Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 11, 2026 @ 10:43am

“Jangan Melampaui Batas, Selagi Saya Boleh Diam, Saya Diam”- Jazmy Juma Perjelas Dakwaan Cepat Melenting

Pelakon Jazmy Juma menjelaskan dirinya bukanlah seorang yang pemarah atau cepat melenting apabila ditegur susulan tindakannya meminta peminat untuk tidak selalu bertanyakan mengenai hal peribadinya.

Kata Jazmy atau nama lengkapnya, Jazmy Khan Juma Khan, 28, peminat masih boleh mengambil tahu mengenai perkembangan dirinya namun tidak melampaui batas.

“Apa yang saya buat hari itu adalah siaran langsung dan meminta dia supaya jangan ganggu kehidupan peribadi saya.

“Boleh saja nak ambil tahu fasal saya, tapi jangalah melampaui batas. Saya bukan jenis melenting, saya sangat memendam rasa selagi boleh.

“Selagi saya boleh diam, saya diam sebab kadang-kadang itu lebih baik. Saya bukan juga orang yang pemarah tapi kalau saya marah, kawan-kawan saya tahulah macam mana,” katanya.

Jazmy berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui pada majlis tayangan perdana drama vertikal ‘My Ramadan Love Story’ yang berlangsung di Courtyard by Marriot, Kuala Lumpur baru-baru ini.

 

Mengulas lanjut, Jazmy mengakui tindakan tersebut sedikit sebanyak menganggu fokusnya terhadap karier dan juga emosi.

“Kadang-kadang benda itu mengganggu proses perjalanan hidup seharian dan kerja saya juga. Jadi, saya terpaksa bersuara.

“Saya cuma rasa tak semua benda boleh disentuh apabila melibatkan hal peribadi. Saya harap mereka hormat benda itu.

“Mereka boleh nasihat atau beri tunjuk ajar yang baik. Kalau saya rasa perkara itu patut ikut dan baik untuk saya, saya akur. Tapi bila teguran atau kata-kata itu melampau, ada yang lebih-lebih, saya rasa macam tak boleh nak terima,” jelasnya.

Dalam masa sama, Jazmy enggan mengulas lanjut apabila ditanya sama ada isu tersebut menggangu hubungannya bersama kekasih.

“Tiada komen tentang itu (gangguan beri kesan hubungan dengan kekasih).

“Saya buat siaran langsung itu bukan untuk melindungi orang saya sayang saja tapi melindungi diri saya sendiri,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 11 Oct 2018

Haziq Hussni Percaya Rezeki Itu Tidak Pernah Salah Alamat

Semoga segala urusan Haziq Hussni dipermudahkan. Tahniah Haziq!

Events Thu, 10 May 2018

Selebriti Teruja Tengok Persembahan Bruno Mars Live In KL

Konsert penyanyi terkenal, Bruno Mars di Axiata Arena, Bukit Jalil berlangsung dengan meriah walaupun keputusan pilihanraya belum diketahui lagi

Featured Tue, 7 Aug 2018
Hiburan Sat, 11 May 2019

Hasrat Miliki Anak Kembar Tak Kesampaian, Isteri Aliff Syukri Reda…

Semoga segala urusan melahirkan anak dipermudahkan… Insha Allah ada rezeki lain menanti.

Hiburan Tue, 7 May 2019

Lebih Interaktif, Berita TV9 Kini Berwajah Baru!

Program-program berita TV9 masih mengekalkan penyampai beritanya seperti Amin Hayat Abdul Rahim, Zuhaira Mustafa Al Hussin, Affizza Azmi, Suzila Idayu Yaacob, Zaira Sri Zakaria, dan Taufek Mohd Noh.

Hiburan Fri, 12 Jul 2019

Ezlynn Kenal Hati Budi Bangsa Jejaka

Semoga berjaya Ezlynn

Featured Tue, 16 Jul 2024
Hiburan Mon, 23 Feb 2026

“Kalau Tak Shooting, Memang Saya Turun” – Sophia Albarakbah Buka Gerai Air Kelapa Pandan Di Bazar Ramadan

keputusan menjual air kelapa dibuat kerana minatnya terhadap minuman berkenaan

Trending Mon, 8 Apr 2024
error: Content is protected !!