Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 13, 2026 @ 5:00pm

“Kalau Ada Jodoh, Tiada Masalah” – Zarif Ghazzi Tak Tutup Pintu Hati Buat Bella Dowanna

Pelakon meningkat naik, Zarif Ghazzi bersikap terbuka sekiranya dia bertemu jodoh bersama rakan selebriti dan aktres, Bella Dowanna.

Ketika ditemui media, Zarif atau pemilik nama Zarif Farahi Effie Ghazzi, 22, bagaimanapun menjelaskan hubungan mereka tidak lebih hanya sekadar rakan baik yang sudah lama saling mengenali.

“Saya memang dah kenal dia, saya dengan dia sebenarnya lebih kepada kawan sahaja. Tapi macam saya cakap, kalau ada jodoh, tiada masalah pun. Sebab kami kawan pun dah lama tapi memang tiada apa yang lebih,” katanya.

Aktor drama Antara Dua Syurga ini secara terbuka turut memuji sikap Bella yang sentiasa memaparkan keikhlasannya dalam persahabatan, selain sentiasa menjadi diri sendiri dan seorang wanita jujur.

“Dia memang seorang yang menjadi diri sendiri. Mana-mana dia pergi, dia bawa nama dia sebaiknya. Dia tak ada nak fake apa semua, kalau dia cakap tak suka maksudnya dia tak suka.

“Lagi satu keikhlasan dalam berkawan itu, dia ada benda tu. Saya suka bila saya berkawan dengan orang ikhlas untuk berkawan.

“Bukan sekadar berkawan untuk nak kebaikan ke apa tak. Itu adalah Bella Dowanna. Dia berkawan sebab dia ikhlas. So saya suka berkawan dengan dia,” ujarnya.

Zarif berkata demikian ketika ditemui pada majlis rakaman Melodi Raya di Saloma, Kuala Lumpur pada Selasa.

Dalam pada itu, Zarif mengakui buat masa ini dia tidak memikirkan soal jodoh, sebaliknya hanya memberi tumpuan kepada kerjaya dan keluarga.

Namun begitu, Zarif tiada masalah apabila ada peminat yang mula mengkenankan dirinya dengan mana-mana wanita.

“Belum, sebenarnya kalau cakap tentang rumah tangga tu memang jauh lagi. Fokus saya adalah kerjaya saya, lakonan, dan keluarga saya. Untuk berpasangan belum lagi.

“Tapi saya tiada masalah jika ada yang kenen-kenenkan. Selagi benda tu tidak melampaui batas, saya tak ada masalah pun. Ok je,” tambahnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 24 Dec 2022
Trending Tue, 10 Dec 2019

Cha In-Ha artis K-drama kejutkan peminat muzik Korea?

Harga kemasyhuran yang berakhir dengan kematian!

Hiburan Sat, 10 Sep 2022
Featured Sat, 13 Dec 2025
Featured Fri, 1 Sep 2023
Hiburan Sat, 18 Oct 2025
Kes Mahkamah Thu, 22 Jun 2023
Selebriti Fri, 1 Dec 2023

Tular Video Makan Bersama, Status Hubungan Dengan Syafiq Kyle Jadi Persoalan… Ini Penjelasan Mimi Lana

Saya dan Syafiq dalam keadaan baik tetapi kami memilih untuk fokus pada diri masing-masing dan juga kerjaya – Mimi Lana

Hiburan Wed, 23 Jan 2019
error: Content is protected !!