Euforia Bola 2026
PEMBERITAHUAN: Dijangka berlaku fenomena gangguan solar bermula pada 20 hingga 27 September 2026 di beberapa kawasan | tertentu yang mengakibatkan gangguan terhadap penerimaan siaran MYTV. Jika anda mempunyai sebarang
pertanyaan, sila hubungi MYTV di 1300-80-6988.
Hiburan By: Padin May 3, 2026 @ 5:16pm

Selepas Auckland, Fattah Amin & Amira Othman Terbang Ke Istanbul Sambung Kisah Cinta Nan Manis!

Selepas mencuri perhatian menerusi kisah romantik berlatarbelakangkan Auckland, gandingan pasangan serasi, pelakon Fattah Amin dan penyanyi Amira Othman kembali meneruskan perjalanan cinta Mira dan Din dalam naskhah baharu Poskad Cinta Dari Istanbul.

Kali ini, latar kota Istanbul yang penuh suasana klasik dan romantik menjadi saksi kepada episod baharu pasangan tersebut. Jika sebelum ini penonton disajikan dengan bibit percintaan yang manis, sekuel kali ini pula membawa emosi lebih mendalam apabila hubungan mereka mula diuji dengan rahsia dan kisah silam.

Aura pasangan itu sekali lagi menjadi antara faktor utama yang membuatkan ramai ternanti-nanti kemunculan naskhah baharu ini. Malah, chemistry antara Fattah dan Amira dilihat semakin kuat selepas kejayaan karya terdahulu yang pernah menjadi bualan peminat.

Lebih menarik, Poskad Cinta Dari Istanbul tidak hanya bermain dengan elemen cinta, tetapi turut membawa penonton menyelami konflik kepercayaan, kesetiaan dan perasaan yang sukar dilupakan.

Dalam suasana indah Istanbul, hubungan Mira dan Din mula bergoncang selepas kemunculan sekeping poskad misteri bertanda huruf “E”.

@xtra_my Sweet laaaa Fattmira ni! 😻 Cara mereka pandang each other tu, manis je, kita lock la ek! Fattah Amin & Amira Othman ditemui di majlis tayangan Poskad Cinta Dari Istanbul yang diterbitkan oleh Datuk Adzliana Hasan, sebentar tadi. 😀🥳 #xtramy #xtratonton ♬ original sound – diakerenbanget

Perjalanan mereka ke Istanbul akhirnya menemukan Mira dengan Effa, cinta pertama Din yang sedang melalui ujian hidup. Pertemuan tersebut secara perlahan membuka kembali kisah lama yang disangka sudah lama terkubur.

Menurut Presiden UTV merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Usanita Group, Adzliana Hasan, sambutan luar biasa terhadap Poskad Cinta Dari Auckland menjadi pemangkin utama penerbitan kesinambungan tersebut.

“Sambutan untuk karya pertama memang di luar jangkaan. Waktu itu penonton belum pernah melihat Fattah dan Amira bergandingan, jadi keterujaan memang sangat terasa.

“Tambahan pula ia ditayangkan sebelum hari pernikahan mereka, jadi ramai peminat lebih terhubung dengan kisah tersebut. Disebabkan sambutan itu, kami teruskan dengan Poskad Cinta Dari Istanbul,” katanya.

Tambahnya lagi, penonton kali ini dapat melihat sisi hubungan pasangan itu dengan lebih matang dan emosional.

“Kali ini penonton dapat melihat mereka sebagai pasangan suami isteri di layar dan itu antara perkara yang paling dinantikan,” ujarnya.

Mengulas kemungkinan kesinambungan seterusnya, pihak produksi turut membayangkan bahawa dunia Poskad Cinta mungkin akan diteruskan ke destinasi lain.

“Memang ada perbincangan awal untuk karya selepas ini. Mungkin dengan latar negara dan musim yang berbeza, tetapi semuanya masih dalam perancangan,” katanya.

Fattah yang membawakan watak Din mengakui karakter kali ini lebih berat dari sudut emosi.

“Watak Din kali ini lebih kompleks sebab dia perlu berdepan masa lalu sambil cuba mempertahankan rumah tangganya. Itu memberikan dimensi berbeza dalam lakonan saya,” katanya.

Sementara itu, Amira yang memegang watak Mira merasakan kekuatan cerita ini terletak pada emosi yang dekat dengan realiti kehidupan.

“Mira bukan hanya seorang isteri, tetapi wanita yang terperangkap antara kepercayaan dan kebenaran. Saya rasa penonton akan dapat merasai konflik itu,” katanya.

Selain Fattah dan Amira, karya arahan Izuan Mokhtar itu turut dibintangi Nora Danish, Sherry Alhadad, Bell Ngasri dan Ajai.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 21 May 2018

Kris Wu Releases New Single and Returns to The Rap of China

Rap of China will be coming to Malaysia too!

Events Mon, 15 Jan 2018

KPOP TAKES OVER MALAYSIA IN RECENT K-WAVE 2 MUSIC FESTIVAL

K-Wave 2 Music Festival officially ended on January 13th, for fans who had missed it, fear not as this article will highlight all the information about the epic concert.

Featured Wed, 12 Oct 2022

[VIDEO] Individu Dakwa ‘Bandana’ Mirip Tanda Salib, Peminat Backup Anna Jobling

Ada bunga putih la gaisss, bukan tanda salib tu. Tapi comel ek Anna menari hee 🥰🥰

Hiburan Tue, 28 Nov 2023

Bapa Tutup Perniagaan, Jual Motorsikal & Kereta Demi Kerjaya Seni, Wafiy Janji Akan Balas Budi

Harapnya tercapai impian Wafi nak balas pengorbanan keluarga✨🫶🏻

Events Wed, 5 Feb 2020

5 Pencalonan Lagu Yang Dijangka Memberi Saingan Sengit Dan Layak Diangkat Sebagai Juara AJL 34

Antara 5 pencalonan ni siapa yang korang rasa akan menang AJL34?

Hiburan Sun, 5 Dec 2021

“Single Rancak Dengan Mesej Kerohanian..” – Selepas Setahun, Zayne Tampil Dengan Kaulah Cinta

Kumpulan Zayne yang mempertaruhkan genre nasyid dan ketuhanan tampil dengan single kedua mereka berjudul Kaulah Cinta. Zayne yang dianggotai oleh empat jejaka iaitu Furqan Fawwaz, Abdul Basit, Naufal Azrin dan Mateen Yaaqub ini melancarkan buah […]

error: Content is protected !!