Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 6, 2026 @ 3:03pm

“Saya Cantik Tau, Anak Saya Comel!” – Eyra Hazali ‘Warning’ Wanita Cuba Goda Suami

Pelakon Eyra Hazali yang juga isteri kepada penjaga gol kebangsaan, Haziq Nadzli memberi peringatan kepada segelintir wanita yang cuba mendekati suaminya.

Kata Eyra menerusi sesi temu bual tular, dia mengakui pernah berasa sedikit tidak selesa apabila menerima mesej daripada wanita yang cuba berkenalan dengan suaminya, terutama menerusi media sosial.

Malah, keadaan tersebut berlaku apabila Haziq berkongsi momen bersama keluarga, termasuk ketika menghantar mereka ke lapangan terbang.

“Sekarang lah kot insecured, orang Sarawak cantik… bukan setakat cantik, masuk DM suami kita lagi.

“Kadang-kadang bila Haziq post hantar kami dekat airport, adalah yang DM. “Hi kitak dekat Kuching ke?”. Memang ramai,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Eyra Hazali (@eyra.hazali)

Akuinya, dia bersyukur kerana suaminya sentiasa bersikap jujur dan tidak melayan mesej tersebut malah berkongsi akses akaun media sosial dengannya.

“Alhamdulillah, Haziq memang dia share password semua dengan saya. Kalau dapat notifkasi memang masuk dekat saya.  Jadi, memang Haziq tak layan.

“Di ni apa yang saya kenal, memang bukan seorang yang macam tu. Inshaa-Allah, kita tak berani menjanjikan itu. Tapi Haziq seorang yang family man,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Eyra menjelaskan dia tidak mahu memperbesarkan perkara tersebut selagi ia tidak melampaui batas kerana suaminya sendiri mengambil langkah menyekat akaun yang mencurigakan.

“Bagi saya selagi tidak melampaui batas, inshaa-Alah tak ada apa-apa. Sebab saya tak ada nak buat benda tu as a big thing… sebab suami saya pun tak melayan. Jadi buat apa kita nak bertindak macam tu. Walaupun tangan ni gatal je sebenarnya nak reply.

“Inshaa-Allah rasa insecured tu tak ada. Saya cantik apa? Tapi Haziq punya tangan pun rajin untuk blocksebab kalau tengok dia punya block akaun pun memang ramai perempuan,” katanya lagi.

 

View on Threads

 

Menurut ibu kepada tiga orang cahaya mata ini lagi, segelintir wanita mudah tertarik dengan lelaki berstatus suami orang, apatah lagi ketika melihat mereka ini berjaya dan penyayang terhadap keluarga.

“Kadang-kadang perempuan macam tu lah bila tengok lelaki dah berjaya, itu yang lagi buat mereka ni tertarik. Terutamanya bila mereka ni sudah mempunyai isteri.

“Mereka tengok dari mereka melayan isteri dan anak-anak. itu yang buat mereka lebih suka kepada suami orang. Tapi inshaa-Allah tak ada apa. Doakan untuk kami,” tambahnya.

Di akhir perkongsian, Eyra sempat meninggalkan pesanan buat mana-mana wanita yang cuba menggoda suaminya.

“Kepada wanita yang nak try Haziq… Ingatlah! Saya Eyra Hazali tau,saya cantik tau… anak saya comel, helok sangat,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 13 Jul 2018

Tersepit Rim Motor, Budak Tujuh Tahun Hilang Tangan Kiri

Orang kampung yang melihat kejadian tersebut terus datang membantu kami. Dalam keadaan panik, saya terus menghubungi ibu bapa Khumaira dan ahli keluarga yang lain untuk maklumkan kepada mereka.

Featured Sat, 21 Sep 2024

Terpalit Gosip Cinta Bersama Amir Ahnaf, Angel Dolla Terharu Peminat Backup & Tetap Beri Sokongan 

Bagus betul peminat-peminat Angel sentiasa berikan sokongan & tak blame orang lain👏👏👏

Events Thu, 2 Jan 2020

「小巨肺」李佩玲与玛莎狂飙高音!嗨翻全场迎接新年

李佩玲和玛莎携手再登云顶云星剧场开唱!年仅19岁的两人不仅频频飙高音让歌迷听得过瘾,更是挑战多种语言和年代的歌曲,让全场嗨翻天迎接2020年。

Featured Thu, 5 Sep 2019

Colours of Unity, ransang semangat patriotisme dalam fesyen

Setiap helaian adalah ekslusif kerana ia adalah buatan tangan sepenuhnya

Trending Mon, 30 Mar 2020
Hiburan Fri, 12 Apr 2019

Former Japanese Footballer Takes on Sake After Retirement

Let’s join him in his journey from being the hottest footballer to a Sake entrepreneur!

Trending Mon, 28 Sep 2020
error: Content is protected !!