Euforia Bola 2026
familuv By: Ad Ops May 8, 2020 @ 1:31pm

Ketahui cara betul cuci botol susu anak agar tidak berkerak dan penuh bakteria

Mencuci botol susu anak dengan cara yang betul sangat penting untuk mengelakkan bakteria membiak. Botol susu yang tidak dicuci dengan bersih boleh menyebabkan risiko penyakit seperti sakit perut dan gastroenteritis.

Gastroenteritis adalah radang pada usus atau perut akibat jangkitan bakteria yang boleh menyebabkan mual, muntah, cirit birit dan demam.

Sebagai ibu bapa, sudah pasti kita tidak mahu anak jatuh sakit, namun ada segelintir ibu bapa yang mungkin mengambil sikap sambalewa ketika mencuci botol susu anak seperti mencuci dengan hanya melalukan air paip sahaja.

cara cuci botol dan puting susu berkerak

Kredit gambar: Eatright

Mungkin ada yang menggunakan berus untuk mencuci botol dan puting susu, tapi dengan ala kadar kerana mahu cepat sehingga kesan susu tidak hilang sepenuhnya dengan betul.

Tidak kurang juga yang merendam dahulu dengan air sabun semalaman sebelum mencuci. Lama-kelamaan, botol dan puting susu akan menjadi berkerak dan berbau masam.

Berikut adalah panduan kepada ibu bapa untuk mencuci botol susu dengan cara yang betul. Semoga bermanfaat.

1. Sebaik-baiknya, cuci botol secepat mungkin selepas penyusuan untuk mengelakkan bakteria membiak dan menyukarkan lagi proses mencuci. Semakin lama dibiarkan, semakin sukar untuk menghilangkan kerak susu dan kotoran yang terkumpul di dalam botol susu.

2. Cuci botol menggunakan peralatan yang bersesuaian seperti penggunaan berus yang dikhaskan untuk botol dan juga puting susu.

cara cuci botol dan puting susu berkerak

Kredit gambar: Jumping Baby Jacks

3. Cuci dengan teliti pada bahagian dalam botol, sekeliling atas botol dan bahagian jalur penutup botol menggunakan air sabun suam. Cara ini dapat membantu untuk menghilangkan kesan susu yang melekat pada botol dan puting susu.

4. Bilas dengan air panas atau steril botol susu setiap kali selepas mencuci untuk menghindari bakteria.

5. Ibu bapa juga boleh menggunakan petua daripada Fitriah Azman yang mengunakan campuran beras, garam dan air panas untuk mencuci botol susu. Cara ini dapat menghilangkan kerak susu dan juga bau masam.

Caranya adalah dengan memasukkan beras ke dalam botol susu, isi dengan air panas, kemudian tutup penutup botol dan goncang botol. Setelah itu, bilas dengan air bersih.

cara cuci botol dan puting susu berkerak

Kredit gambar: Vanilla Kismis

Ikuti dan ulang cara yang sama, tetapi menggantikan beras dengan garam. Anda juga boleh menggunakan beras atau garam untuk mencuci puting susu.

6. Sentiasa periksa keadaan botol, jika botol atau puting susu semakin berkerak, lembik atau rosak, gantikan dengan yang baharu. Bakteria boleh membiak di permukaan yang rosak dan terus hidup walaupun sudah melalui proses pembersihan dan pensterilan.

Ingat, ibu bapa harus sentiasa peka akan hal kebersihan agar anak dapat terhindar daripada jangkitan kuman yang boleh menyebabkan penyakit.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 10 Jul 2018

Kecil-kecil Cili Padi. Halba Bagus Untuk Kesihatan Badan

Selain digunakan dalam bahan masakan, halba juga bermanfaat untuk kesihatan badan.

Featured Wed, 19 Mar 2025

Lepas Muat Naik Gambar Bersama Bapa, Shila Amzah Luang Masa Berbuka Puasa Bersama Fauziah Sarman – “Date Dengan Mak Pula”

Shila Amzah juga dilihat memuat naik foto meluangkan masa bersama ibu dan suaminya, Ubai MZ berbuka puasa.

Events Sun, 14 Nov 2021

Siti Nordiana Bakal Tampil Berkolaborasi Dengan Bunga

Penyanyi, pelakon dan pengacara, Siti Nordiana berjaya memenangi trofi kategori Penyanyi Wanita Popular dan Artis Versatil Popular Anugerah Bintang Popular BH ke-34 (ABPBH 34). Menurut Siti Nordiana atau mesra disapa Nana, dia bersyukur kerana masih […]

Featured Wed, 15 Sep 2021

“Halus Buatan, Boleh Cecah Ribuan Ringgit Semeter”- Cantiknya! Penampilan Dr Wan Azizah Di Istiadat Parlimen Raih Perhatian!

Istiadat Pembukaan Penggal Ke-4 Majlis Parlimen Ke-14 telah berlangsung pada kelmarin. Kebiasaannya, ahli parlimen akan menggayakan uniform rasmi berwarna putih namun kemunculan Ahli Parlimen Pandan dan Presiden Pakatan Harapan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan […]

Featured Thu, 8 Dec 2022

[VIDEO] Haqiem Rusli Kena Beguk, Isteri Minta Tips Redakan

Alamak, sakitnya kena beguk! Get well soon Haqiem!

error: Content is protected !!