Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin April 23, 2026 @ 7:11am

Tampilkan Khadijah Ibrahim, Salamiah Hassan, Asmidar & Shiha Zikir, MPO Angkat Legasi Sharifah Aini Menerusi Konsert Istimewa Di DFP

Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) bakal mempersembahkan konsert penghormatan khas berjudul A Tribute to Sharifah Aini bagi meraikan legasi Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini pada 6 Jun 2026, jam 8 malam di Dewan Filharmonik PETRONAS.

Konsert ini diadakan sebagai tanda penghargaan terhadap sumbangan besar Allahyarham dalam industri muzik tanah air, yang sehingga kini masih dikenang sebagai antara suara paling berpengaruh dan dihormati di Malaysia.

Sharifah Aini yang meninggal dunia pada 2014 meninggalkan legasi luar biasa dengan hampir 700 lagu serta lebih 100 album sepanjang kerjayanya, termasuk album kompilasi, runut bunyi dan kolaborasi dalam pelbagai bahasa.

Di bawah pimpinan konduktor Ahmad Muriz Che Rose, konsert ini dirancang untuk menampilkan pelbagai sisi karya Sharifah Aini, merangkumi genre pop, balada, tradisional, lagu filem serta lagu berbahasa Inggeris.

Menurut pihak penganjur, konsert ini bukan sekadar mengimbau kenangan, malah memberi peluang kepada penonton untuk menikmati semula karya klasik dalam susunan muzik yang lebih segar.

“Konsert ini dirancang untuk membawa penonton kembali menghayati keindahan karya Sharifah Aini dalam bentuk yang baharu, namun masih mengekalkan roh asal yang menjadikannya begitu istimewa,” katanya.

Konsert ini akan menampilkan barisan penyanyi terkenal seperti Khadijah Ibrahim dan Salamiah Hassan, selain Asmidar serta Shiha Zikir.

Khadijah bakal menyampaikan lagu seperti Hapuslah Airmatamu, Kudaku Lari serta medley Kau Tinggi Di Awan Biru, Terbang Helang dan Rindu. Salamiah pula akan mengimbau kenangan menerusi Kenang Daku Dalam Doamu, Tiada Maaf Bagimu serta medley lagu Inggeris.

Asmidar dijangka memukau penonton dengan lagu Seri Dewi Malam selain medley tradisional dan pop, manakala Shiha Zikir akan mempersembahkan Mawar Putih Untuk Mama dan Bunga Tanjung sebagai tanda penghormatan kepada figura yang menjadi inspirasinya.

Kesemua lagu akan diberi nafas baharu menerusi gubahan khas oleh komposer seperti Azhad Sulaiman, Shahhakam Mokhtar, Jenny Chin, Ilham Subri, Luqman Aziz serta Ahmad Muriz sendiri.

Penganjur turut menyifatkan konsert ini sebagai satu usaha berterusan untuk mengangkat warisan muzik tempatan ke tahap lebih tinggi, selain memperkenalkan karya legenda kepada generasi baharu.

“Ini adalah peluang untuk generasi hari ini mengenali dan menghargai karya seorang ikon muzik negara yang telah meninggalkan impak besar dalam industri,” katanya.

Tiket konsert dijual pada harga bermula RM249 hingga RM399, manakala pakej suite ditawarkan antara RM449 hingga RM499 seorang.

Orang ramai dijemput untuk hadir menyaksikan konsert istimewa ini yang dijangka membawa pengalaman muzik penuh nostalgia serta penghormatan kepada salah satu legenda terbesar negara.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 10 Jul 2024
Hiburan Fri, 30 Jun 2023

Terbit Filem Pertama, Genre Seram Komedi Pilihan Awie

Akan menyelinap di pawagam 6 Julai ini!!

Hiburan Fri, 31 Mar 2023
Hiburan Tue, 7 Oct 2025
Hiburan Wed, 28 Jan 2026

‘Baby Bump’ Curi Perhatian, Umisya Mazlan Didakwa Hamil Anak Keempat?

Umisya terus berdiam diri dan tidak menjawab komen netizen

Events Thu, 28 Mar 2019

Sekitar Kemeriahan Majlis Malam Berinai Fasha Sandha Dan Aidil Aziz

Sama-cantik sama padan kan? kalau tak caye, tengok lah sendiri.

Featured Wed, 4 Feb 2026

Insomniacks, Yonnyboii Pecah Zon Selesa Menerusi ‘Bersuara’

‘Bersuara’ merupakan kisah tentang menyuarakan perasaan dan mempertahankan harga diri

familuv Wed, 30 Nov 2022

Aksi Syida Melvin Sebak Di Wedding Syifa Melvin Viral Di TikTok – “Wedding Aku Hang Tak Nangis Kan?”

Adik kepada Syifa Melvin iaitu Syida Melvin atau nama sebenarnya Nur Syifa Assyidda Amirol Melvin menjadi perhatian warganet kerana ucapan perkahwinan yang diberikan buat kakaknya itu. @syida.melvin Haihhh 💔 Dah tahan lama dah xnak nangis, […]

Drama Wed, 17 Aug 2022

Zul Ariffin Undur Diri Berlakon Drama

Alaaaaa… tak boleh dah lah tengok abe Zul kat tv nanti ☹☹☹

error: Content is protected !!