Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin March 17, 2026 @ 7:00am

“Mungkin Usaha Ini Kecil Pada Pandangan Manusia, Tapi..” – Redah Hujan Bersama Pelajar, Rita Rudaini Jayakan Program CSR Ramadan

Pelakon popular Rita Rudaini turun padang secara sukarela bagi menjayakan program khidmat masyarakat Jalinan Kasih Ramadan BWP x SKP anjuran Badan Wakil Pelajar dan Sekretariat Kepimpinan Pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Sungai Besar di sekitar Dataran Merdeka, kelmarin.

Prihatin terhadap usaha kebajikan yang digerakkan oleh golongan pelajar, program tersebut melibatkan pelajar Tingkatan 5, termasuk anak sulung Rita, Airit Rayyan yang menuntut di MRSM Sungai Besar.

Para pelajar turun ke kawasan sekitar Dataran Merdeka dan Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) bagi mengagihkan makanan berbuka puasa serta sahur kepada golongan memerlukan.

Rita berkata kehadirannya dalam program itu adalah sebagai tanda sokongan kepada inisiatif pelajar dan guru yang berusaha mendidik generasi muda supaya lebih peka terhadap keperluan masyarakat.

“Saya tetap bersama anak anak Ulul Albab ini turun mengagihkan makanan berbuka dan sahur di sekitar Dataran Merdeka serta Jalan TAR walaupun terpaksa berdepan hujan. Kebetulan saya ada masa terluang, jadi saya turut membantu setakat yang mampu bersama para guru dan pelajar yang kini berada di tahun akhir pengajian,” katanya.

Menurut Rita, pengalaman meluangkan masa bersama para pelajar dalam aktiviti kebajikan itu memberikan kenangan yang cukup bermakna buat dirinya.

“Saya harap pengalaman ini menjadi memori indah kerana masa terasa begitu cepat berlalu ketika melakukan aktiviti bersama mereka,” katanya.

Dalam masa yang sama, Rita turut merakamkan penghargaan kepada guru yang menjadi penggerak utama program tersebut iaitu Cikgu Dzulkifli Mahat, yang disifatkan memainkan peranan besar dalam membentuk nilai empati serta keyakinan dalam diri pelajar.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Dzul yang menganjurkan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) ini. Usaha seperti ini membantu mendidik anak anak supaya lebih empati, berani, yakin diri dan mempunyai sikap berkongsi rezeki dengan masyarakat,” katanya.

Tambah Rita, program khidmat masyarakat seperti itu sangat penting dalam membentuk jati diri generasi muda agar lebih memahami nilai kemanusiaan serta menghargai kehidupan.

“Melalui program seperti ini, anak anak belajar tentang empati dan memahami bahawa setiap kebaikan walaupun kecil boleh memberi makna besar kepada orang lain,” katanya.

Rita turut berharap pelajar yang terlibat akan terus membesar sebagai generasi berilmu serta berakhlak mulia yang mampu menjadi pemimpin masa depan negara.

“Saya mendoakan agar anak anak ini membesar menjadi generasi yang berilmu dan berakhlak tinggi serta menjadi pelapis kepimpinan negara suatu hari nanti. Hari ini mereka belajar, suatu hari nanti mereka pula akan memimpin,” katanya.

Sebagai seorang ibu, Rita percaya tanggungjawab membentuk generasi muda adalah peranan besar yang perlu dipikul bersama demi masa depan negara.

“Sebagai wanita dan ibu, saya percaya tanggungjawab kita adalah mendidik serta membesarkan generasi yang lebih baik daripada kita.

“Mungkin usaha ini kelihatan kecil pada pandangan manusia, tetapi kesannya sangat besar kepada masa depan negara. Wanita yang membina anak anak dengan nilai dan ilmu sebenarnya sedang membina masa depan sebuah negara,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 16 Apr 2019

Muzik Video Shiha Penuh Kontroversi?

Kalau tak tengok fully video muzik ni, memang akan fikir bukan-bukan tau! Tak percaya, jom tengok!

Featured Tue, 21 Feb 2023

[VIDEO] Khusyuk Nyanyi Lagu Tiara, Siti Nurhaliza Dedah Ada Tragedi Lucu Berlaku 

Nak ambik video untuk kenangan, tapi jadi lain pula 🤣😭

Trending Sun, 13 Dec 2020
Hiburan Thu, 12 Jun 2025
Featured Wed, 8 Jan 2025

“Itu Bukan Ayah Saya, Itu Fitnah!” – Lebih Selesa Tinggal Dengan Bapa, Anak Zahnita Dakwa Gambar Mata Lebam Zahnita Adalah Foto Lama

Anak sulung Zahnita mengaku bapanya tidak pernah menyentuh ibunya dan adik-beradik yang lain.

Featured Wed, 20 Oct 2021

Fauzi Nawawi Dikecam Kerana Kongsi Kisah Lakonkan Babak Rog*l Dengan Raja Farah, Ini Respons Empunya Badan & Suami

Pelakon terkenal, Fauzi Nawawi tular di media sosial semenjak semalam apabila berbicara mengenai satu babak panas dalam filem Anak Halal yang melibatkan dirinya bersama pelakon wanita, Raja Farah. Tular satu rakaman video di Twitter semalam […]

Hiburan Mon, 26 May 2025

Awie, Search Kid Din Gegar Pulau Pinang & Johor Menerusi Rockology Concert Tour 2025

Muzik rock tempatan bakal kembali bergema dengan penganjuran Rockology Concert Tour 2025!

error: Content is protected !!