Euforia Bola 2026
Acara By: Salma Syahbuddin February 15, 2026 @ 1:57pm

Wujudkan Platform Tanggungjawab Sosial Korporat, ‘Kembali Ke Dapur Nenda 2026’ Perkenal Konsep Berbeza Untuk Bufet Ramadan 2026

Acara bufet Ramadan ‘Kembali Ke Dapur Nenda 2026’ tampil dengan skala lebih besar dan nafas baharu apabila bukan sahaja mengetengahkan kepelbagaian juadah istimewa, malah mengangkat inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) sebagai inisiatif utama penganjurannya.

Menurut wakil penganjur 211 Event Empire, Eisma Eaiza, pelancaran bagi tahun 2026 ini diadakan lebih awal dengan skala yang jauh berbeza berbanding sebelum ini.

“Harini kita adakan pelancaran untuk tahun 2026. Sebelum ini kami adakan kecil-kecilan sahaja jadi tahun ini lebih besar.

“Kenapa lokasi ini? Sebab lokasinya yang strategik dan parking yang besar juga disediakan,” katanya.

Tambahnya, dari segi sajian makanan berbuka pula, pengunjung bakal dihidangkan dengan variasi menu yang bertukar setiap hari bagi memberi pengalaman berbeza sepanjang Ramadan.

Antara menu utama yang bakal disajikan adalah, Kambing bakar, Laksa, lauk pauk kampung, kuih tradisional dan lebih istimewa adalah,  ‘Chocolate Fountain’ yang dikatakan sedikit berbeza dari kebiasaannya.

“Sudah tentu, menu kita akan bertukar dan setiap hari akan ada kelainan.

“Setakat ini kita ada 154 jenis dan insyaa-Allah kalau ada rezeki sajian kita akan tambah dan begitulah seterusnya,” jelasnya.

Bersesuaian dengan konsep Ramadan, ‘Kembali Ke Dapur Nenda juga tidak hanya menyajikan juadah berbuka sebaliknya mengambil peluang untuk mengangkat elemen kebajikan menerusi sesi penyerahan cek kepada penaja sebagai sebahagian daripada inisiatif CSR.

“Sesi penyerahan cek adalah untuk memberi penghargaan kepada penaja dan ia adalah sebahagian dari tanggungjawab sosial korporat kami (CSR), untuk sama-sama join kami. Hasil daripada sumbangan ini akan disalurkan kepada Rumah kebajikan, golongan asnaf dan ibu tunggal.

“Harini pun kita ada anak-anak tahfiz seramai 200 orang yang disertai oleh ibu bapa mereka.

“Harapan saya semoga iftar tahun 2026 ini lebih meriah dan kami juga berhasrat untuk menerajui iftar Ramadan tahun ini. Kalau boleh kita nak meriah lagi dan sambutan juga memberangsangkan,” katanya lagi.

Dalam pada itu, ‘Kembali Ke Dapur Nenda 2026’  juga turut menjemput penyanyi, Raihana untuk menghiburkan pengunjung sepanjang Ramadan dengan rangkaian  lagu-lagu keroncong dan ghazal.

Dan, bagi memastikan keselesaan pengunjung, pihak Kelab Rahman Putera juga menyediakan surau dan dewan solat bagi menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Terawih.

Untuk pertanyaan dan tempahan, orang ramai boleh layari laman web rasmi Kelab Rahman Putera.

Berikut juga adalah harga pakej yang diberikan, RM90.00/pax (Early Bird), RM129.90/pax (Dewasa), RM60.00/pax (Kanak-kanak 6–12 tahun dan Warga Emas 60 tahun ke atas).

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Mon, 29 Oct 2018

4 Resipi Cheesecake Yang Tak Memerlukan Oven Untuk Buat

Apa-apa pun, rasa kek-kek ini tetap sedap!

Events Mon, 18 Apr 2022

Gatick Padam Kiriman Teks Untuk Lacurkan Tangmo Terbongkar

Sikit-sikit kebenaran terbongkar kan???

Acara Fri, 25 May 2018

Dari Siri TV, Mak Cun Tampil Dengan Permainan Digital

Ceriakan hari anda dengan permainan digital Mak Cun’s Adventure!

Events Tue, 24 Jul 2018

Altimet ‘Mengidam’?

Sebelum bersara penyanyi yang pernah memenangi persembahan terbaik di Anugerah Juara Lagu 32 menerusi lagu Amboi ini berhasrat untuk mengadakan mini konsert.

Acara Mon, 22 Jul 2019

Datuk Alha Alfa optimis curah ilmu solekan

Uqasha Senrose gamatkan Masterclass Makeup Alha Alfa

Events Mon, 30 Jan 2023

Song Joong Ki Umum Kahwin, Katy Louise Saunders Sah Hamil Anak Pertama

tetibe rasa sebak teringat drama DOTS🥲🥲🥲

Events Thu, 12 May 2022

Semak Senarai Kategori Permohonan Rayuan BKM 2022 Yang TIDAK Dibenarkan Dibuat Secara Online

Haa, boleh semak mana tau ini punca bantuan BKM anda tidak berjaya…

Events Mon, 26 Aug 2019

Rai Empat Dekad Dalam Industri Seni, M. Nasir Hiburkan Peminat 23 November Depan!

Legend is back! Bakal tampilkan kejutan, rugi tau siapa tak datang.

Acara Mon, 8 Oct 2018

Hadir Memukau, Laluan Permaidani Merah ABPBH31 Milik 3F – Fattah, Fazura Dan Fasha

Kehadiran Fazura dan Fattah mendapat sorakan hebat peminat!

error: Content is protected !!