Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 2, 2026 @ 2:17pm

“Negara Ini Ditadbir Undang-Undang Bukan Emosi & Spekulasi” – PM Tegas Ulas Isu Insiden Individu Pijak Al-Quran

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, kerajaan tidak boleh bertindak berdasarkan kemarahan terutama dalam menangani isu sensitif membabitkan penghinaan agama, termasuk insiden seorang individu didakwa memijak al-Quran.

Menurut beliau dalam satu kenyataan yang dibuar baru-baru ini, tindakan tegas tetap akan diambil, namun perlu melalui proses perundangan yang betul.

“Kenapa tak tegas? Saya sudah jawab berulang kali.Negara ini negara hukum. Kita tidak boleh ketepikan fasal tuntutan undang-undang dalam tindakan,” katanya.

Tegasnya, sebagai agama Persekutuan, Islam tidak boleh dipandang ringan daripada sebarang unsur penghinaan.

Namun dalam masa sama, semua agama di Malaysia perlu dilindungi demi menjaga keharmonian masyarakat.

“Islam agama persekutuan dan kita tak boleh pandang ringan terhadap apa-apa unsur penghinaan. Bukan sahaja terhadap Islam tetapi terhadap agama-agama di negara kita untuk menjaga keharmonian ini.

“Sebab itu bila ada laporan penghinaan pijak al-Quran. Siapa kata tak ada tindakan? Ada. Jangan tunjuk kita gopoh dan tidak sabar. Polis sedang ambil tindakan kemudian lakukan siasatan. Apakah dia siuman atau tidak? Apakah dia melanggar hukum atau tidak? Jangan kita buat hukuman.

“Kenyataan yang pertama yang jelas apa? Tidak boleh sama sekali mengizinkan sesiapa sahaja menghina al-Quran. Apa lagi memijak. Langkahnya apa? langkahnya adalah ikut proses undang-undang. Sebab itu di antara karya yang saya minta dipopularkan, dihebahkan ialah kita ini pendakwah, bukan penghukum. Penghukum itu tugas kadi dan hakim.

“Negara ini ditadbir oleh undang-undang, bukan emosi dan spekulasi,” jelasnya.

Sebelum ini, kenyataan Anwar menerusi perkongsian di platform Threads menerima pelbagai respons negatif dalam kalangan masyarakat apabila penggunaan perkataan ‘melalak’ digunakan.

Difahamkan, Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata polis telah melengkapkan kertas siasatan bagi kes tersebut.

Manakala, Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Ashari Abu Samah berkata, reman terhadap lelaki berusia 21 tahun itu yang tamat pada 28 Januari lalu  disambung hingga 3 Mac ini selepas menerima arahan daripada pihak Timbalan Pendakwa Raya (TPR) supaya beberapa tindakan lagi diambil untuk melengkapkan siasatan.

 

Sumber: Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 2 May 2020
Featured Sat, 26 Oct 2024

Gagal Tahan Sebak, Zahra Terharu Dinobat Juara XTRAXSTAR 2024

Tahniah Zahra! Dan tahniah juga buat kesemua peserta XTRAXSTAR2024 🔥🔥🔥

OMG Thu, 10 Nov 2022

[VIDEO] Kongsi Rutin Senaman, Badan Fit Fify Azmi Jadi Tumpuan – “Wahhh Siap Ada 6 Pack Abs”

Pelakon Fify Azmi atau nama sebenarnya, Nur Afiqah Mohamed Azmi mencuri perhatian warganet apabila memuat naik satu perkongsian mengenai rutin senaman harian. Dalam perkongsian terbabit, Fify menunjukkan bentuk tubuh badannya yang mempunyai six pack abs. […]

Featured Thu, 8 Jun 2023

[VIDEO] Isu Hina Kereta Biasa, Fatin Afeefa ‘Menganjing’ Suami… Netizen Harap Kekal Tabah Bersama Opai – “Tak Selamanya Di Atas Bro”

Memang win betullah Fatin Afeefa ni 🤣🤣 Dia je power perli suami sendiri hahah sabar yaa

Featured Mon, 8 May 2023
Hiburan Mon, 3 Feb 2025
error: Content is protected !!