Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin February 28, 2026 @ 3:32pm

Gabung Elemen Klasik & Moden Ernie, Syamel ‘Lari’ Ke Hong Kong Demi Lagu Raya Penuh Nostalgia

Menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi, pasangan penyanyi popular, Ernie Zakri dan Syamel kembali bergandingan menerusi single raya terbaharu berjudul, Suasana Raya.

Istimewanya, lagu berkenaan merupakan kolaborasi bersama Hong Kong Tourism Board yang turut menyaksikan penggambaran video muzik dijalankan di beberapa lokasi menarik serta destinasi mesra Muslim di sekitar Hong Kong.

Menggabungkan elemen klasik lagu raya dengan sentuhan moden, ‘Suasana Raya’ mengetengahkan melodi menyentuh jiwa serta lirik yang menggambarkan keindahan pagi Syawal yang penuh kesyukuran dan kebersamaan keluarga.

Menurut Ernie, pemilihan Hong Kong sebagai lokasi penggambaran bukan sahaja selari dengan konsep lagu, malah memudahkan mereka dari segi keperluan Muslim.

“Hong Kong sangat sesuai kerana ia Muslim-friendly dan memudahkan kami mencari pelbagai pilihan makanan halal seperti di Islamic Centre Canteen. Kami juga sempat melawat tempat ibadah seperti Kowloon Mosque.

“Selain itu, terdapat banyak tarikan pelancongan mesra keluarga seperti Ocean Park. Ia menjadi pengalaman bermakna apabila kami dapat menjalani penggambaran sambil meluangkan masa bersama keluarga di sana,” katanya.

Tambah Syamel, suasana bandar Hong Kong yang meriah turut memberi inspirasi kepada konsep visual video muzik tersebut.

“Budaya dan persekitaran di sana memberikan elemen visual yang moden dan unik, selari dengan lagu ini yang menggabungkan elemen raya tradisional dan moden,” katanya lagi.

Dalam usaha menghargai peminat, Ernie dan Syamel turut menganjurkan sesi tontonan awal video muzik Suasana Raya bersama hampir 100 peminat terpilih di Aurum Theatre, Kuala Lumpur pada 17 Februari lalu.

Ernie menyifatkan peluang berkongsi momen tersebut sebagai sesuatu yang cukup bermakna.

“Dapat berkongsi detik istimewa ini dengan peminat sangat bermakna buat kami. Harapnya lagu ini dapat memberi kenangan manis dan good vibe kepada semua yang mendengarnya,” jelasnya.

Bagi Syamel pula, kekuatan lagu ini terletak pada melodinya yang mudah diingati serta sesuai dengan suasana perayaan.

“Suasana Raya memang catchy dan sesuai didengarkan ketika meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan,” ujarnya.

Malah, pengalaman penggambaran video muzik di Hong Kong turut menjadi kenangan manis buat mereka sekeluarga apabila anak mereka, Khawla turut dibawa ke lokasi.

Dalam masa sama, kedua-dua penyanyi ini berharap lagu ‘Suasana Raya’ mampu menjadi antara karya raya yang terus dimainkan saban tahun.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 30 Jan 2019

Psst…Ini Sebab Korang Kena Tengok Spanar Jaya X!

Jangan lupa saksikan Spanar Jaya X bakal menemui penonton menerusi TV3 setiap Sabtu bermula 2 Februari 2019 jam 11 malam. Jangan lupa tengok okay! 

Featured Mon, 19 Nov 2018
Hiburan Mon, 1 Jul 2019
Hiburan Thu, 21 Nov 2024
Hiburan Thu, 8 Sep 2022

Muat Naik Foto Patung Berhala Di Twitter, Shah Rukh Khan Cetus Amarah Peminat Muslim?

Tiada paksaan agama di rumah dan mereka meraikan semua perayaan – SRK

Trending Thu, 3 Jan 2019

日本最诡异的废弃公园!藏着800多座人形雕像

当一座雕像在你面前伫立时,你会用什么样的角度或眼神来欣赏它呢?而一个布满雕像的花园,你又会有何心情?

Hiburan Sat, 3 Jan 2026
Trending Mon, 22 Aug 2022

Kes Dadah Yasin Sulaiman, Mahkamah Tetapkan Perbicaraan Bermula Mac Tahun Depan

Mahkamah Sesyen hari ini menetapkan perbicaraan terhadap penyanyi nasyid dan komposer, Yasin Sulaiman atas tiga pertuduhan dadah, didengar selama 15 hari bermula Mac tahun depan. Hakim Jamaludin Mat menetapkan tarikh-tarikh perbicaraan pada 6 hingga 10 […]

Featured Thu, 1 Aug 2019
error: Content is protected !!