Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin February 22, 2026 @ 6:06pm

Kecoh Dapur Jadinya Bila Ain Edruce & Amirul Bergelut Dalam ‘Resipi Serasi’

Ramadan selalu sinonim dengan bunyi kuali berdesing dan aroma juadah yang menggamit selera. Kali ini, bukan sekadar hidangan yang hangat, malah dapur sendiri boleh jadi ‘panas’! Kadangkala, rahsia sesuatu hidangan bukan hanya terletak pada bahan atau resipi yang tepat, tetapi juga siapa yang berada di sisi kita ketika memasak.

Dalam kempen Jwanjih Kenyang, TV3 mempersembahkan Resipi Serasi dibawakan oleh Maggi, sebuah program yang lebih daripada sekadar masak-masak untuk berbuka. Menyatukan Ain Edruce dan suaminya, Amirul Hafiz, penonton bakal menyaksikan gelagat pasangan ini: pertembungan gaya memasak, perang kecil di dapur, usik-mengusik manja, serta gelak tawa yang pasti berbeza daripada kebiasaan.

Ain Edruce terkenal dengan energinya yang sentiasa menceriakan suasana secara spontan dan petah. Berbeza pula dengan Amirul yang tenang, bersahaja dan jarang melatah. Kombinasi dua personaliti yang berbeza inilah ‘ramuan utama’ program ini, mencipta keserasian yang menghiburkan dan memberikan Resipi Serasi identiti tersendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: TV3 Lancar RR2026: “Jwanjih Kenyang!” Meriahkan Ramadan & Raya 2026

Setiap episod menampilkan pasangan ini menyediakan menu pilihan bersama. Namun, yang lebih menarik adalah kisah-kisah yang terselit di sebalik setiap hidangan: kenangan awal perkahwinan, detik lucu di dapur, serta momen kecil yang nampak sederhana tetapi sarat makna, menjadi pengikat hubungan suami isteri.

Sebagai sebahagian daripada kempen Jwanjih Kenyang, program ini menambah warna kepada Ramadan TV3 dengan sentuhan yang lebih intim dan emosi. Ramadan kali ini bukan sekadar tentang juadah yang mengenyangkan, tetapi juga dipenuhi cerita dan momen yang menyentuh hati.

Resipi Serasi dibawakan oleh Maggi akan mula bersiaran pada 22 Februari 2026, setiap Ahad jam 3.00 petang di TV3 dan turut boleh distrim melalui Tonton. Teruskan tradisi kebersamaan sepanjang Ramadan dan Raya 2026, saksikan program istimewa ini di TV3 atau strim bila-bila masa – kerana setiap detik berharga wajar diraikan bersama!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 4 Dec 2017

挑礼物送宋慧乔?宋仲基香港逛街被偶遇

2017Mnet亚洲音乐大奖(MAMA)结束后,有网友巧遇宋仲基在中环逛街,难掩兴奋之情的模样让其他粉丝直呼“太幸运了!”

Trending Wed, 10 Jul 2019

Naik Harga Dua Kali Ganda Aiskrim Kerana ‘Influencers’

kerana muak sebab influencer selalu minta aiskrim percuma ini padahnya

Featured Fri, 14 Mar 2025

Aliff Syukri Diarah Bela Diri Atas 4 Pertuduhan Muat Naik Video Sumbang

Hakim berkata, video yang dimuat naik itu bersifat tidak sopan apatah lagi ia dibuat pada bulan Ramadan.

Hiburan Wed, 15 Nov 2023
Hiburan Thu, 5 Oct 2023
Featured Wed, 20 Oct 2021

Gara-gara Cemburu, Lelaki Bunuh Anak Tiri

Seorang lelaki yang dikatakan cemburu bertindak membunuh bekas anak tirinya yang berlaku di Kabupaten Indramayu, Jawa Barat, Indonesia. Kejadian tersebut difahamkan telah berlaku sedikit pertelingkahan antara suspek dan bekas anak tirinya. Sebelum dibunuh, mangsa ada […]

error: Content is protected !!