Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin February 26, 2026 @ 9:32am

Terima Tawaran Palsu, Diganggu Peminat… Hadie Elfardie Terkejut Ada Wanita Ajak Kahwin

Semakin dikenali, penyanyi remaja Hadie Elfardie, 18, mendedahkan kerap berdepan pengalaman pelik termasuk gangguan daripada individu tidak dikenali di media sosial.

Menurut anak sulung kepada pasangan selebriti Allahyarham Suhaimi Saad dan Ina Naim ini, ada pihak cuba mendekati dirinya secara berlebihan, malah sehingga mengajak berkahwin walaupun tidak pernah berjumpa.

“Pada awal pembabitan, saya memang rajin balas mesej langsung (DM) dan berbalas komen. Ramai peminat yang baik tetapi ada segelintir yang pelik. Jadi, saya berhenti melayan kerana enggan ia melarat.

“Saya pun tak sangka ada yang berani mesej perkara terlalu peribadi. Kami langsung tak kenal tapi terus bercakap tentang kahwin dan mahu ajak saya berumah tangga. Saya hanya mampu anggap itu sebagai gurauan sahaja,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Trio Mut Bakal Lancar Single Pertama! Hadie Elfardie, Auddra & Ammar Haikal Bergabung Dalam ‘Dentam Dentum Raya’

Tambahnya lagi, bukan sekadar mesej aneh, ada juga individu yang cuba mengambil kesempatan dengan mencipta tawaran kerjasama palsu menggunakan namanya.

“Ada pihak hubungi orang lain kononnya saya setuju buat ulasan untuk produk. Padahal saya tak tahu apa-apa pun. Bila perkara itu sampai kepada saya, memang terkejut sebab ia boleh menjejaskan reputasi,” ujarnya.

Hadie berkata dia kini lebih berhati-hati dan menyerahkan urusan kerjasama kepada pengurusan bagi mengelakkan salah faham.

“Saya kena pastikan semua melalui pengurus iaitu ibu saya sendiri. Kalau tidak, mudah sangat orang salah guna nama kita,” jelasnya.

Hadie ditemui pada majlis pelancaran lagu Dentam Dentum Raya di UTM Hotel & Residence, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

@xtra_my Ini dia single pertama Hadie Elfardie, Auddra dan Ammar Haikal berjudul Dentam Dentum Raya! Sedaplah lagu raya Hadie, Odah dan Ammar terbitan Jaja Ishak Channel.. Odah siap rap tau! Semoga Trio Mut makin berjaya ❤️ #xtramy #viral #beritaterkini #malaysia #xtratonton ♬ original sound – XTRA

Merupakan single pertama gandingan Hadie bersama Ammar Haikal dan Auddra Zulkifli, Dentam Dentum Raya mendapat sentuhan Amzar Sabri, Jaja Ishak, Rebelasia dan Madebyartin selaku komposer serta penulis lirik.

Setakat ini, lagu Raya itu sudah mendapat lebih 55,000 tontonan di laman YouTube Jaja Ishak Channel.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 4 Jan 2024
Hiburan Fri, 11 Aug 2023
Featured Tue, 21 Dec 2021

Pasukan Harith Iskander Berjaya Selamatkan Ibu, Bayi Terperangkap Banjir

Pelawak dan pengacara Harith Iskander, 55, yang menjalankan misi menyelamat di beberapa lokasi banjir tular di media sosial apabila dia dan pasukan berjaya menyelamatkan seorang wanita dan bayi yang terperangkap. View this post on Instagram […]

Hiburan Wed, 16 Jan 2019

Hajat Versi Balada Di AJL33 Nanti?

Haa, nak tahu samada Hael bawa lagu versi balada ke tidak, tungguu!

Hiburan Thu, 28 Sep 2023

Bimbang Timbul Fitnah, Ruhil Amani Akui Sudah 4 Tahun Bercerai

Dah takde jodoh.. Semoga dipermudahkan buat Ruhil Amani

Selebriti Sun, 31 Dec 2023
Trending Mon, 9 Jul 2018

Panas! Syed Saddiq Jawab Isu Setiausaha Akhbar KBS

Laman web rasmi KBS mungkin disabotaj pihak tidak bertanggungjawab. Saya telah memaklumkan perkara berkenaan kepada Ketua Setiausaha KBS, Datuk Lokman Hakim Ali, untuk tindakan susulan.

error: Content is protected !!