Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 28, 2026 @ 10:21am

“Ini Kakak Kami!” – Siti Nordiana Pertahankan Nubhan Didakwa Bercinta Dengan ‘Makcik’

Tindakan segelintir warganet yang membuat spekulasi mengundang rasa kurang senang penyanyi, Siti Nordiana apabila seorang wanita yang dikenalinya menjadi mangsa gosip, didakwa mempunyai hubungan istimewa dengan rakan baiknya, Nubhan.

Menerusi hantaran di platform Threads, Siti Nordiana atau nama lengkapnya, Siti Nordiana Alias, 42, berkongsi beberapa foto percutian mereka di Vietnam bersama rakan-rakan, termasuk wanita terbabit serta Nubhan.

Tidak berdiam diri, pelantun lagu Terus Mencintai itu tampil bersuara mempertahankan wanita terbabit, selain menegur sikap segelintir pihak yang gemar menabur cerita tidak berasas.

“Kesian kakakku seorang ini, pergi melancong tak pasal-pasal nama kena gosip.

“Awak semua ni tak baik gosipkan kakak saya ini. Ini kakak kami tau,” katanya.

Terdahulu, perkongsian foto percutian oleh Nubhan bersama wanita berkenaan mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan warganet.

Ruangan komen turut dibanjiri pelbagai andaian apabila ramai mendakwa mereka sedang menjalinkan hubungan cinta.

Untuk rekod, Nubhan pernah mendirikan rumah tangga bersama Dr. Afifah Hidayah Tawfek pada 29 Ogos 2015. Namun, pasangan itu sah bercerai talak dua di Mahkamah Rendah Syariah Sepang pada 2 Disember lalu.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8, Ahmad Aaffan, 6, serta Afzan Nayille, 3.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 13 Nov 2018

「漫威之父」史丹李逝世!享寿95岁

「漫威之父」史丹李(Stan Lee)12日逝世,享寿95岁。

Hiburan Fri, 24 Jan 2025
Hiburan Thu, 13 Jul 2023
Featured Wed, 12 Apr 2023
Featured Tue, 14 Jun 2022

[VIDEO] Jual Rumah Bernilai RM1.2 Juta, Netizen Anggap Kifarah Buat Shuk Sahar Akibat Curang – “Bye Bye Ferrea..”

Semoga Shuk tabah menghadapi ujian ini dan ambil iktibar daripada perkara yang berlaku 😊

Hiburan Mon, 26 May 2025

Ejen Ali The Movie 2 Pecah Panggung, Kutip RM15.3 Juta Dalam Masa 4 Hari!

Ejen Ali The Movie 2 Kutip RM15.3 Juta Dalam Masa 4 Hari!

Hiburan Wed, 6 Sep 2023
Trending Wed, 5 Aug 2020
error: Content is protected !!