Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 7, 2026 @ 2:36pm

“Dia Ajar Saya Buat Hal Sendiri, Jadi Orang Baik & Berserah Kepada Allah” – Shiha Zikir Sebak Imbau Pesanan Allahyarham Sharifah Aini

Penyanyi Shiha Zikir mengaku tidak dapat menahan sebak apabila mengenang kembali  jasa dan pesanan Biduanita Negara, Allahyarhamah Sharifah Aini yang disifatkannya sebagai insan terpenting dalam perjalanan seninya.

Menurut Shiha, selain ibu bapanya, Allahyarham paling banyak memberikan nasihat dan dorongan sehingga dirinya mampu bertahan dalam industri hiburan sehingga ke hari ini.

“Selain ibu bapa sendiri, pesanan-pesanan Umi (panggilan buat Allahyraham) buat saya rasa bersyukur kerana masih kekal dalam industri. Memang Umi banyak ajar saya jadi wanita yang kuat,” katanya.

Tambah Shiha, Allahyarham pernah berdepan pelbagai cabaran termasuk fitnah sepanjang bergelar anak seni, namun tetap kuat menghadapi setiap ujian dengan berlapang dada.

“Dia ajar Shiha jadi orang baik dan berserah pada Allah. Lagipun sepanjang karier seninya sudah bermacam-macam fitnah yang dilalui.

“Tapi, Umi tetap jadi seorang wanita yang sangat kuat dan berdikari. Jadi itulah yang sentiasa saya cuba ikut dan lakukan,” jelasnya.

Tambah Shiha, antara pesanan Allahyarham yang masih diamalkan sehingga kini adalah adalah mengenai pengurusan kewangan.

“Mulanya susah juga hendak buat (simpanan) macam Umi suruh sebab saya dulu boros. Kita pula masa umur tu pun muda lagi dan bila dapat duit mestilah nak beli macam mana sampai habis.

“Tetapi bila difikir-fikirkan balik, saya tetap cubalah simpan (duit) juga walaupun masa itu ramai yang cakap takkan hendak menyimpan sampai 50 peratus, banyak sangat jumlahnya macam mana?

“Tapi,  memang betul macam Umi cakap, bersusah-susah dulu bersenang-senang kemudian sebab benda tu terbukti masa kita  Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dulu, sangat membantu dan membuka mata saya. Dan dari situ baru saya faham maksud nasihat Umi.

“Dan, nasihat tu saya masih amalkan sampai sekarang. Pada saya, setiap rezeki yang ada pada saya sebenarnya bukan semuanya untuk kita. Sebahagiannya saya juga akan kongsikan dengan staf saya.

“Saya rasa seronok dapat kongsi rezeki dengan orang. Saya bersyukur sebab pada waktu sukar pun saya boleh bantu orang sekeliling,” katanya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shiha Zikir (@shihazikir)

Berkongsi lanjut, Shiha yang dianggap persis anak sendiri itu mengakui dirinya berdepan cabaran besar apabila diberi penghormatan menyampaikan lagu-lagu Allahyarham dalam konsert tribute ‘A Tribute To Sharifah Aini’  yang akan di adakan pada Jun depan bertempat di Dewan Filharmonik Petronas (DFP).

Akuinya, hubungan rapat bersama Allahyarham membuatkan dirinya begitu emosional terutamanya ketika diminta mendendangkan lagu seperti Mawar Putih Untuk Mama dan Bunga Tanjung.

Kata Shiha, lagu-lagu yang bakal disampaikan itu nanti cukup berat untuk disampaikan, bahkan dirinya bimbang gagal menahan air mata di hadapan ribuan penonton nanti.

“Selepas je dengar demo, saya menangis. Terlalu banyak kenangan manis bersama umi yang saya ingat sampai harini.

“Umi layan saya seperti anak sendiri. Jadi bila dipelawa/diminta untuk menyanyi di konsert tribute tu nanti, saya sebak.

“Saya takut tak mampu bawakan lagu arwah dengan baik. Tapi apapun, saya berbangga bawakan lagu-lagu umi.

“Selain tu, saya juga cukup bertuah bial dapat berkongsi pentas bersama-sama penyanyi lagenda lain yang juga rakan baik Allahyarham seperti,  Datuk Khadijah Ibrahim dan Salamiah Hassan.

“Tapi, apa yang saya boleh janjikan saya akan cuba buat yang terbaik pad amalam tu nanti,” kongsinya.

Pada malam konsert ‘Tribute To Sharifah Aini’, selain Shiha antara barisan penyanyi hebat lain yang akan bergabung dengan 65 pemuzik orkestra DFP adalah, Datuk Khadijah Ibrahim, Salamiah Hassan dan Asmidar.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 12 Jun 2022

Konsert Ruffedge Di Dewan Filharmonik Petronas Bakal Mengimbau Memori Lama

Ruffedge bakal mengadakan konsert pada 2 Julai 2022 di Dewan Filharmonik PETRONAS!

Hiburan Tue, 30 Jan 2018

5 SEBAB KENAPA ANDA PATUT BELI BELAH DI SEMUA RANGKAIAN CJ WOW SHOP

Annyeonghaseyo! CJ WOW SHOP pastinya menjadikan hidup anda lebih wow dengan pelbagai jenis produk yang berkualiti disamping menikmati nilai ganjaran hebat khususnya pengguna di Malaysia

Events Tue, 26 Nov 2019

Penerbit Akui Berdepan Pelbagai Cabaran Terbitkan Sara Sajeeda

Banyak sangat masalah tapi tengoklah result dia kan? Tahniah kepada semua!

Featured Fri, 27 May 2022

Dipanggil Perempuan Sundal, Sarah Hilderbrand Nekad Bawa Diri

Betul kata Sarah tu… mentaliti manusia sekarang ni hmmmm…

Featured Tue, 3 Apr 2018

Ini Cara Nak Masak Ayam Goreng Ala KFC, Semestinya Menjilat Jari

Ayam goreng pastinya digemari oleh semua orang tidak kiralah kanak-kanak mahupun kita yang dah dewasa ini.

Hiburan Wed, 2 Oct 2019
Hiburan Wed, 20 Mar 2019

‘Doa Yang Terbaik Untuk Kakak’- Neelofa Enggan Komen Panjang

Semoga semuanya baik-baik sahaja buat Nabila & Sharnaaz Ahmad…

Hiburan Tue, 30 Apr 2019

Alhamdulillah! Pengarah Terkenal Dengan Drama Dan Kontroversi Sah Peluk Islam

“Saya tidak mahu perkara ini diperbesarkan kerana ianya antara saya dan Allah”,tambahnya lagi.

error: Content is protected !!