Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi April 15, 2026 @ 9:00am

“Biasalah Orang Suka Jadi Batu Api” – Nia Atasha Tepis Dakwaan Bersekududukan Dengan Sky Iskandar… Tak Ambil Pusing Pandangan Netizen

Pelakon dan model, Nia Atasha tampil menjawab spekulasi netizen yang mendakwa dia tinggal sebumbung dengan kekasihnya, Sky Iskandar selepas video mereka tular di media sosial.

Nia atau lebih dikenali sebagai Sleepyllama menegaskan, dakwaan tersebut tidak benar dan hanya berpunca daripada salah faham netizen terhadap video yang dimuat naik di TikTok.

“Eh tidak, saya tak serumah dengan dia. Dalam video itu memang dia dalam rumah saya sebab kami buat content TikTok sahaja.

“Kalau nak jelaskan, kami memang tak tinggal bersama atau bersedudukan. Kami cuma setaman… rumah dia dekat,” katanya.

Pemilik nama penuh Nia Atasha Rosli, 29, mengakui dia menyedari komen-komen negatif yang timbul, namun memilih untuk tidak melayan spekulasi tersebut.

“Saya sedar saja, biasalah orang suka jadi batu api. Tapi kami jenis yang tak kisah dengan pandangan orang sebab perkara itu tak benar.

“Tak ada sampai rasa nak kena buat pengumuman beri penjelasan. Kami biarkan saja apa orang nak fikir, terserah mereka. Pada akhirnya, kami tahu perkara itu tak betul.

“Saya tinggal bersendirian dengan dua kucing,” jelasnya.

Nia berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka dan Pelancaran Filem Kata Hati di The Curve, Petaling Jaya, pada Selasa.


Dalam pada itu, Nia turut berkongsi reaksi Sky yang langsung tidak melatah dengan kecaman yang diterima.

“Sky tak marah dengan komen-komen tersebut, kami hanya gelak saja bila baca,” katanya lagi.

Menurut Nia, dia sudah lama berdepan kritikan sejak aktif dalam dunia peragaan, sekali gus menjadikan dirinya lebih kebal dengan komen negatif.

“Saya tak rimas sebab dah biasa. Dulu masa modelling, saya berpakaian seksi, jadi kecaman itu memang dah jadi perkara biasa.

“Kalau ada kritikan, saya tak akan respons. Kadang-kadang saya terus sekat saja netizen. Mereka tak suka tengok saya, dan saya pun sama… jadi saya sekat.

“Bagi saya, kecaman itu tak ganggu mental. Netizen memang akan cakap apa saja, jadi ia bukan sesuatu yang besar,” jelasnya.

Ditanya sama ada isu tersebut membuatkan dia serik untuk menghasilkan content bersama Sky, Nia menegaskan perkara itu bukan satu masalah besar.

“Tak juga. Ikut mood… kalau rasa nak buat, kami buat. Kalau tak, memang tak ada.

“Ada masa setahun sekali saja kami buat video bersama,” katanya lagi.

Sebelum ini, video memaparkan kemesraan Nia dan Sky ketika menghasilkan kandungan digital di dalam rumah menjadi bualan hangat netizen sehingga mencetuskan dakwaan mereka tinggal bersama.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 22 Jan 2019

被老板催促脱单有压力!韓曉噯现场直接挑男朋友

韓曉噯外型集甜美与性感于一身,是不少男生的梦中情人,看似异性缘相当好,但这一切却是浮云!发片记者会上竟被老板催促脱单,连妈妈都吐槽她找不到男朋友是性格问题,让她哭笑不得。

Trending Thu, 19 Dec 2019

Rimas Anak Asyik Menangis & Merengek, Bapa Tikam Anak

Bapa Tikam Anak Berkali-Kali Di Perut & Leher

Featured Fri, 21 Nov 2025

DMA Islam Label Pencinta Kucing Makhluk B*doh & Ada Masalah Mental, Ustaz Azhar Idrus Tampil Respons – “Baca Talkin Pada Kucing Mati Itu Baru Otak Tak Sihat”

UAI menegaskan, kenyataan tersebut tidak berasas dan bercanggah dengan sejarah serta ajaran Islam yang menjunjung sifat kasih sayang terhadap haiwan.

Featured Fri, 2 Dec 2022
Featured Wed, 22 Oct 2025

“Doktor Kata Saraf Kaki Mak Saya Dah Mati, Luka Je Memang Kaki Terus Hitam”- Ardell Aryana Fokus Kesihatan Ibu

Pelakon dan aktivis kemanusiaan, Ardell Aryana tampil menegaskan, dia bukanlah seorang anak tunggal seperti yang didakwa.

Hiburan Fri, 11 Oct 2019
Hiburan Thu, 7 Jun 2018

Bila Ronaldo Naik Angin…Ini Jadinya!

Cristiano Ronaldo membuat keputusan selepas tidak berpuas hati dengan pengurusan tertinggi yang didakwa mungkir janji mengenai tawaran dalam kontrak baharunya.

Hiburan Sat, 28 Sep 2024
Trending Mon, 16 Aug 2021
error: Content is protected !!