Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 31, 2026 @ 12:45pm

Netizen Persoal Peranan Norman Hakim Dalam Isu Rumah Tangga Marissa Dania – “Anak Perempuan Kena Macam Tu Tak Ambil Tindakan?”

Nama pelakon Norman Hakim kembali menjadi perhatian apabila netizen mempersoalkan sikapnya yang dilihat berdiam diri terhadap konflik rumah tangga anak perempuannya, Marissa Dania.

Menerusi beberapa hantaran di platform Threads, ramai meluahkan rasa kesal apabila Norman didakwa seolah-olah membiarkan Marissa ‘tergantung tidak bertali’ dalam perkahwinannya bersama Aslam.

Lebih hangat, ada yang menyifatkan aktor itu sebagai bapa yang tidak memainkan peranan sebagai lelaki qawwam, susulan dakwaannya tidak mengambil tindakan terhadap situasi yang melibatkan anaknya sendiri.

Dalam masa sama, segelintir netizen turut mengungkit kisah silam Norman yang pernah dikaitkan dengan isu kecurangan ketika masih bergelar suami kepada Abby Abadi.

Bagaimanapun, menerusi perkongsian di Instagram miliknya (IG), Norman dilihat memuat naik foto bersama Marissa dan Abby, meskipun hanya disertakan emoji hati merah.

Perkongsian itu meraih pandangan berbeza dalam kalangan netizen, dimana ada dalam kalangan mereka percaya Norman sebenarnya menjalankan tanggungjawab sebagai bapa dengan caranya tersendiri tanpa perlu mendedahkan segalanya kepada umum.

Meninjau ruangan komen, rata-rata mendoakan agar segala kemelut rumah tangga melibatkan Marissa dan Aslam dapat diselesaikan dengan baik, selain mengharapkan keharmonian keluarga mereka kembali pulih.

Artikel Berkaitan: Isu Sijil Nikah Selesai, Peguam Tampil Jelaskan Kekeliruan Perkahwinan Aslam & Marissa Dania

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 29 Aug 2023
Hiburan Sat, 20 Jul 2019

Nazim Othman Semakin Memilih?

Nazim Othman mengakui lebih matang berdepan pelbagai situasi jika dibandingkan dengan awal kemunculannya dahulu.

Hiburan Fri, 22 Mar 2024
Hiburan Thu, 1 Nov 2018

Neelofa’s Trip to Maldives Turns Out to Be Sponsored

How cool would it be to live Neelofa’s life right now.

error: Content is protected !!