Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi April 13, 2026 @ 1:17pm

“Susah Kalau Wajah Sama” – Adik Mahu Jadi Pelakon, Amir Ahnaf Beri ‘Tamparan Realiti’ Dalam Dunia Seni

Pelakon, Amir Ahnaf mendedahkan adiknya, Aleef Ahnaf menunjukkan kecenderungan untuk menceburi dunia seni, namun mengakui laluan tersebut bukan mudah dan memerlukan persediaan rapi.

Menurut Amir atau nama lengkapnya Muhammad Amir Ahnaf Mohd Khairudin, 26, dia melihat adiknya memiliki kelebihan dalam bidang nyanyian, sekali gus lebih menggalakkan bakat itu digilap berbanding cabang lain dalam industri hiburan.

Dalam masa sama, Amir menyimpan impian besar untuk menubuhkan syarikat produksi muzik sendiri dalam tempoh lima tahun akan datang demi membantu perjalanan seni ahli keluarganya.

“Kami memang cuba teroka pelbagai bakat. Adik saya ada kelebihan dalam nyanyian. Jadi saya sedang usahakan untuk bina syarikat produksi muzik sendiri supaya nanti saya boleh hasilkan lagu untuk adik-adik saya,” katanya.

Amir berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Tarung di Banglo 289, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Mengulas lebih lanjut, aktor filem Kahar: Kapla High Council itu menegaskan dia tidak pernah menyekat minat adik-adiknya, sebaliknya hanya mahu membuka mata mereka tentang realiti sebenar dunia seni yang penuh cabaran.

“Saya hanya beri ‘tamparan realiti’ supaya dia faham industri ini bukan mudah. Tambahan pula kalau wajah kami seiras, cabarannya mungkin lebih besar.

“Dia memang minat berlakon, tapi saya sudah ingatkan dari awal, menyanyi itu susah, berlakon lagi mencabar.

“Apa pun, saya tak pernah halang. Kalau mereka nak cuba casting, buat modelling atau apa saja dalam bidang seni, saya tetap sokong,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 31 Mar 2021

“Rindu Itu Tak Pernah Padam” – Genap 30 Tahun Kerjaya, Datuk Nora Tampil Kembali Dengan Naluri..

Siapa tidak mengenali Datuk Nora Ariffin. Suaranya yang lunak lagi lembut dalam mengalunkan lagu genre pop, balada dan R & B pasti menawan halwa telinga ramai pendengar. Setelah genap 30 tahun perjalanan kerjaya seni Nora, […]

Featured Wed, 20 Nov 2024

“Kami Berpisah Bukan Kerana Orang Ketiga” – Emma Maembong Masih Baik Dengan Bekas Suami

“Tiada orang ketiga, semuanya tiada. Kami berpisah secara baik,” – Emma Maembong

Hiburan Thu, 8 Feb 2024
Hiburan Mon, 11 Jun 2018

Kenapa Khai Bahar Tak Beli Baju Raya?

Khai mengakui rezeki syawal nya pada tahun ini semakin murah.

Hiburan Fri, 13 Sep 2024

Fazura Fail Cerai, Netizen Serang IG Fattah Amin – “Isteri Cantik, Anak Comel… Apa Lagi Tak Cukup?”

Kita doakan semoga urusan rumah tangga Fattah dan Fazura akan dipermudah olehNya ❤️😭😭

error: Content is protected !!