Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin March 1, 2026 @ 9:03pm

‘Takedown’ Video Bukan Sekadar Gimik, Agy Mohon Maaf Secara Terbuka Isu MV Lala Raya

Penyanyi dan pempengaruh Agy tampil memohon maaf secara terbuka susulan kontroversi muzik video lagu raya terbaharunya, Lala Raya, yang didakwa menyentuh sensitiviti agama.

Agy atau nama sebenarnya Muhammad Affizy Mohd Khairy menjelaskan dia tidak pernah berniat menyinggung mana-mana pihak termasuk berkaitan agama, bangsa atau kaum.

Menurutnya, babak meja makan yang dipersoalkan hanya menggambarkan suasana keluarga menikmati hidangan bersama atau makan beradab.

“Saya mohon maaf dengan penuh keikhlasan. Sejujurnya tidak pernah terlintas untuk menghina sesiapa. Ada yang melihat persamaan dengan lukisan The Last Supper, tetapi bagi saya itu cuma adegan makan bersama keluarga, seperti makan beradab,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pernah Rasa Tak Layak Jadi Artis, Agy Sedia Berdamai Dengan Luka Lama.. Buka Kisah Peribadi & Trauma Sejak Kecil

Sebagai tanda tanggungjawab, Agy bersama pasukan produksi mengambil keputusan menurunkan MV asal sebelum melakukan suntingan semula.

Babak meja makan berkenaan turut dipadam sepenuhnya dalam versi baharu yang dimuat naik kembali, selain proses menukar gambar muka hadapan di platform penstriman sedang dijalankan.

Dalam masa sama, Agy menegaskan tindakan itu bukan gimik untuk meraih perhatian seperti didakwa segelintir pihak.

“Tiada siapa akan buang video yang sudah trending hanya untuk publisiti. Kos penghasilan besar dan ramai tenaga kerja terlibat. Saya buat keputusan ini kerana mahu menghormati keadaan, bukan meniru sesiapa,” katanya.

Mengulas perbandingan dengan penyanyi Mimifly yang pernah melalui situasi hampir sama, Agy berkata dia tidak berniat mencontohi sesiapa dan menghargai sokongan rakannya itu.

@xtra_my Jauh dekat semua kembali pulang……✨ Penyanyi dan pempengaruh, Agy menyampaikan single terbaharunya, Lala Raya. Wah, dengarnya ni first time Agy nyanyi Lala Raya secara live. 💥🩶 #xtramy #xtratonton ♬ original sound – XTRA

“Saya kagum dengan Mimi dan dia antara yang mengambil berat tentang keadaan saya. Kalau ada persamaan, mungkin sekadar inspirasi muzik pop sahaja, bukan meniru,” ujarnya.

Terdahulu, Agy dan pasukannya menerima kecaman selepas ada pihak menyamakan salah satu babak serta gambar promosi lagu tersebut dengan lukisan ikonik The Last Supper.

Penyanyi itu turut berharap orang ramai tidak mengaitkan ahli keluarga serta rakan yang muncul dalam MV kerana mereka hanya membantu menjayakan penggambaran.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 3 Feb 2018

Keluarga Mangsa Mahu Kematian Anak Dibela

“Kami Mahu Keadilan,” Sedih Atas Pemergian Anak Gadisnya, Keluarga Mangsa Mahu Kematian Anak Dibela

Hiburan Fri, 25 Oct 2019
Featured Tue, 24 Dec 2024

“Selagha Atau Sehina Mana Pun, Tetaplah Doa Pada Allah”- Imbau Dosa Sepanjang 40 Tahun, Nazim Othman Kongsi Nasihat UAI

Hati saya pernah terjentik apabila saya merasakan hidup saya sudah tidak lama lagi di dunia ini – Nazim Othman

Featured Thu, 17 Apr 2025

Cantik Bukan Sebab Jalan Pintas, Scha Elinnea Nafi ‘Buat’ Hidung

Scha menjelaskan menjelaskan video tular memperlihatkan dia sedang melakukan prosedur rawatan hidung di sebuah klinik baru-baru ini.

Featured Fri, 15 Nov 2024

Saling Berbalas Komen Mesra, Teman Wanita Anak Ozlynn Rindu Balik Malaysia – “Nak Pergi Dekat Awak”

Giya meluahkan rasa rindu terhadap negara Malaysia termasuklah teman lelakinya.

Hiburan Mon, 21 Jul 2025

“Kalau Betul Saya Tanggung Dia, Takkan Saya Sebahagia Ini” – Shila Amzah Tepis Dakwaan Sara Ubai MZ

Shila Amzah tepis dakwaan tanggung suami, puji Ubai matang dan bertanggungjawab

error: Content is protected !!