Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin April 22, 2026 @ 8:08am

Karnival Jom Heboh x Mega JPJ MADANI 2026 Meriahkan Batu Kawan, Pulau Pinang Hiburan, Aktiviti & Perkhidmatan Rakyat!

Karnival Jom Heboh (KJH) kembali memeriahkan suasana dengan membuka tirai jelajah 2026 menerusi kolaborasi istimewa bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sempena ulang tahun ke-80 agensi itu. Acara ini bakal berlangsung selama tiga hari di Stadium Negeri Batu Kawan, Pulau Pinang bermula 24 hingga 26 April ini.

Penganjuran kali ini tampil lebih istimewa apabila buat pertama kali KJH digabungkan dengan Karnival Mega JPJ Madani, sekali gus menawarkan pengalaman hiburan dan perkhidmatan komuniti dalam satu platform yang lebih menyeluruh.

Kehadiran barisan kepimpinan tertinggi negara dijangka menambah kemeriahan acara apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, dijadualkan hadir merasmikan sambutan tersebut pada Sabtu, 25 April.

Turut sama memeriahkan majlis ialah Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Loke Siew Fook, Menteri Pengangkutan Malaysia.

Selain itu, kehadiran Tan Sri Shamsul Azri Abdul Bakar, Ketua Setiausaha Negara; Datuk Seri Haji Zulkifli Long, Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang serta Datuk Aedy Fadly Ramli, Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan dijangka turut menyerikan acara.

Kolaborasi ini bukan sahaja membawa elemen hiburan, malah membuka ruang interaksi lebih dekat antara masyarakat dan agensi kerajaan.

Penganjuran kali ini bukan sekadar hiburan, tetapi memberi peluang kepada orang ramai untuk mendekati agensi kerajaan dalam suasana yang lebih santai dan mesra.

Pelbagai aktiviti menarik di bawah anjuran JPJ turut disediakan termasuk larian santai, pertukaran helmet percuma serta servis minyak hitam motosikal tanpa bayaran. Jualan nombor pendaftaran kenderaan juga dijangka menjadi antara tarikan utama.

Selain itu, acara hiburan seperti Battle of the Band melibatkan penyertaan kumpulan dari institusi pengajian tinggi, perhimpunan komuniti permotoran serta aktiviti gaya hidup seperti Zumba, pemeriksaan kesihatan percuma dan agihan makanan turut memeriahkan suasana.

Bagi seisi keluarga, pengunjung boleh menikmati pelbagai aktiviti termasuk zon permainan kanak-kanak, pertandingan karaoke serta Explorace Ejen Ali.

Turut menjadi tumpuan ialah sesi Meet & Greet bersama selebriti seperti Zazzleen Zulkafli, Zairi Aziz, Alya Iman, Muaz Zabir, Gabriella, Siti Hariesa dan Nabil Aqil.

Pengunjung juga berpeluang merasai pengalaman seram melalui Rumah Hantu Jom Heboh x Pewaris Susuk serta bertemu pelakon seperti Datuk Rosyam Nor.

Dalam masa sama, elemen kelestarian turut diterapkan apabila pengunjung digalakkan membawa botol plastik terpakai bagi menyokong inisiatif kitar semula.

KJH terus menjadi platform komuniti yang menyatukan pelbagai lapisan masyarakat kerana acara ini mahu setiap pengunjung bukan sahaja terhibur, tetapi pulang dengan pengalaman yang bermakna bersama keluarga dan rakan.

Kemuncak acara, Konsert Jom Heboh akan berlangsung selama dua malam dengan penampilan artis popular seperti Datuk Awie, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Shiha Zikir, Wani Kayrie, Hael Husaini serta kumpulan Floor 88.

Orang ramai dijemput hadir memeriahkan Karnival Jom Heboh x Mega JPJ Madani 2026 dan menikmati pelbagai aktiviti menarik sepanjang tiga hari penganjuran berlangsung.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 13 Mar 2025

Anta Permana Jadi Pilihan Raja Charles III, Reaksi Pertama Siti Nurhaliza Ingat Kena Tipu 

Siti Nurhaliza ingat kena tipu ;agu Anta Pernama jadi pilihan Raja Charles III

Events Fri, 13 Jun 2025

Anuar Zain Terkejut Pernah Dilabel ‘Menempel’ Populariti Ziana – “Saya Senyum Sahaja, Rezeki Orang Kita Tak Tahu”

Kata Anuar, ketika itu dia hanya menemani Ziana Zain pada sebuah acara sebelum menerima sindiran sarkastik.

Hiburan Tue, 2 Oct 2018

Bang Bang! Giliran Caprice ‘Tegur’ PU Amin

Doa untuk mereka bukan dengan membuat andaian agama sebagai sebab mengapa ini berlaku. Harap PU faham. Salam dan semoga Allah merahmati…Terbaik Caprice!

Hiburan Thu, 16 Nov 2017

Fattah Amin dan Fazura Bernikah Secara Senyap

Belum lagi pulang dari umrah sudah terdengar lagi khabar angin katanya pasangan ini sudah bernikah secara senyap! Apa pun tunggu sahaja kepulangan mereka dan sidang media yang akan diadakan nanti

Trending Tue, 27 Jan 2026

“Kami Tak Paksa Dia Jadi Apa-Apa” – Tersentuh Dengar Perkongsian Shila Amzah Mengenai Anak

Shila Amzah dan suami berusaha membesarkan anak tanpa meletakkan tekanan atau paksaan.

Featured Thu, 26 Jun 2025
Events Sun, 5 Mar 2023
error: Content is protected !!