Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin February 16, 2026 @ 3:06pm

Konsert Ambivert Kuala Lumpur Jadi Saksi, Raisa Abadikan Pesan Terakhir Arwah Ibu Dalam ‘Kuharap Duka Ini Selamanya’

Penyanyi terkenal Indonesia, Raisa tampil dengan naskhah paling peribadi sepanjang perjalanan seninya menerusi lagu terbaharu berjudul, ‘Kuharap Duka Ini Selamanya’.

Kata Raisa dalam siri jelajah konsertnya ke Malaysia, lagu itu bukan sekadar naskhah muzik, sebaliknya menjadi ruang untuknya meluahkan rasa kehilangan terhadap insan paling penting dalam hidupn iaitu, ibunya yang telahpun berpulang  pada November lalu.

Menurut Raisa, pemergian ibunya, Ria Mariaty Rachmat Ardiwinangoen menjadi fasa paling sukar pernah dilaluinya.

“Ini adalah fasa paling sukar dalam hidup saya kerana sudah ditinggal untuk selamanya sama sosok paling penting dalam hidup saya iaitu ibu saya.

“Semua itu rasanya memang tak boleh dijelaskan, walaupun saya sudah diberi kesempatan untuk merawat ibu saya dalam tempoh setahun waktu itu. Tapi tetap saja saat kejadiannya tidak ada yang boleh menerima atau bersedia dengan kejadian itu,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @raisa6690

Dalam pada itu, Raisa mengakui mula ‘berkenalan’ dengan rasa duka selepas kehilangan tersebut, sekali gus berkongsi bahawa perasaan itu tidak pernah benar-benar hilang.

“Dengan hal itu, saya telah ‘berkenalan’ dengan rasa duka.Tapi aku rasa, duka itu tidak akan kemana-mana… Apakah saya harus melupakan ibu? Tentu saja tidak, tapi setiap kali ingat dia, saya rasa sedih sangat. Kadang-kadang rasa ingin sibuk biar saya lupa. Tapi tak mungkin kita akan lupakan orang yang begitu bererti untuk kita,” jelasnya.

Justeru, pelantun lagu popular Kali Kedua ini memilih untuk menerima dan memeluk rasa duka itu sebagai sebahagian daripada dirinya termasuklah menyelitkan pesan terakhir ibunya dalam lagu tersebut.

“Maka saya belajar untuk mengolah rasa duka ini kerana bukan selamanya berpisah dengan namanya duka. Dan saya berfikir, ingin memeluk duka ini sebagai teman ku dan sebagai sebahagian dari diri aku kerana menganggap ‘duka’ ini adalah yang ditinggalkan dari ibuku.

“Kalau dukanya besar bererti sebesar itu erti orang yang meninggalkan kita. Dan saya berusaha menjelaskan perasaan duka didalam lagu ini.

“Duka ini merupakan sesuatu yang berjalan bersama-sama saya, dan akan ada didalam diri saya selama-lamanya dan akan menjadi penanda bahawa ibu pernah ada di sini dan Insyaa-Allah kita akan bertemu.

“Disaat terakhir ibu berpesan ‘Ibu duluan dulu ya, nanti kita bertemu lagi ya’.. dan saya juga ada memaut naik sedikit kata-kata itu dalam lirik ini tetapi walaupun judulnya seram, tapi kalau didengar liriknya mungkin kata duka ini tidak akan jadi menyeramkan,” ujarnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by XTRA (@xtra_my)

Dibanjiri dengan kehadiran  peminat dalam konsert ‘Ambivert Tour Kuala Lumpur’ penyanyi ini menampilkan persembahan yang cukup ‘intimate’ selain menyajikan sesi karaoke bersama peminat menerusi lagu-lagu popularnya.

pada malam itu juga, Raisa telah membawakan 22 lagu terbaiknya termasuklah, Semua Di Sini, Si Paling Mahir,  Berpindah Hati, Awal Kisah Selamnya dan Bila duet bersama Barsena Bestandhi, Terserah, Serba Salah, Jatuh Hati, Mantan, Kali Kedua, Apalah dan banyak lagi.

Terdahulu, konsert Ambivert Kuala Lumpur  yang dibawakan oleh  ini berlangsung dengan cukup meriah dan telah diadakan di Zepp Kuala Lumpur.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 24 Dec 2024
Trending Thu, 14 May 2020

PKPB : Bakal Dipertimbangkan Semula 18 Mei Ini

Kita doakan agar keadaan kembali pulih dengan segera

Hiburan Sun, 12 Jan 2020

Sherry Ibrahim Mahu Terus Berniaga Walaupun…

Kalau buat betul-betul, memang boleh untung banyak berniaga ni…

Events Wed, 15 Aug 2018

Betul Ke Alicia Amin Tak Suka Pakai Bra?

Gambar yang dimuat naik menerusi laman instagram miliknya itu sekaligus mencuri perhatian netizen apabila baju yang dikenakan oleh Alicia seakan-akan menunjukkan bahagian n****s beliau???

Hiburan Wed, 30 Apr 2025
Acara Fri, 25 Oct 2019

Parti Halloween Day of The Dead di Lost World of Tambun mengujakan!

Festival Seni Tengkorak meriahkan parti Halloween LWOT

Featured Tue, 23 Jun 2026

Ukir Fenomena Luar Biasa! Kutipan Panggung Filem Polong Raih RM15 Juta

Polong terus mencipta fenomena tersendiri apabila berjaya mencatat kutipan RM15 juta selepas beberapa minggu ditayangkan di pawagam seluruh negara.

Hiburan Sun, 8 Dec 2024
error: Content is protected !!