Euforia Bola 2026
PEMBERITAHUAN: Dijangka berlaku fenomena gangguan solar bermula pada 20 hingga 27 September 2026 di beberapa kawasan | tertentu yang mengakibatkan gangguan terhadap penerimaan siaran MYTV. Jika anda mempunyai sebarang
pertanyaan, sila hubungi MYTV di 1300-80-6988.
Hiburan By: Aqilah Paharuzi April 29, 2026 @ 6:00pm

“Saya Tak Pernah Rasa Diri Cantik” – Sarimah Ibrahim Akui Sentiasa Ada Kekurangan

Pelakon, pengacara dan penyanyi, Che Puan Sarimah Ibrahim tampil jujur mengakui dia tidak pernah melihat dirinya sebagai wanita sempurna, malah sering merasakan ada kekurangan dalam diri.

Menurut Sarimah, perasaan itu secara tidak langsung membuatkan dia mudah merasai jiwa watak Seroja yang dibawakan dalam filem Pewaris Susuk.

“Saya tak pernah rasa diri cantik. Seperti hari ini pun saya rasa macam ada kekurangan. Kita semua rasa sebegitu. Disebabkan itu, bila dapat watak Seroja, saya terus suka… sebab saya ada ciri yang sama dengan dia,” katanya.

Ketika disoal sama ada paras rupa membantu meraih tawaran lakonan, Sarimah berharap persepsi masyarakat terhadap pelakon wanita berusia dapat diubah, khususnya apabila sering dikaitkan dengan watak stereotaip.

“Mungkin ada, insya-Allah melalui filem ini dan penerimaan orang mereka akan terbuka sikit apabila melihat muka saya.

“Tak semestinya bila kita semakin berusia, karier akan pudar atau hilang atau kita kena ambil watak penyondol saja. Kita ada banyak lapisan,” ujarnya.

Aktres drama rantaian Lelaki Itu ini berkata, pengalaman hidup yang dilalui menjadi ‘aset’ paling berharga dalam lakonan, sesuatu yang tidak boleh ditandingi dengan kecantikan semata-mata.

“Pengalaman itu tak boleh dibeli. Itu yang memberi kekuatan pada lakonan,” katanya.

Sarimah berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem Pewaris Susuk di GSC, LaLaport, baru-baru ini.

Dalam masa sama, Sarimah mengakui kini dia tidak lagi terlalu mementingkan soal penampilan luaran semata-mata.

Malah, Sarimah juga tidak kisah melakukan adegan aksi sendiri demi memastikan setiap babak dilakonkan tampak lebih realistik dan memberi impak kepada penonton.

“Kalau dahulu mungkin kena nampak cantik saja, tapi sekarang bagi saya itu bukan keutamaan. Yang penting bagaimana kita menghidupkan watak itu. Nak cantik saja tak boleh.

“Kalau berpura-pura mungkin tak menjadi. Saya nak rasa sendiri watak itu. Kalau patah kaki sekalipun, saya ketepikan… asalkan watak itu sampai,” katanya.

Dalam Pewaris Susuk, Sarimah memegang watak sebagai isteri kepada Rosyam Nor dalam naskhah bergenre seram thriller yang menyentuh isu dosa warisan, amalan susuk demi kecantikan dan kuasa, serta pengorbanan seorang ibu.

Filem terbitan Primeworks Studios dan Anomali Media itu turut dibintangi barisan pelakon seperti Alya Iman, Trisha Ooi, Sherie Merlis dan Dayang Fajra.

Pewaris Susuk dijadualkan menemui penonton di seluruh pawagam bermula 30 April 2026.

Artikel Berkaitan: Karakter Penuh Misteri, Sarimah Ibrahim, Alya Iman & Rosyam Nor Jadi Nadi ‘Pewaris Susuk’

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 3 Jul 2018

「高人」都会遇到的14个尴尬局面

或许大家会觉得个子长得高有很多的好处,如:换电灯泡、人潮中「独享」新鲜空气、拿摆在高处物品之类的。其实「高人」在生活上也有很多尴尬的时刻……

Trending Thu, 17 Sep 2020

Arab Saudi Buka Sempadan 1 Januari 2021, Tempahan Umrah Boleh Dilakukan Mulai Sekarang

Berita terkini buat rakyat Malaysia yang ingin melakukan ibadah umrah..

Hiburan Thu, 26 Sep 2019

Wann Rindu Masuk Studio

Tiada siapa yang boleh lawan suara ‘seksi’ Wann setakat ini, betul tak?

Hiburan Mon, 20 May 2019

Jarang Balik Kampung, Lia Natalia Cuti Beraya Sebulan

Lia sanggup menolak beberapa tawaran berlakon sepanjang musim perayaan kerana nak pulang ke kampung halaman.

Hiburan Sun, 24 Feb 2019

‘ Anje, Look At Where You Are Today!’- Sweetnya Ucapan Raf Yaakob Buat Mawar Rashid

Raf juga memberitahu Mawar merupakan seorang wanita berdisiplin dalam menjalani hidup sebagai seorang pelajar, pelakon, anak, isteri dan ibu.

Trending Wed, 6 Jan 2021

Tidak Lulus i-Sinar? Ini Cara Permohonan Baru Untuk Kategori 2 Bermula 11 Januari

Tak lulus kategori 1? Jangan risau kategori 2 masih ada!

error: Content is protected !!