Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi February 5, 2026 @ 12:48pm

Firdaus Karim Tak Berkecil Hati Netizen Pertikai Kredibiliti & Kritik Imej Gara-Gara Watak ‘Ustaz Irfan’

Pelakon, Firdaus Karim kekal tenang biarpun penampilannya sebagai Ustaz Irfan dalam drama Doa Yang Terlindung mengundang pelbagai reaksi netizen sejak episod awal ditayangkan.

Watak dibawakan Firdaus yang menampilkan karakter berselindung di sebalik imej agama menerima kritikan, termasuk ada yang mempertikaikan kredibilitinya sebagai hero drama.

Bagaimanapun, Firdaus melihat maklum balas itu sebagai sebahagian daripada asam garam dunia lakonan.

“Sepanjang penggambaran, fokus saya adalah untuk menyelesaikan tanggungjawab dengan sebaiknya. Saya memang tidak sempat membaca komen secara terperinci.

“Kalau ada rakan memaklumkan mengenai kecaman, saya anggap itu perkara biasa untuk watak seperti ini. Sekurang-kurangnya ia menunjukkan penonton mengikuti dan memberi perhatian kepada jalan cerita,” katanya.

Mengulas sebab menerima tawaran membawakan watak Ustaz Irfan, Firdaus berkata naskhah berkenaan dekat dengan realiti masyarakat masa kini.

Menurutnya, terdapat segelintir individu yang menyalahgunakan imej agama untuk kepentingan tertentu, namun ia tidak mewakili keseluruhan golongan agamawan.

“Kita faham dalam masyarakat memang ada minoriti yang mengeksploitasi imej agama. Tetapi pada masa sama, kita tetap menghormati dan menyanjung golongan agamawan yang benar-benar ikhlas serta menjalankan tanggungjawab dengan amanah.

“Naskhah ini bukan untuk memburukkan mana-mana pihak, sebaliknya memberi pengajaran supaya masyarakat lebih berhati-hati dan peka,” katanya.

Aktor filem Mentega Terbang ini turut menjelaskan semua karakter dalam drama itu adalah rekaan semata-mata.

“Jika ada persamaan dengan mana-mana isu semasa, itu hanyalah kebetulan,” katanya.

Walaupun drama pertamanya bermula dengan kecaman, Firdaus tidak melihat perkara itu sebagai ancaman terhadap perjalanan kerjayanya.

“Saya sudah menjangka akan ada maklum balas bercampur. Ada yang setuju, ada juga yang tidak. Namun apabila penonton mengikuti hingga pertengahan episod, mereka mula memahami arah cerita dan perkembangan watak. Itu yang lebih penting,” katanya.

Dalam pada itu, Firdaus mengakui watak Ustaz Irfan antara cabaran paling berat dalam perjalanan awal kariernya sebagai pelakon.

Menurutnya, dialog berunsur agama memerlukan ketelitian tinggi agar tidak tersilap dari segi sebutan atau maksud.

“Kita menggunakan hadis dan fakta agama. Jadi tidak boleh salah sebut atau salah tafsir. Itu antara cabaran paling kritikal.

“Selain itu, saya perlu menampilkan karakter yang kelihatan baik di luar, tetapi sebenarnya mempunyai agenda tersendiri. Lapisan emosi itu perlu dibawakan dengan seimbang,” katanya.

Saksikan minggu terakhir drama Doa Yang Terlindung, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam di slot Akasia TV3 secara eksklusif di iQIYI.

Artikel Berkaitan: Hero Drama ‘Doa Yang Terlindung’ Dikecam, Fasha Sandha Minta Netizen Beri Peluang Kepada Firdaus Karim

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

FESYEN Mon, 22 Jul 2019

E! News Malaysia’s Kicking Off Season 2 with New Fresh Faces!

E! News Malaysia is back, back, back again with the newest and the hottest fashion and celebrity news!

Events Wed, 7 Feb 2024

Rezeki Jual Bundle, Bukti Neo Mampu Tepis Kata Hinaan… Kini Tampil Dengan Single ‘Oh Ibu’

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak ada siapa yang tahu kan…. Moga terus berjaya Neo!❤️😍

Hiburan Mon, 18 Feb 2019

Kontroversi Alasan Nama Suhaimi Saad Digugurkan Buat Persembahan?

Akui SS, Sabar dan Reda adalah kemenangan terbesar…

Trending Tue, 26 Nov 2019

It’s Tomorrow! Limited Edition Hello Kitty Holder Is Here At McDonald’s Malaysia!

Who could resist a cute Hello Kitty merchandise? NO ONE!

Trending Tue, 21 May 2019

Perang Telefon Pintar Huawai Dan Apple, Apa Nasib Syarikat Huawei?

Dipercayai motif di sebalik tindakan itu adalah kerana Amerika Syarikat percaya bahawa telefon pintar Huawei dari negara China dapat mengintip kegiatan yang berlaku di AS.

Hiburan Fri, 8 Sep 2023
Featured Tue, 14 Jun 2022

[VIDEO] Jual Rumah Bernilai RM1.2 Juta, Netizen Anggap Kifarah Buat Shuk Sahar Akibat Curang – “Bye Bye Ferrea..”

Semoga Shuk tabah menghadapi ujian ini dan ambil iktibar daripada perkara yang berlaku 😊

error: Content is protected !!