Euforia Bola 2026
Drama By: Padin May 6, 2026 @ 8:24pm

“Penyondol Berkelas! Hanya Sarimah Ibrahim Boleh Hidupkan Watak ‘Wanita Simpanan’ Dengan Cara Berbeza” – Shuhaimi Lua

Watak Eva lakonan Che Puan Sarimah Ibrahim dalam drama Bila Cinta Menjadi Dosa antara yang paling mencuri perhatian penonton sejak drama itu ditayangkan di slot Lestary, TV3.

Membawakan karakter wanita simpanan yang digambarkan penuh elegan dan berbeza daripada stereotaip biasa, penampilan Sarimah dilihat berjaya membuatkan ramai penonton terus mengikuti perkembangan setiap episod drama berkenaan.

Menurut pengarahnya, Shuhaimi Lua, sejak awal proses penulisan skrip lagi dia sudah membayangkan Sarimah sebagai individu paling sesuai untuk menghidupkan watak Eva.

“Saya memang hanya nampak Sarimah untuk watak Eva. Pada saya, dia sahaja yang mampu membawa karakter penyondol yang berkelas seperti ini dengan tepat.

“Memang bukan mudah untuk mendapatkan Sarimah, tapi selepas melihat hasilnya dan reaksi penonton, saya rasa semuanya sangat berbaloi. Kalau orang lain bawa watak ini, mungkin impaknya tidak sama seperti yang saya bayangkan,” katanya.

Tambah Shuhaimi, karakter Eva juga dibentuk dengan pendekatan berbeza supaya penonton melihat sisi lain seorang wanita yang terperangkap dalam hubungan tanpa hala tuju.

“Selalunya watak penyondol digambarkan terlalu negatif atau murahan. Tapi Eva ini seorang wanita bekerjaya, ada kelas dan ada sebab tertentu kenapa dia berada dalam situasi itu.

“Kami cuba tampilkan sisi yang lebih realistik supaya penonton faham setiap karakter itu ada latar dan emosinya sendiri,” jelasnya.

Mengulas mengenai tema drama tersebut, Shuhaimi berkata kisah orang ketiga bukan sesuatu yang baharu, malah sentiasa dekat dengan realiti kehidupan masyarakat.

“Cerita seperti ini memang sudah lama wujud. Cuma sekarang orang nampak ia lebih hangat sebab sering diperkatakan di media sosial.

“Bila sesuatu cerita itu dekat dengan kehidupan sebenar, penonton lebih mudah untuk rasa terhubung dengan jalan ceritanya,” katanya.

Menurutnya lagi, antara mesej utama yang cuba disampaikan menerusi drama itu adalah mengenai hubungan yang tidak mempunyai arah tujuan jelas.

“Kalau seorang lelaki benar-benar sayangkan wanita itu, dia akan berkahwin dengannya. Tapi kalau sekadar simpan tanpa hala tuju, apa sebenarnya makna hubungan itu?

“Itu yang kami mahu penonton fikirkan. Setiap keputusan dan tindakan pasti ada akibatnya,” ujarnya.

Dalam masa sama, Shuhaimi mengakui tidak menyangka drama 30 episod itu menerima sambutan hangat daripada penonton.

Katanya, kekuatan barisan pelakon seperti Zamarul Hisham, Maria Farida, Jasmin Hamid, Alya Iman, Siti Elizad dan Marc Syahmie turut memainkan peranan besar dalam kejayaan drama tersebut.

“Saya bersyukur sebab drama ini ada pelakon yang bagus dan penonton pula sangat teruja nak tahu apa akan berlaku seterusnya.

“Saya harap sokongan terhadap drama tempatan seperti ini akan terus berterusan supaya industri kita terus berkembang,” katanya.

Episod akhir Bila Cinta Menjadi Dosa akan menemui penonton pada 9 Mei ini menerusi slot Lestary di TV3.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 24 Sep 2019

Surgical Mask VS N95 Respirator; Which is Best in Malaysian Haze?

These are the reasons on why you shouldn’t wear surgical mask in the haze.

Filem Thu, 28 May 2026

Memang Seram! Filem Polong Angkat Kisah Sumpahan, Ilmu Hitam & Dosa Silam Yang Menghantui

Filem seram thriller tempatan Polong mula menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula hari ini! Rugi kalau tak tengok, memang best!

Featured Sat, 21 Jan 2023

Improvisasi Lagu Dangdut Ke Balada, Iman Troye Terima Pujian Dari Netizen

Penyanyi comel, Iman Troye meraih tumpuan warganet setelah melakukan improvisasi terhadap lagu No Comment nyanyian Tuty Wibowo.   View this post on Instagram   A post shared by IMAN ALYSSA SAHABUDIN (@imantroye) Menerusi perkongsian Iman […]

Featured Fri, 6 Aug 2021

Noraini Ahmad Umum Letak Jawatan Menteri Pengajian Tinggi, Berkuat Kuasa Serta Merta

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Noraini Ahmad mengumumkan peletakan jawatannya berkuat kuasa serta-merta. Menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan Ahli Parlimen Parit Sulong itu akur dengan keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti pada 3 Ogos lepas. […]

Hiburan Mon, 13 May 2019

Didakwa Menderita Anorexia Nervosa, Apa Komen Amyra Rosli?

Amyra memberitahu meskipun berat badan hanya mencecah 41 kilogram, dia tidak pernah berdepan masalah kesihatan.

Trending Sat, 13 Jan 2018

Malaysia Lokasi Terbaik Untuk Bersara, Betul Ke??

Malaysia adalah lokasi ideal kerana iklim tropika dan menawarkan pilihan terbaik untuk pesara sama ada di tengah-tengah bandar atau di pekan kecil, yang kebanyakannya dikelilingi alam semula jadi atau pantai

Trending Mon, 6 Apr 2020

Siapa Sangka, Penderma Plasma Darah Pertama Ini Adalah Bekas Pesakit Covid-19

Semoga bermanfaat untuk kita semua dalam memerangi Covid-19

error: Content is protected !!