Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin January 30, 2026 @ 12:13pm

“Niat Saya Untuk Melindungi Bukan Menghina” – Nafi Bermusuh, Mia Sara Kagum Dengan Puteri Balqis

“Keadaan disalah tafsir hingga orang luar menganggap saya dan Puteri Balqis seolah-olah bergaduh”.

Demikian penjelasan pelakon Mia Sara Nasuha berhubung konflik yang berlaku antara dirinya dan pelakon Puteri Balqis.

Kata Mia, tidak wujud sebarang masalah peribadi antara dirinya dan Puteri Balqis atau lebih mesra disapa Aqish, sebaliknya menegaskan segala yang berlaku sebelum ini berpunca daripada salah faham.

Jelasnya, dia sentiasa mengagumi bakat lakonan Aqish kerana menganggap apa yang dilakukan pelakon itu sebagai satu bentuk seni.

“Saya mengagumi Puteri Balqis kerana bakat lakonannya dan melihat apa yang dia lakukan sebagai satu bentuk seni. Namun keadaan disalah tafsir sehingga orang luar menganggap saya dan Puteri Balqis seolah-olah bergaduh.

“Kami tak pernah berhubung secara peribadi. Isu ini berlaku ketika kami masih kanak-kanak, sekitar umur saya tujuh tahun. Jadi tak masuk akal bila orang mengatakan kami mempunyai konflik besar kerana kami budak-budak pada waktu itu.

“Apabila artikel-artikel mula keluar, keadaan jadi semakin buruk dan kami berdua menerima kecaman,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:Puteri Balqis Dakwa Jadi Mangsa Buli Mia Sara, Rykarl Iskandar – “Saya Pernah Ditolak, Beg Buruk & Solekan Diketawakan…”

ARTIKEL BERKAITAN:“Dulu Kau Kutuk Mak Dia Tak Didik Anak, Ni Gelabah Nangis Depan Kamera Tak Dapat Offer Berlakon”- Ayah Tiri Puteri Balqis

ARTIKEL BERKAITAN:“Yang Makan D*dah, Minum Ar*k, Gugurkan Anak Bukan Aku, 100 Peratus Kau!,” – Puteri Balqis Gesa Mia Sara Mohon Maaf

Mia berkata demikian ketika sesi temu bual bersama podcast Kita-Kita Aja! Podcast yang dihoskan oleh Datuk Aznil Hj Nawawi baru-baru ini.

Mengulas lanjut mengenai isu bermusuhan bersama Aqish, Mia menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut apatah lagi niatnya pada ketika itu hanyalah mahu mempertahankan dan menyokong Aqish.

“Ia sangat keterlaluan kerana pada ketika itu saya baru berumur sekitar 15 tahun dan orang ramai mula memuat naik gambar di TikTok dan terus mengecamnya.

“Sedangkan niat saya, saya tak mahu Puteri Balqis melalui perkara yang sama seperti saya. Niat saya ketika itu hanyalah untuk mempertahankan dan menyokongnya,” jelasnya.

Bagaimanapun, Mia mengakui cara penyampaiannya ketika itu mengundang salah faham sehingga mencetuskan respons kurang senang dalam kalangan masyarakat.

“Isu itu membuatkan saya panik. Saya pernah terfikir untuk membuat permohonan maaf secara terbuka.

“Tapi ayah saya menasihatkan agar saya tidak menulis apa-apa kerana bimbang ia akan memburukkan lagi keadaan,”kongsinya.

Justeru, enggan isu pergaduhan bersama Aqish terus menerus diperkatakan, Mia menegaskan dia tidak pernah memburukkan rakan lakonnya itu apatah lagi pada ketika itu usianya juga masih muda.

“Niat saya hanya untuk melindungi, bukan menghina. Saya tidak pernah berniat untuk bercakap buruk tentang dirinya.

“Saya akui ketika itu saya masih muda dan tidak matang. Kecaman yang diterima juga sangat berat, termasuk daripada ibu bapa orang lain.

“Saya dicaci dan dihina dan bila twitter pada ketika itu menjadi kecoh, keadaan mental saya semakin merosot,” ujarnya.

Sebelum ini Puteri Balqis menggesa rakan industri, Mia Sara Nasuha, supaya tampil memohon maaf kepada ibunya, Norashikin Mohd Aziz, yang didakwa menjadi mangsa penganiayaan dan fitnah.

Menerusi satu hantaran panjang di media sosial, Puteri Balqis atau lebih mesra disapa Aqish meluahkan rasa marah dan kecewa terhadap dakwaan yang dikatakan memberi kesan mendalam kepada keluarganya, khususnya ibunya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Tue, 12 Mar 2019

37年创作版税仍在收!罗大佑420来马开唱

《童年》37年前创作,版税至今仍在收!罗大佑4月20日来马,以全新演绎方式唱给你听~

Hiburan Wed, 16 Jan 2019

TERBAIK! Estranged Jual CD Bantu Perkampungan Di Sabah

Jom dapatkan CD single Milikku hari ini, sambil membeli boleh kita menderma!

Trending Tue, 23 Jan 2018

TSUNAMI WARNINGS ISSUED AFTER MASSIVE EARTHQUAKE HITS ALASKA

A massive earthquake hit Alaska and now all cities and towns along the Pacific Coast are in danger!

Events Wed, 8 Oct 2025
familuv Fri, 24 Feb 2023
Hiburan Fri, 14 Feb 2020

[VIRAL] Isteri Allahyarham Abam Banyak Diamkan Diri, Ibu Pula Sukar Tidur Malam

Moga Allahyarham beroleh keampunan Allah s.w.t dan ditempatkan bersama para solehin. Amiinn.

Hiburan Thu, 23 Aug 2018

Persediaan Kahwin, Atikah Suhaime Tak Gugup Nak Ke Dapur

Alhamdulillah lama-kelamaan saya semakin terbiasa dan dari situ kebolehan memasak semakin baik… Insya-Allah selepas berkahwin nanti tiada masalah hendak ke dapur.

Hiburan Tue, 5 Nov 2019
error: Content is protected !!