Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 30, 2026 @ 1:05pm

Che Ta Respons Kenyataan Wak Doyok Label Lelaki ‘Cacat’ Bila ‘Kepit’ Beg Tangan Teman Wanita – “Okay Je Kalau Tolong, Yang Tak Normal Bila…”

Pelakon popular, Rozita Che Wan atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta tampil membidas kenyataan pelakon dan ikon fesyen, Wak Doyok susulan isu lelaki yang membawa beg tangan wanita.

Menerusi perkongsian di Threads, pemilik nama lengkap, Mohd Azwan Md Nor meluahkan pandangan peribadinya, apabila melabel tindakan lelaki mengepit atau membawa beg tangan pasangan sebagai sesuatu yang ‘cacat’.

“Normal ke lelaki kepit beg tangan teman wanita dia. Saya: Cacat,” katanya.

Bagaimanapun sedar dengan hantaran yang diberikan, Che Ta tampil membidas kenyataan tersebut menerusi komen balas yang ditinggalkan pada hantaran berkenaan.

Menurut Che Ta, tiada masalah sekiranya lelaki sekadar mahu membantu memegang beg tangan pasangan.

“Okay sahaja kalau nak tolong pegang. Yang tak normal bila jantan-jantan mula berhandbag,” balasnya.

Perkongsian itu sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan warganet yang rata-ratanya bersetuju dengan kenyataan Che Ta.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 27 May 2026

Asmaraloka Fest 2026 Kembali Lebih Besar, Raikan Muzik Tempatan Di Ipoh

Antara nama yang bakal membuat persembahan termasuk 6ixth Sense, Iamneeta, Imran Ajmain, Aizat Amdan, Sakura Band, Empty Page, After Midnight dan Jemput Dengar bersama beberapa lagi kejutan yang akan diumumkan kemudian.

Hiburan Thu, 26 Sep 2019
Trending Fri, 30 Apr 2021
Featured Thu, 2 Dec 2021

Pengarah Mr Millennium Akui Sukar Realisasi Babak Era 60-an

Pengarah drama Mr Millennium, Azmi Hata mengakui cabaran semasa sesi penggambaran bagi drama itu sukar kerana mempunyai genre komedi dan penggambaran untuk babak era 60-an. Mengulas cabaran sepanjang sesi penggambaran, Azmi memuji pelakon yang mampu […]

Featured Thu, 16 May 2024
Hiburan Tue, 30 Jan 2018

BUKAN RM200, TAPI INI KOS SEBENAR PELAMIN YUNA?

Setiap yang cantik itu semestinya memerlukan kos yang tinggi bukan? Bukanlah setakat hanya RM200 seperti yang diminta oleh bakal mempelai viral tersebut. 

error: Content is protected !!