Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin March 19, 2026 @ 10:16am

Aina Abdul Berani Tampil Kelainan, Pertaruh Lagu Raya Irama Timur Tengah ‘Ya Habibi Ya Aidilfitri’

Penyanyi Aina Abdul sekali lagi mencuri perhatian apabila tampil dengan pendekatan berbeza menerusi lagu raya terbaharu berjudul Ya Habibi Ya Aidilfitri, yang mengetengahkan elemen muzik Timur Tengah sebagai identiti utama karya tersebut.

Lagu Ya Habibi Ya Aidilfitri menampilkan sentuhan kreatif Aina sendiri menerusi penulisan lirik bersama Zainur Irsyadi, manakala komposisinya dihasilkan oleh Aina bersama Wan Saleh. Susunan muzik dan penerbitan pula digalas sepenuhnya oleh Wan Saleh, sekali gus melengkapkan identiti segar lagu tersebut dengan gabungan elemen moden dan nuansa Timur Tengah.

Mengambil risiko untuk keluar daripada kebiasaan, Aina menyifatkan percubaan itu sebagai satu eksplorasi kreatif bagi memberikan nafas baharu dalam penghasilan lagu raya tempatan.

Menurut Aina, idea menghasilkan lagu berinspirasikan muzik Arab tercetus daripada keinginannya untuk mencari kelainan serta meneroka sisi baharu dalam perjalanan seninya.

“Saya memang sengaja mahu mencuba sesuatu yang berbeza untuk lagu raya kali ini. Saya nak keluar daripada zon selesa dan cari rasa teruja yang lain dalam berkarya. Bila kita buat sesuatu yang belum pernah kita cuba, di situlah datangnya rasa keterujaan,” katanya.

Tambah Aina, elemen Timur Tengah yang dibawa bukan sahaja memberi warna unik kepada lagu tersebut, malah membuka ruang untuknya memahami teknik vokal dan sebutan yang berbeza.

“Ini kali pertama saya menyanyikan lagu dengan pengaruh muzik Arab, jadi memang ada cabaran terutama dari segi sebutan dan lenggok. Ada part yang buat saya rasa sedikit ‘terbelit lidah’, tetapi dalam masa sama itu yang buat proses ini lebih menyeronokkan,” katanya.

Walaupun berdepan cabaran teknikal, Aina tetap optimis karya tersebut mampu diterima pendengar, apatah lagi dengan susunan muzik yang segar dan berbeza daripada kebiasaan lagu raya.

Pelancaran Ya Habibi Ya Aidilfitri turut mencetuskan reaksi positif dalam kalangan peminat di media sosial yang teruja dengan kelainan yang dibawakan, malah ramai yang membayangkan suasana Aidilfitri yang lebih meriah dengan irama rancak lagu tersebut.

Dengan gabungan elemen Timur Tengah dan semangat Aidilfitri yang ceria, lagu ini dilihat sebagai satu eksperimen berani yang berjaya memperkaya landskap muzik raya tempatan.

Sebagai penutup, Aina berharap lagu tersebut dapat diterima baik oleh pendengar dan menjadi antara karya yang menemani sambutan Aidilfitri tahun ini.

“Saya harap pendengar dapat menerima lagu ini dengan hati terbuka walaupun ia berbeza daripada lagu raya yang biasa kita dengar. Kalau lagu ini boleh buat orang tersenyum, terhibur dan rasa nak menyambut raya dengan lebih ceria, itu sudah cukup bermakna untuk saya,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 3 Apr 2019

Selepas Umum Penceraian, Rashidi Ishak Mengaku Terima Ratusan Mesej Setiap Hari

Ketika ditanya sama ada Rashidi mahu merujuk kembali dengan bekas isterinya, pelakon berusia 46 tahun ini menjawab…

Trending Thu, 23 Apr 2020

Saksikan Perutusan Khas Perdana Menteri Di TV3 Malam Ini

Agaknya apa yang TSMY nak sampaikan..

Hiburan Wed, 17 Jul 2024
Hiburan Fri, 1 Mar 2024
Events Sun, 25 Aug 2019

叶世荣黄贯中《冲动效应》嗨爆云顶!延续华人摇滚精神

叶世荣、黄贯中《冲动效应》嗨爆云顶!2小时30分钟唱近30首歌曲,延续华人摇滚精神。

Hiburan Mon, 23 Feb 2026

Derita Kanser Paru-Paru, Anak Sulung Amyza Aznan Meninggal Dunia

Anak sulung Amyza Aznan meninggal dunia, Al-Fatihah.

Featured Mon, 16 Jan 2023
error: Content is protected !!