Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 2, 2026 @ 2:21pm

Aedy Ashraf Dedah Sisi Gelap Zaman Remaja – “Saya Clubbing, Merompak, Minum Ar*k”

Pelakon berbakat, Aedy Ashraf tampil mendedahkan sisi gelapnya ketika apabila pernah terjebak dengan aktiviti tidak bermoral ketika usianya meningkat dewasa.

Kata Aedy menerusi temu bual podcast Kita Kita Aje! yang dihoskan oleh Aznil Hj Nawawi, Aedy atau nama lengkapnya, Mohammad Addy Ashraf  Rosmadi, 32, mengaku itu adalah fasa paling mencabar untuknya apabila terlibat dalam aktiviti rompakan (pecah kereta), minum arak, dan ‘clubbing’.

Bagaimanapun, pada ketika itu dia melihat dirinya bukan sebagai remaja yang rosak sebaliknya seorang yang kehilangan arah.

“Bila saya tengok balik diri saya pada ketika itu umur 26… saya tak nampak a broken kid, saya  nampak seorang budak yang tak ada guide. Saya nampak seorang budak yang curious the world and wants to explore more about the world. Jadi saya terlibat dengan dadah, clubbing, party, dan saya juga terlibat dengan rompakan (pecah kereta),” katanya.

Mengulas mengenai tersalah pilih kawan punca dirinya terlibat aktiviti tidak bermoral, Aedy bagaimanapun tidak menafikan perkara tersebut, namun enggan menyalahkan orang lain di atas khilaf yang dilakukannya.

“Mungkin salah pilh kawan juga, tetapi adalah tidak adil untuk saya menyalahkan orang lain dan pada ketika itu saya cuma nak explore.

“Bila orang cakap salah, bagi saya dia bukan siapa-siapa. Dan, satu-satunya cara untuk saya belajar adalah untuk melakukan sesuatu. Dan dari situ baru saya tahu sama ada perkara itu betul atau salah. Tha’s the only way. The thoughest way Pak Nil,” jelasnya.

Bagaimanapun, Aedy percaya dirinya masih dilindungi sehingga hari ini hasil doa seorang ibu.

“Satu benda yang membuatkan saya sampai pada hari ini, Alhamdulillah selamat in one piece is doa ibu saya. Benda tu kuat sangat saya pegang Pak Nil. Ada satu situasi, saya cerita ni bukan untuk saya bangga…tapi orang boleh dengar dan jadikan inspirasi ‘don’t ever go there no matter how hard, how though, don’t ever go there’. Memilih jalan yang tak bagus.

“Ada satu situasi masa tu umur saya 17 tahun, saya pergi kelab dekat Doraisam. Kawan saya bawa saya masuk dalam tu dan malam itu confirm saya kena. Saya tengok kawan saya urine tak lepas, tangan bergari dan untuk keluar dari kelab itu kena serahkan kad pengenalan pada pihak polis. Tapi lepas pihak polis tengok kad pengenalan saya… dia minta untuk saya tunggu di luar. Dan saya rasakan masa tu adalah penghujung kepada karier saya.

“Tapi ada satu hamba Allah ni dia yang selamatkan saya. Dia tengok saya dia kata dia nak selamatkan saya. Masa tu kerjaya saya on and off. Sebab saya tak bawa nama saya seorang kerana saya juga bawa nama mak saya,” kongsinya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 21 Mar 2019
Trending Mon, 19 Apr 2021

Siti Nurhaliza Selamat Bersalin Bayi Lelaki

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza selamat melahirkan seorang bayi lelaki. Berita gembira terbabit dikongsikan oleh pihak pengurusan Siti Nurhaliza Productions menerusi hantaran terbaru di laman sosial milik Siti. “Isnin, 19 April 2021 […]

Hiburan Thu, 12 Oct 2023
Featured Thu, 29 May 2025

Kereta Avanza Hijau, Kayu Sugi & Lightstick Sorot Perhatian, Kumpulan Inteam Puji Hasil Kreativiti Netizen

Terlalu banyak parodi kreatif hadir menyambut kedatangan konsert Inteam

Featured Thu, 18 May 2023
Hiburan Sat, 25 Nov 2023
Featured Sat, 26 Oct 2024

Titip Ucapan Hari Lahir, Cik B Sifatkan DSV Ibu Tunggal Terpaling Hebat

Selamat ulang tahun DsV! Sebak pula ucapan cik b ni ek🥹🥹🥹

Featured Thu, 2 Jun 2022

“Tiba-Tiba Pakai Nama Zikir, Dah La Free Hair…” – Shiha Zikir Sedih Nama Arwah Ayah Jadi Bahan Jenaka

Pasal nama pun nak jadi isu netizen ni 🤦‍♀️ Korang pernah kena judge tak sebab nama?

error: Content is protected !!