Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 19, 2026 @ 10:58am

Jalani Rawatan Selama Tiga Tahun, Fathia Latiff Kongsi Keadaan Terkini Lawan Sakit Schizophrenia – “Maaf Banyak Terkasar Bahasa Dulu…”

Pelakon, Fathia Latiff berkongsi perkembangan positif mengenai tahap kesihatannya apabila mengakui kini berada dalam keadaan semakin baik selepas menjalani rawatan berterusan.

Fathia berkata, selepas dua hingga tiga tahun mengambil rawatan melawan sakit schizophrenia, termasuk suntikan sustenna, dia kini mampu mengawal keadaan diri dengan lebih stabil berbanding sebelum ini.

“Sekarang keadaan saya dah semakin baik selepas dua tiga tahun ambil sustenna. Tapi sekarang jadi introvert la pula,” katanya.

Menurutnya, pengalaman berdepan schizophrenia bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan kerana memberi kesan besar terhadap emosi dan tingkah laku seseorang.

“Sakit schizophrenia memang tak boleh buat main-main,” ujarnya.

Dalam masa sama, Fathia turut mengakui pernah melalui fasa sukar sehingga menimbulkan penyesalan terhadap beberapa perkongsian lamanya di media sosial.

“Tengok balik video yang saya cakap merepek dulu memang rasa nak putar balik masa.

“Maafkan saya semua, saya banyak terkasar bahasa dulu,” katanya.

Bagaimanapun, aktres drama popular Ariana Rose itu dilihat semakin terbuka menerima keadaan diri selain berusaha untuk terus memperbaiki kehidupan secara perlahan-lahan.

Fathia turut berharap agar individu lain yang berdepan penyakit sama tidak berputus asa dan terus mendapatkan rawatan sewajarnya.

“Saya doakan orang yang ada sakit ni cepat sembuh. The struggle is real,” katanya.

Perkongsian tersebut mengundang reaksi positif dalam kalangan netizen yang rata-rata mendoakan kesihatannya terus bertambah baik serta memuji keberaniannya berkongsi perjalanan pemulihan secara terbuka.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 13 Jun 2023
Trending Sun, 5 May 2019

Syed Saddiq Berang Ada Akaun Facebook Palsu

YB Syed Saddiq telah tampil membuat laporan polis berikutan kewujudan akuan palsu yang menggunakan nama dan gambarnya di laman sosial Facebook.

Hiburan Tue, 22 Apr 2025
Hiburan Thu, 13 Dec 2018

Isu Beri Makan Anjing, Netizen Tolonglah ‘Otak’ Tu Jangan Sempit Sangat

Diharap masyarakat Malaysia lebih peka dan berilmu sebelum melontarkan kata-kata atau melabel seseorang diatas tindakan mereka

Trending Mon, 9 Aug 2021

“Dia Cakap, Dia Takut Tapi…” – Shuib Kongsi Pesan Terakhir Siti Sarah

Semoga Allahyarhamah Siti Sarah beroleh syurga❤

Hiburan Thu, 30 Nov 2017

Kata Gangster, Sekarang Baby Sitter Pula?

Kalau dahulu adalah gangster tapi kini adalah baby sitter tetapi nak baby sit siapa pula dan apa misinya kali ini?

Featured Thu, 12 Jan 2023

Kerispatih & Sammy Simorangkir Bakal Cipta Memori Indah Pada 24 Februari Ini!

Tak sabarnya! Berakhirlah sudah semua kisah ini dan jangan kau tangisi laaaagi~

error: Content is protected !!