Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin April 23, 2026 @ 6:42am

Karakter Penuh Misteri, Sarimah Ibrahim, Alya Iman & Rosyam Nor Jadi Nadi ‘Pewaris Susuk’

Menjelang tayangan filem Pewaris Susuk pada 30 April 2026, perhatian penonton kini mula tertumpu kepada tiga pelakon utama yang menggerakkan jalan cerita iaitu Che Puan Sarimah Ibrahim, Alya Iman dan Datuk Rosyam Nor.

Ketiga-tiga mereka tampil dengan pendekatan lakonan berbeza, namun disatukan menerusi karakter yang sarat misteri dan menjadi tunjang kepada dunia gelap yang dibawa dalam filem ini.

Sarimah Ibrahim kembali ke layar perak dengan penampilan yang lebih matang, membawa watak wanita penuh rahsia dengan gaya yang tenang dan berlapis. Pendekatan lakonannya yang minimal tetapi berkesan menjadikan karakter tersebut lebih mendalam, sekali gus menambah elemen teka-teki dalam penceritaan.

Dalam masa sama, Alya Iman mencuri perhatian menerusi penampilan sulung di layar perak dengan watak yang mencabar emosi. Keberaniannya memilih karakter yang kompleks memperlihatkan sisi versatilnya sebagai pelakon baharu, selain gandingan bersama Rosyam Nor yang dilihat memberi impak kuat kepada keseluruhan naratif.

Alya dilihat bukan sekadar pelakon pelengkap, sebaliknya antara kekuatan utama yang memberi nafas segar kepada filem ini.

Sementara itu, Rosyam Nor tampil dengan sisi berbeza daripada kebiasaan. Jika sebelum ini sering dikenali dengan watak tegas dan dominan, kali ini dia membawa karakter yang lebih terkawal, misteri dan bersahaja.

Pendekatan tersebut membuktikan kekuatan lakonan tidak semestinya bergantung kepada emosi yang meluap, sebaliknya terletak pada penghayatan yang halus dan konsisten.

Gabungan tiga pelakon ini menjadikan Pewaris Susuk bukan sekadar filem seram thriller biasa, tetapi sebuah karya yang digerakkan oleh kekuatan karakter serta emosi yang mendalam.

Dalam dunia yang dipenuhi rahsia, konflik dan pengorbanan, persoalan utama yang timbul adalah siapa sebenarnya yang mengawal segala yang berlaku.

Jawapannya bakal terungkai apabila Pewaris Susuk menemui penonton di pawagam bermula 30 April ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 3 Dec 2019

Watch How This 6’1″ K-Pop Star Turned Into A Fanboy When Ryan Reynolds Stood Next To Him

Fans can’t help but notice how cute he was fanboying over a celebrity he looks up to.

Hiburan Tue, 3 Dec 2019
Hiburan Thu, 13 Feb 2025
Featured Sun, 6 Jun 2021

Mira Filzah Kongsi Cara Tidak Dedah Lengan & Aurat Ketika Ambil Suntikan Vaksin

Pelakon dan pengacara Nona, Mira Filzah baru baru ini berkongsi pengalaman sewaktu menerima suntikan vaksin. Berkongsi perkara tersebut di laman Instagramnya, Mira mendedahkan bahawa terdapat cara bagi perempuan muslimah untuk menjaga aurat ketika menerima vaksin. […]

Hiburan Fri, 12 Dec 2025
Featured Tue, 24 Oct 2023

“Darah Keluar & Sakit Perut Hingga Menggigil” – Tak Sangka Diri Hamil, Zizi Kirana Alami Keguguran 

Innalillahwainnailaihirrojiun. Moga ada rezeki lain inshaa-Allah💗

error: Content is protected !!