Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin February 6, 2026 @ 2:41pm

“Saya Rasa Beban Kepada Keluarga” – Pernah Berada Dititik Terendah, Dafi Akui Alami Gangguan Emosi

Penyanyi dan pelakon, Dafi Ismail Sabri mengaku pernah berdepan titik terendah dalam hidupnya termasuklah mengalami gangguan emosi.

Kata Dafi atau nama lengkapnya, Gadaffi Ismail Sabri, 37, perasaan rendah diri dan merasakan diri tidak memberi sumbangan kepada sesiapa termasuklah keluarga dan industri, pernah menghantui fikirannya.

“Ya, memang ada fasa begitu. Bila saya tengok ayah sendiri, adik-beradik lain yang berjaya dalam apa yang mereka buat, saya rasa saya tidak sampai ke tahap mereka. Masa itu saya lupa untuk bersyukur dengan apa yang saya ada dan hanya fikir apa yang saya tak ada.

“Tapi titik terendah saya tidaklah sampai hendak bunuh diri, tapi saya mempersoalkan apa gunanya saya ada di dunia ini. Macam saya tak menyumbang apa-apa kepada sesiapa.

“Saya rasa macam beban kepada keluarga, apa sumbangan saya dalam industri, orang suka saya atau tidak. Benda-benda macam itu bermain di fikiran saya,”katanya.

Ketika ditanya sama ada dia mengambil inisiatif untuk berjumpa pakar, Dafi mengakui pernah terfikir untuk mendapatkan rawatan psikiatri, namun bersyukur kerana masalah tersebut dapat diatasi dengan sokongan padu daripada keluarga dan orang sekeliling.

“Ada sahaja. Saya melihat berjumpa psikiatri sebagai sesuatu yang sangat positif.

“Tapi saya tidak berkesempatan nak pergi jumpa sebab saya rasa saya dah cukup bagus ada sistem sokongan (support system) yang kuat. Tapi kalau benda ini berterusan, tak mustahil saya akan pergi jumpa,” jelasnya.

Pelantun lagu Bila Terasa Rindu itu berkongsi perkara demikian ketika ditemui pada malam pementasan Projek Tentang Rasa yang diadakan di Damansara Performing Art Centre (DPAC), pada Khamis.

Mengulas lanjut, Dafi mengaku, dia lebih gemar memendam perasaan daripada berkongsi kepada keluarga dek kerana tidak mahu orang tersayang berasa terbeban dengan perasaannya.

“Masalah saya ialah saya jenis orang yang menyimpan. Saya rasa esok ayah datang (tengok teater), dia mungkin terkejut. Sebab tujuan saya dalam mana-mana kumpulan adalah untuk buat suasana gembira

“Nak ceritakan masalah kepada orang adalah sesuatu yang berat bagi saya. Saya tak nak merisaukan orang dan menambah beban mereka,” ujarnya.

Sekadar info, Dafi tampil dalam pementasan teater berjudul ‘Monolog Aku’ yang diadapatasi daripada kisah peribadinya.

‘Monolog Aku’ adalah sebuah naskhah tentang rasa yang terpendam, tentang ‘Aku’ yang jarang dilihat dan tentang keberanian untuk berhadapan dengan diri sendiri.

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam pementasan Projek Tentang Rasa yang diarahkan oleh Syawal Azrai Mokhtar ini adalah, Adriana Adnan, Syazwan Razak, Zaid Erakad, Maryam Tarmizi, Amir Mirza dan Syawal Azrai.

Pementasan Teater Projek Tentang Rasa ini akan berlangsung dari 6 sehingga 8 Februari 2026 di Damansara Performing Art Centre (DPAC), Petaling Jaya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 6 Aug 2019

‘Makan Pedas Sampai Meletop’- Cabaran PEDASSS Chick Yun Challenge Myeondong Topokki

Cabaran pedasss chick yun boleh buat perut korang meletop!

Hiburan Wed, 28 Jan 2026

Podcast Mia Sara Cetus Spekulasi, Aznil Nawawi Beri Penjelasan – “Ia Dirakam Sebelum…”

Aznil menjelaskan podcast tersebut dirakam lebih awal sebelum isu antara Mia dan pelakon, Puteri Balqis

Featured Thu, 1 Apr 2021

“Beberapa VVIP Telah Dikompaun..”- Pihak Polis Buka 12 Kertas Siasatan Melibatkan Golongan VVIP

Sejak akhir-akhir ini, pelbagai laporan diterima oleh pihak polis melibatkan golongan VVIP yang melanggar standard prosedur operasi (SOP) yang telah digariskan MKN. Justeru, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed mengatakan, semua laporan […]

Trending Tue, 17 Mar 2020

5 Filem Hollywood Yang Ditunda Tayang Akibat Covid-19

PENYEBARAN wabak Corona atau Covid-19 yang menyerang masyarakat dunia pada waktu ini sedikit sebanyak meninggalkan kesan kepada industri perfileman negara dan luar negara. Beberapa filem hebat Holywood terpaksa ditangguhkan tayangannya akibat penularan wabak yang semakin […]

Featured Fri, 10 Oct 2025
Trending Mon, 6 Jul 2020
Hiburan Wed, 26 Sep 2018

李幸倪新歌《侘寂》玩命!被沙活埋数小时一度呼吸困难

Gin李幸倪为新曲《侘寂》远赴台湾取景拍摄MV!首次与著名导演陈映之合作的李幸倪,MV足足拍摄了24小时,行程艰苦非常。

Featured Fri, 24 Apr 2026

“Kalau Ditakdirkan Saya Kahwin Lagi, Saya Takkan Jadi Diri Saya Yang Dulu – Puteri Sarah Liyana

Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin mendedahkan pengalaman kehidupan berumah tangga sebelum ini dan kemungkinan jika dia berkahwin semula pada masa hadapan kelak.

error: Content is protected !!