Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 20, 2026 @ 9:00am

“Tiada Mengalah, Semua Bincang Baik-Baik” – Amira Othman Teruja Sambut Raya Pertama Dengan Keluarga Besar Fattah Amin

Penyanyi dan pelakon, Amira Othman meluahkan keterujaan menyambut Aidilfitri tahun ini yang membawa makna cukup berbeza apabila pertama kali bergelar isteri.

Amira atau nama sebenarnya Nadia Amira Othman, 33, memaklumkan dia bakal menyambut hari raya di sebelah keluarga suaminya, Fattah Amin selama tiga hingga empat hari di ibu kota.

Menurut pelantun lagu Bincang Raya itu, pengalaman kali ini cukup istimewa apabila dia perlu memikul tanggungjawab baharu sebagai seorang isteri dan menantu.

“Raya pertama di Kuala Lumpur. Fattah cadangkan kami beraya tiga ke empat hari di sebelah dia, sebab nanti saya pula perlu luangkan masa lebih lama di kampung saya memandangkan adik akan berkahwin.

“Ini pengalaman pertama saya ada tanggungjawab sebagai isteri dan menantu. Memang rasa teruja nak lihat suasana keluarga sebelah suami,” katanya.

Tambah Amira, dia tidak sabar untuk mengenali lebih dekat keluarga besar suaminya, apatah lagi kedua-dua mereka datang daripada latar keluarga yang sama-sama ramai.

“Selalunya saya beraya dengan keluarga sendiri. Keluarga saya memang besar, dan kebetulan keluarga Fattah pun sama. Jadi saya rasa tak banyak beza, cuma suasananya berbeza.

“Memang gembira nak jumpa saudara-mara sebelah Fattah,” ujarnya.

Amira berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media pelancaran muzik video Bincang Raya yang berlangsung di Hotel Crowne Plaza, di sini.

Dalam pada itu, Amira turut memuji sikap suaminya yang disifatkan fleksibel dan mudah berbincang dalam menentukan perancangan Aidilfitri mereka.

“Segalanya dibincangkan dengan baik. Tak ada istilah siapa mengalah atau perbalahan. Fattah memang sangat fleksibel,” jelasnya.

Sementara itu, adiknya, penyanyi Irfan Haris, turut memahami situasi kakaknya yang kini mengutamakan keluarga sendiri selepas berkahwin.

Menurut Irfan, ketiadaan pertemuan pada hari raya pertama bukanlah satu isu besar, lebih-lebih lagi dengan kemudahan teknologi masa kini.

“Saya okay saja. Saya faham sekarang kakak sudah berkahwin, jadi suami memang keutamaan.

“Walaupun tak dapat jumpa, kami masih boleh berhubung melalui panggilan video,” katanya.

Artikel Berkaitan: “Diam Tak Bermakna Saya Boleh Dibuli, Kita Ada Undang-Undang” – Pernah Digelar S*ndal, Amira Othman Kesal Buli Siber Makin Melampau

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 16 Jul 2018

Wow! Hotel Transylvania Kutip RM 178 Juta

Ia sekali gus menyingkirkan filem di tempat pertama minggu lalu, Ant-Man and the Wasp, yang kini di kedudukan kedua dengan kutipan AS$28.8 juta (RM116.6 juta) pada hujung minggu lalu.

Hiburan Sat, 1 Oct 2022
Hiburan Fri, 15 Aug 2025

Sophia Albarakbah Bangkit Lawan Emosi, Terus Fokus Kerjaya Walau Dihentam Netizen

Sophia Albarakbah rasa tak selamat keluar berseorangan

Hiburan Wed, 20 Mar 2019

Hebat! Leftenan Zana Terima 25.5 Juta Penonton

Penerimaan luar biasa penonton menerusi drama Leftenan Zana ini membuktikan TV3 tidak hanya menghidangkan kisah cinta untuk tatapan penonton

Trending Wed, 17 Oct 2018

“It Would Be an Honour to Represent Malaysia on the World Stage…”

Fireman and triathlon athlete Mohd Amran dreams of qualifying for the IRONMAN World Championship in Kona, Hawaii, USA.

Featured Wed, 22 Mar 2023
Featured Thu, 20 Mar 2025

“Doing Couple Stuff Like This Is So Fun”- Kini Giliran Jefri Nichol Pula Tayang Seluar Jeans Tertera Huruf ‘A’

Pasangan popular, Jefri Nichol dan Ameera Khan kelihatan semakin terbuka berkongsi perasaan mereka di media sosial.

error: Content is protected !!