Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 27, 2026 @ 3:00pm

Anzalna Nasir Tegas Status & Kecantikan Bukan ‘Tiket’ Untuk Sombong

Pelakon Anzalna Nasir mengaku tiada keperluan untuk seseorang itu bersikap sombong meskipun bergelar artis atau insan biasa.

Kata Anzalna,  status pangkat, kekayaan, kecantikan dan tahap kepandaian bukanlah tiket untuk seseorang itu bersikap sombong dan mendabik dada.

“Sejak kebelakangan ini, asyik terbaca tentang artis yang sombong, tetapi bukan artis sahaja, sesiapa pun boleh jadi begitu.

“Kadang-kadang terfikir juga, apa sebenarnya tujuan bersikap sombong? Kalau rasa diri kaya, sentiasa ada yang lebih kaya.

“Kalau rasa diri cantik, ada lagi yang lebih cantik. Kalau rasa diri pandai, ada yang lebih bijak,” katanya di Threads.

Dalam hantaran sama, Anzalna menegaskan, meskipun bergelar selebriti, dia juga tidak terlepas memberi layanan yang sama terhadap individu yang bersikap sombong terhadapnya.

“Namun, kalau orang bersikap sombong dengan saya walaupun sudah 10 kali berjumpa, mungkin saya akan membalas dengan sikap yang sama,” jelasnya.

Sejak kebelakangan ini, isu selebriti bersikap sombong menjadi perdebatan hangat dalam kalangan netizen menerusi platform media sosial.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 4 Mar 2023
Hiburan Fri, 18 Aug 2023
Trending Mon, 21 Aug 2023

Lebih Bertenaga & Kekal Fokus Dengan Red Bull 360 EnergyPro, Korang Kini Berpeluang Untuk Menangi Hadiah Bernilai RM325,000!

Bila sebut je Red Bull, min pasti teringat masa kecil-kecil dulu bila nak jalan jauh atau pulang ke kampung, minuman Red Bull pasti akan menemani ayah memandu sepanjang perjalanan. Begitu juga dengan pemandu bas, lori, […]

Hiburan Mon, 4 Aug 2025

Tuduhan R*gol Jejaskan Emosi Anak Perempuan Ebit Lew, Menangis Lepas Baca Berita Di Internet

Ebit Lew dedah anak perempuan baca tajuk artikel terpalit kes rogol

Featured Tue, 11 Jul 2023
Hiburan Thu, 2 May 2019

Drake Cecah Rekod Taylor Swift!

Drake mengungguli trofi Penyanyi Paling Top pada Billboard Music Awards (BBMA) 2019 di Grand Garden Arena di sini.

Hiburan Tue, 28 Oct 2025

Didakwa Sudah Berbadan Dua, Amira Othman Tampil Respons

Amira Othman nafi sudah berbadan dua

error: Content is protected !!