Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin March 1, 2026 @ 9:22pm

“Penghayatan Kami Berbeza! Kalau Tak Suka Cover Kelly Azman, Jangan Kecam… Sila Swipe” – Syamel

Penyanyi Syamel memberi respons terhadap persembahan semula lagu Hamba Cinta oleh Kelly Azman, yang sebelum ini menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Menurut Syamel, dia memilih untuk bersikap positif dan menghargai pilihan Kelly yang menyanyikan semula lagu tersebut dan merasakan tindakan itu patut diberi penghargaan.

“Saya berterima kasih kepada abang Kelly kerana memilih untuk cover lagu Hamba Cinta, daripada rangkaian lagu yang saya ada. Itu saya patut berikan kredit kepadanya,” kata Syamel.

ARTIKEL BERKAITAN: Cover Semula Lagu Syamel, Kelly Azman Dikecam Netizen – “Telinga Aku Sakit Dengar U Nyanyi!”

Suami kepada penyanyi Ernie Zakri turut menjelaskan soal penghayatan dan kekuatan vokal adalah perkara subjektif dan bergantung citarasa pendengar.

Dia turut menegaskan setiap penyanyi mempunyai kecenderungan bunyi dan cara penghayatan yang berbeza.

“Cuma daripada segi penghayatan dan vokal, ia subjektif. Saya ada cita rasa sendiri yang mana saya suka suara, cara nyanyian dan penghayatan yang bagaimana. Tak semestinya saya harus sehaluan dengan Kelly. Ada yang suka, ada yang tidak. Biar saya saja tahu saya di bahagian yang mana,” tambahnya.

@xtra_my Janganlah kecam, bagilah kritikan membina… Persembahan Kelly Azman menyanyikan semula lagu Syamel berjudul Hamba Cinta menerima reaksi buruk netizen. #xtramy #xtratonton ♬ original sound – XTRA

Selain itu, Syamel mengakui ada perbezaan gaya antara dirinya dan Kelly dan secara terbuka menyatakan kesediaan untuk belajar serta berbincang jika perlu bagi memahami pendekatan Kelly dengan lebih baik.

“Terima kasih kerana sudi menyanyikan lagu Hamba Cinta. Saya setuju penghayatan kami berbeza. Kelly mungkin jauh ke hadapan, saya mungkin tak terlalu mendalam, mungkin kita harus berjumpa untuk kupaskan kepada saya. Saya pun perlu belajar,” ujarnya lagi.

Isu ini juga mencetuskan perdebatan dalam kalangan peminat, termasuk dakwaan bahawa lagu itu telah ‘dirosakkan’.

Menjawab kritikan, Syamel menasihati peminatnya supaya tidak terbawa emosi dan mengingatkan tentang adab terutama pada bulan Ramadan.

“Merosakkan lagu? Kepada peminat saya sayangi, duduk dengar, jangan kutuk atau kecam. Kalau tak suka swipe, jaga tutur kata pada bulan Ramadan ni.

“Saya tak terasa, saya berterima kasih. Cuma saya nak tahu apa maksud abang Kelly ‘penghayatan kita berbeza’?” nasihat Syamel.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 14 May 2026

“Bila Suami Tak Mampu Berikan Apa Yang Saya Mahu, Saya Mula Pandang Rendah Terhadapnya” – Reen Rahim

Kata Reen, dia pernah membiarkan perasaan ego memakan dirinya sendiri ketika lebih berjaya dari suaminya

Hiburan Wed, 30 Apr 2025

Tular Foto Mesra Bersama Seorang Wanita, Ini Respons Edika Yusof

Edika Yusof perjelas foto mesra berdua-duaan dengan seorang wanita

Featured Tue, 26 Mar 2024

Neelofa Dikritik Tiada Empati, Netizen Mohon ‘Validate’ Perasaan & Kesedihan Pemanggil

Ops! Ramai juga yang kecam minta Lofa faham perasaan caller 🙄🔥

Trending Wed, 4 Jul 2018

Selesai Prosiding, Najib Dibawa Ke Mahkamah Tinggi

Kelihatan didalam Mahkamah adalah dua anak beliau iaitu Norashman dan Nooryana Najwa serta menantunya, Daniyar Kessikbayev. 

Featured Thu, 25 Aug 2022
error: Content is protected !!