Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin March 2, 2026 @ 6:52am

Hasilkan Lagu Bersama Bapa, Layla Sania Kukuhkan Kedudukan Dalam Kalangan Komuniti Penutur Mandarin

Penyanyi muda Layla Sania menambah satu lagi pencapaian dalam perjalanan seninya apabila melancarkan single Tahun Baru Cina ciptaan sendiri berjudul Xin Nian Re Nao, baru-baru ini.

Artis berusia 23 tahun itu semakin dikenali dalam kalangan komuniti penutur Mandarin tempatan dan terus mencorak haluan tersendiri dalam industri muzik.

Selepas pernah muncul sebagai wanita Malaysia bertudung kedua di papan iklan digital Times Square, New York pada 2021, kemunculan lagu perayaan ini mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai artis silang budaya.

Lagu berbahasa Mandarin tersebut ditulis dan digubah bersama bapanya, Mystictune, menjadikannya karya yang sarat nilai kekeluargaan dan budaya.

Melalui pelancaran ini, Layla muncul sebagai wanita Muslim Melayu pertama di Malaysia yang mencipta serta merakam single Tahun Baru Cina sendiri, sekali gus menjadi detik signifikan dalam landskap muzik berbilang kaum negara.

Sejak memasuki industri, Layla konsisten membina pengaruh terutama dalam komuniti muzik Cina tempatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Shila Amzah 2.0? Layla Sania Tampil Dengan Single Terbaru Dalam Bahasa Mandarin

Keupayaannya merentas budaya melalui muzik menerima sambutan baik dan lagu Xin Nian Re Nao dilihat mengukuhkan peranannya sebagai suara penyatu ketika musim perayaan.

Berkongsi pengalaman menghasilkan lagu berkenaan, Layla mengakui melalui pelbagai emosi sepanjang proses rakaman.

“Sebelum masuk studio saya campur rasa teruja dan gementar. Saya mahu menyampaikan lagu ini dengan penuh hormat dan keikhlasan,” katanya.

Menurutnya, perasaan lega muncul sebaik rakaman selesai, diikuti rasa syukur selepas melihat reaksi pendengar.

“Bila lihat sambutan daripada pelbagai kaum, saya benar-benar tersentuh. Ia buat saya sedar muzik memang mampu merapatkan manusia,” ujarnya.

Layla berharap lagu tersebut bukan sekadar hiburan musim perayaan tetapi membuka ruang saling memahami budaya.

“Kalau lagu ini buat seseorang rasa dihargai atau mula ingin mengenali budaya lain, itu sudah cukup bermakna bagi saya,” katanya lagi.

Pelancaran lagu turut mendapat perhatian antarabangsa termasuk liputan media Indonesia, Chindo Today yang menyorot keunikan seorang penyanyi Melayu Muslim bertudung menghasilkan lagu Tahun Baru Cina.

“Saya tidak sangka ia diberi perhatian luar negara. Bagi saya ini bukan soal melanggar batas, tetapi meraikan kepelbagaian melalui muzik yang menyatukan,” jelasnya.

Xin Nian Re Nao boleh didengari di semua platform penstriman digital. Layla berharap pendengar menyambut perayaan dengan rasa gembira dan keterbukaan.

“Saya harap semua dapat menikmatinya dan berkongsi kegembiraan bersama,” katanya menutup bicara.

Lagu tersebut merupakan bahagian pertama daripada projek dua lagu perayaan yang akan disusuli single Hari Raya Aidilfitri menjelang penghujung Ramadan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 15 Jul 2020

Dr Noor Hisham Minta Rakyat Malaysia Lakukan Perkara Ini…

Jangan Malas! Jangan Alpa! Patuhi SOP okay…

Hiburan Mon, 27 Mar 2023

Sempena Ramadan, Fattah Amin Lancarkan Lagu Zikir Eksklusif

Sejuk hati dengar lagu zikir Fattah Amin

Hiburan Thu, 8 Jan 2026
Trending Thu, 24 Jun 2021
Hiburan Wed, 24 Apr 2019

Dilabel Serupa ‘Tengkorak’, Apa Komen Amyza Adnan?

Sebab itu saya suka berlawak dan tidak suka fikir benda yang stress…

Events Fri, 20 Dec 2024
Acara Mon, 20 Dec 2021

2 Karakter Wanita Jadi Fokus Teater ‘Night, Mother’

Memberikan fokus terhadap lakonan dua pelakon wanita, produksi PH7 bakal menerbitkan sebuah teater bertajuk ‘Night, Mother’ karya Marsha Norman yang akan berlangsung bermula 6 sehingga 16 Januari 2022 di PJPac di 1 Utama, Petaling Jaya. […]

Hiburan Mon, 15 Jul 2024

Individu Kritik Kediaman Kecil Seperti Sarang Burung, Ibu Aliff Aziz Respons – “Ini Rumah Pencen, Bayar Penuh Sebab…”

Allahu tak baik ek cakap rumah orang macam sarang burung, syukur ada tempat berteduh

Hiburan Thu, 21 May 2026

“Dia Silap Sebab Bonding Kami Terlalu Luar Biasa”- Syatilla Melvin Beri Amaran Buat Individu Didakwa Aniaya Syida

Syatilla turut menegaskan dia bersama adik-beradik lain akan terus mempertahankan Syida serta anak-anaknya.

Trending Tue, 9 Jan 2024
error: Content is protected !!