Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi April 14, 2026 @ 12:17pm

Korban Juadah Raya, Trisha Ooi Fokus Kejohanan Tinju Di Dubai Lawan Wakil Indonesia

Pelakon, Trisha Ooi bakal mencabar diri ke tahap baharu apabila akan membuat penampilan sulung dalam perlawanan tinju profesional menerusi All Star Championship Dubai Edition yang dijadual berlangsung di Dubai pada 3 Mei ini.

Trisha atau nama sebenarnya Reyshqa Aqiera Mohd Nasron Ooi, 27, mengakui terpaksa melupakan kemeriahan juadah Aidilfitri apabila tidak menikmati hidangan tradisi seperti lemang, rendang dan ketupat demi mengekalkan berat badan.

Menurut Trisha, pengorbanan itu dilakukan bagi memastikan dia berada dalam kondisi terbaik menjelang perlawanan penting berkenaan.

“Raya kali ini memang saya tak makan lemang, rendang atau ketupat sebab kena jaga berat badan.

“Saya anggap ini sebagai azam tahun baharu. Lepas balik dari Dubai nanti barulah saya sambut raya puas-puas.

“Makanan pertama yang saya teringin nak makan adalah burger dan nasi lemak,” katanya.

Trisha ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran All Star Influencers Award di Studio 38, Kota Damansara, baru-baru ini.


Berkongsi lanjut, Trisha berkata penyertaannya dalam sukan tinju bukan sekadar suka-suka, sebaliknya sebagai usaha untuk mengukuhkan kedudukannya dalam industri seni yang bermula sebagai pelakon lagak ngeri.

Malah, dia juga berazam untuk membuktikan kemampuannya bertarung di gelanggang, bukan hanya di hadapan kamera.

“Ramai yang tahu saya bermula sebagai pelakon lagak ngeri selama enam hingga tujuh tahun sebelum jadi pelakon.

“Tahun ini saya nak kukuhkan lagi nama sebagai pelakon aksi sebab itu memang akar saya dalam industri.

“Saya nak buktikan saya boleh bertarung, bukan saja di depan kamera tapi juga di gelanggang secara profesional,” ujarnya.

Trisha dijadualkan berlepas ke Dubai pada 30 April ini dan akan berada di sana sehingga 5 Mei bagi menghadapi lawannya dari Indonesia, Dinda Anwar.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 20 May 2018

Bayar Lebih RM4,000 Untuk ‘Air Suci

Sanggup berhabisan untuk membeli ‘air sudi’ agar semua sial dibuang katanya

Featured Thu, 6 Oct 2022

[VIDEO] “Lepastu Buat Lagi, Aliff Syukri No. 2!” – Permohonan Maaf Baim Wong & Isteri Dikecam

Fuh, nama Datuk Aliff Syukri terpalit sama. Dah minta maaf lepastu buat lagi? Hmm Apapun semoga Baim dan isteri ambil pengajaran

Trending Wed, 31 Mar 2021

Jadi Artis Termuda Def Jam Malaysia, Kowachee Muncul Dengan Single Pap Tapom

Bakat cilik, Putri Armani, atau lebih dikenali sebagai Kowachee, menjadi nama baru yang tidak asing dalam dunia hiburan. Kowachee bermula sebagai atlet gimnastik artistik Selangor pada usia 4 tahun dan mewakili negeri tersebut sehingga dia […]

Featured Mon, 22 Feb 2021

Mohon Kelonggaran Rentas Daerah Di..

Kerajaan negeri Terengganu memohon pertimbangan Majlis Keselamatan Negara (MKN) supaya penduduk di negeri itu diberi kelonggaran untuk bergerak merentas daerah. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman, berkata permohonan itu bertujuan memperkasakan […]

Hiburan Thu, 29 Aug 2019

Dakwaan Obses Dengan Anak…Apa Jawab Siti Nurhaliza?

Gara-gara sering memuatnaik gambar dar video anak di laman sosial media, Siti ditegur netizen?

Hiburan Sun, 5 Dec 2021

“Harap Tak Terkucil” – 3 Lagu Layak Ke Separuh Akhir Muzik Muzik 36, Haqiem Rusli Bakal Buat Terbaik… Risau Dengan Kesihatan

Penyanyi popular, Haqiem Rusli gembira apabila tiga lagunya, Mimpi, Adlina Marie dan Lara berjaya melayakkan diri ke Separuh Akhir Muzik Muzik 36. Menurut Haqiem, dia akan memberikan persembahan terbaik biarpun harus membahagikan fokus terhadap dua […]

Hiburan Thu, 10 Jan 2019

Susut Berat Badan Dan Muka Cengkung, Sufian Suhaimi Sakit Apa Tu?

Good luck for AJL33, Sufian Suhaimi ! Semoga cepat sembuh ye.

Trending Fri, 16 Oct 2020

Agong Titah Masjid Seluruh Negara Buat Solat Hajat, Doa Selamat

Semoga Malaysia dijauhkan dari Covid-19

error: Content is protected !!