Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 4, 2026 @ 1:01pm

“Bila Ozlynn Keluar Rumah, Separuh Badan Dia Adalah Maruah Saya” – Johan Tegas Soal Tanggungjawab Suami

“Bila Ozlynn keluar rumah, separuh badan dia adalah maruah saya.”

Itu pendirian tegas pelawak dan penyampai radio popular, Johan mengenai tanggungjawabnya terhadap isteri tercinta,  Ozlynn.

Menurut Johan ketika sesi temu bual bersama program Nona TV3, baru-baru ini,  sejak dia melafazkan akad nikah, dia sudah berjanji kepada Allah untuk memikul tanggung jawab dan amanah sebagai suami.

“Bila Ozlynn keluar rumah separuh badan dia adalah maruah saya. Kita jaga maruah antara satu sama lain.

“Untuk pastikan pegangan hidup satu, apa ilmu yang awak ada? Kedua, ingat apa yang Allah dah berikan.  The momen saya akad nikah itu adalah momen saya berjanji dekat Allah… makan, pakai, tempat tinggal. Ozlynn adalah tanggung jawab saya.

“Kalau saya tak jalankan tanggung jawab maknanya saya dah langgar apa yang saya dah janji dekat Allah SWT,” katanya.

Mengulas lanjut, Johan yang popular menerusi program realiti lawak mengakui, anak-anak sudah memahami bahawa setiap harta yang dimilikinya bukan untuk mereka tetapi untuk isterinya.
Malah, dia juga menegaskan konsep perkongsian sama rata tidak terpakai dalam perkahwinan jika ia melibatkan tanggungjawab asas suami.

“Kalau 50/50 as long dia bukan teman hidup awak yang sah, saya setuju. Contoh macam saya tanggung anak saya, pelajaran dia tapi dia pergi tanggung teman wanita dia. Lain lah kalau itu isteri, itu memang tanggungjawab. Sebab tu saya pesan dengan anak saya, pelajaran saya tanggung, tapi bukan kehidupan mereka.

“Saya tak peduli apa reaksi mereka. Kalau nak Allah sayang, kena ikut cara Dia, sama dengan kalau kita sayang dekat anak… Kalau nak anak sayang dekat anda, kena ikut cara mak bapak didik. Bukan ikut cara mereka. Itu nanti punca mereka pijak kepala.

“Anak-anak saya faham kena bagi mereka faham seawal mereka akil baliqh. Sebab itu kau jangan harap harta aku bagi harta dekat kau (anak-anak) tapi semua harta aku adalah untuk isteri aku. Sebab itu kalau saya balik kerja, orang pertama saya nak peluk adalah isteri,” jelasnya.

Tambahnya, dia mahu keenam-enam anaknya berusaha sendiri tanpa terlalu bergantung kepada harta keluarga.

“Saya memang bekerja untuk anak dan isteri. Aku cari harta bukan untuk anak aku tapi mereka ni (anak-anak) ada dalam harta aku sebab masa aku pejam mata, kau dapatlah harta-harta ni tapi selagi aku hidup jangan harap. Sebab aku nak tengok kejayaan kau.

“Saya bukan orang yang lahir-lahir dah kaya. Jadi untuk anak-anak saya dah bekalkan tiga barang, pelajaran, pengetahuan dan agama. Tiga barang  ni kau keluar dan cari kekayaan kau sendiri,” tegasnya.

Dalam pada itu, Johan juga berkongsi rutin keluarga yang diamalkan setiap kali waktu Maghrib, termasuk solat berjemaah dan saling bermaafan bagi mengeratkan hubungan suami isteri.

“Masa yang terbaik untuk bercakap dan usrah adalah waktu Maghrib. Kelebihan bila solat berjemaah ni satu lah.. kalau saya bergaduh dengan Ozlynn tak lama. Saya suka kalau dah maghrib tu boleh minta maaf. Kalau gaduh Isya, subuh dik baru minta maaf.

“Setiap kali kita berjemaah, salam, peluk, and say sorry. Itu adalah rutin yang kita bawa,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 27 Oct 2025

“Terima Kasih Hantar Seorang Insan Yang Dapat Beri Cinta Sejati Pada Dia” – Erma Fatima Sebak Lihat Fattah Amin & Amira Othman

Erma bersyukur kerana Allah menghadirkan seorang insan yang dapat memberi cinta dan kebahagiaan buat Fattah.

Featured Sun, 31 Dec 2023
Hiburan Sun, 5 Nov 2023

Derita Sakit Dalam Perut, Rupanya Tia Jinbara Hidap Barah Hati

“Saya mahu teruskan hidup” – Tia Jinbara

Trending Sun, 9 Sep 2018

Video Kononnya Kanak-Kanak Ditinggalkan Dalam Kereta

Pengguna Facebook telah memuat naik video menjumpai sebuah kereta model Alza dengan dua orang kanak-kanak didalamnya yang masing-masing tidak berbaju.  Individu tersebut mendakwa kanak-kanak tersebut telah ditinggalkan orang tuanya di kawasan perindustrian di Lembah Klang. […]

Hiburan Fri, 27 Dec 2019

Fellow Labelmate, Eunhyuk Of Super Junior Speaks Out About Red Velvet Wendy’s Tragedy

Being an idol, this might be their own and only way to voice out their opinion.

Hiburan Wed, 12 Mar 2025
Contest Mon, 8 Apr 2019

#xtraGiveaway: Win Two Tickets to Meet and Greet Hyolyn in Kuala Lumpur

Not only will you get to see her, you’ll get to party with her too, California style!

Trending Sun, 3 Mar 2019

「防丧尸」房子看起来很普通!但按钮一按下后……

虽然目前丧尸只有出现在电影里或是游戏中,但恐怖的形象已深植人心,国外就有人因此做出一栋能防止丧尸入侵的房子。

Featured Thu, 13 Jun 2019

Ketahui masa paling selamat bagi wanita hamil untuk menaiki pesawat

Ketahui juga panduan untuk menaiki kapal terbang dengan selamat ketika hamil.

error: Content is protected !!