-kurangkanlah,” ujarnya.

Sekadar info, selain Nabila Razali, drama Sesaat Lebih turut dibintangi pelakon Alvin Chong, Haziq Hussni, Zila Bakarin dan ramai lagi.

Drama 12 episod arahan Riza Baharudin itu akan mula ditayangkan pada 29 Januari 2026.

ARTIKEL BERKAITAN:Nabila Razali Dedah Dihujani Kritikan Negatif, Akui Ingat Akaun Individu Komen Melampau – “Boleh Memaafkan, Tetapi Bukan Melupakan”

ARTIKEL BERKAITAN:Bawa Semangat ‘Balas Baik’, Nabila Razali Turun Padang Jumpa Pelajar Sekolah

ARTIKEL BERKAITAN:“Funny How Some People Judge Singing By Personal Life” – Nabila Razali

ARTIKEL BERKAITAN:Nabila Razali Kesal ‘Couple’ Penuhkan Lif Nak Bermanja – “Baru Faham Kenapa Parents Yang Bawa Anak Kecil Marah”

ARTIKEL BERKAITAN:Nabila Razali DM Cha Eun-Woo, Ajak Kolaborasi Muzik Video Bersama 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Wed, 26 Mar 2025

Kolaborasi Dengan Hot FM, ‘Contest Berbuka Puasa’ Temukan Alyph & Peminat – “Teruja Dapat Luangkan Masa Istimewa Ini “

Penyanyi rap asal Singapura, Alyph akhirnya menjalankan kolaborsi bersama dalam satu acara istimewa yang dipanggil  ‘Contest Berbuka Puasa’.

Featured Thu, 15 May 2025
Hiburan Tue, 20 Nov 2018

Fazley, Azrene Naik Pelamin 27 November Ini

Pasangan kekal yang sudah 13 tahun berkahwin ini bakal diraikan sekali lagi dalam sebuah majlis resepsi santai. Terbaiklah!

Hiburan Thu, 28 Feb 2019

Mahu Ulang Fenomena 12 Tahun Lalu, Imran Ajmain Hadiahkan Intan Dan Perak

Naratif itu juga boleh digunakan di dalam perhubungan moden di mana wanita zaman kini punya pendidikan tinggi sekali gus memiliki pendapatan tinggi hingga menjadikan golongan lelaki pula tidak mampu melakukan hal sama termasuk mengekalkan hubungan.

Featured Tue, 16 Dec 2025

“Tahajjud Is Really Works On Me” – Aprena Manrose Titip Pesan Buat Individu Terpalit Masalah Hubungan

Pelakon Aprena Manrose menitipkan kata-kata penuh makna kepada individu yang sedang berdepan ujian dalam hubungan.

Trending Mon, 1 Mar 2021
Hiburan Tue, 2 Oct 2018

Hafiz Suip Terkandas Di Jepun Akibat Taufan Trami

Semoga perjalanan Hafiz Suip dan keluarga dipermudahkan dan dilindungi!

error: Content is protected !!